24 Julai 2015

Khasiat Kacang Bendi yang kita tak tahu

Sayur kacang bendi terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas. Ada orang kurang menggemari sayur bendi kerana lendir yang ada di dalamnya.

Namun terdapat banyak khasiat tersembunyi di dalam sayur ini. Buahnya dikatakan mampu membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan.

Sementara biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.

Bahkan ada orang mengamalkan makan bendi kerana dikatakan mampu mengurangkan masalah sukar bersalin.

Air rebusan biji,akar, serta bunganya boleh dijadikan ubat pada pelbagai kudis dan bisul. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.

Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Dikatakan kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah dengan mengambil dua biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu. 

Diabetes penyebab jantung koronari

... tahu penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Diabetesatau penyakit kencing manis pula adalah penyakit yang sangat berbahaya.

Mengandung dan kencing manis

KENCING manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula (glukosa) di dalam darah badan melebihi paras normal.


Orang gemuk ramai hidap diabetes

Masih ramai penduduk di negara ini tidak menyedari berat badan berlebihan menyumbang kepada penyakit diabetes atau kencing manis.

7 RISIKO DIABETES SEMASA MENGANDUNG ...

7 RISIKO DIABETES SEMASA MENGANDUNG Punca sebenar mengapa kencing manis semasa mengandung terjadi tidak diketahui. Wanita yang mempunyai ...

Kurang manis petua elak diabetes Menurut Kajian...

Kurang manis petua elak diabetes Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 
Kebangsaan (NHMS) 2006 oleh Kementerian Kesihatan, seorang daripada setiap ...

0 comments: