08 Julai 2015

Amalan diet sihat ketika berpuasa

Barangkali mentaliti sesetengah masyarakat yang mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak ketika bersahur sudah sebati dengan kehidupan mereka menjelangnya Ramadan. Mungkin bimbang akan merasa letih dan lapar mengheret mereka untuk berbuat demikian. Sedangkan amalan berikut bisa mengundang kemudaratan kepada kesihatan.

Di sebalik tuntutan menahan nafsu lapar dan dahaga, ibadah berpuasa membantu meningkatkan keupayaan sistem dalaman dengan berkesan. Usah bebani tubuh anda dengan jumlah makanan yang banyak tetapi tidak diperlukan oleh badan.  Sewajarnya, aturlah pelan diet secara bijak dengan memilih makanan yang sesuai.

Kekalkan corak pemakanan yang ringkas dan seimbang dalam diet Ramadan anda. Sebagai contoh, ambil makanan yang lambat dihadam atau makanan berserat tinggi yang berupaya menyokong keperluan badan selama 8 hingga 12 jam. Antara makanan yang lambat dihadam seperti barli, gandum, kekacang dan oat yang turut dikenali sebagai karbohidrat kompleks.

Banyakkan makanan yang tinggi kandungan seratnya dengan mengambil sayur-sayuran hijau seperti bayam, bijirin, kekacang dan buah-buahan seperti kurma, apricot kering dan prun. Pastikan sajian berbuka anda mengandungi setiap kumpulan makanan iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan, roti dan produk tenusu.

ELAKKAN
  • Makanan bergoreng dan berlemak
  • Makanan pedas
  • Makan berlebihan sewaktu bersahur dan berbuka
  • Minuman berkafein seperti kopi, teh atau air bergas
  • Merokok


  • Puasa mantapkan tubuh

    Puasa mantapkan tubuh KEHADIRAN Ramadan 1432 mula dirasai. Ia bulan yang dinanti-nantikan semua pihak, baik individu mahupun golongan peniaga, ...
  • 10 Kebaikan Kesihatan Daripada Puasa

    Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, ...

    1. 6 Rahsia Puasa- Imam Al-Ghazali

      6 Rahsia Puasa- Imam Al-Ghazali. Puasa sebenarnya memiliki rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya. Imam Ghazali dalam kitabnya ...

  • 0 comments: