07 Julai 2015

Punca kemerosotan kesihatan manusia

Kita sering membuat pelbagai tanggapan apabila berdepan dengan masalah berat badan, kemurungan, keletihan, cepat marah, sakit otot, sakit sendi, masalah tidur dan stres.

Adakah ia mempunyai kaitan dengan keadaan persekitaran, pola pemakanan, tabiat dan gaya hidup ataupun kerana menghidap penyakit tertentu?

Masalah tersebut merupakan beberapa perubahan negatif yang menjejaskan kesihatan ramai wanita, sama ada dalam lingkungan usia 20-an, 30-an mahupun 40-an. Lelaki juga tidak terkecuali.

Seringkali simptom-simptom itu mudah dikaitkan dengan sikap malas atau kegagalan menyusun rutin harian secara rasional. Hakikatnya, ramai yang tidak menyedari bahawa ia berlaku kerana masalah ketidakseimbangan hormon.

Hormon memberikan pengaruh yang besar pada tubuh badan, cerminan penampilan dan emosi. Badan manusia bergantung pada hormon untuk tidur, bangun pagi setiap hari, berfikir dengan jelas, membantu pertumbuhan, mengekalkan kesihatan, berat badan dan paras rupa.

Ia juga mempengaruhi mood, kemampuan seksualiti, keinginan seksualiti, kesuburan, kulit, rambut, penglihatan dan suhu badan. Pendek kata, ia memainkan peranan penting dalam perkembangan tubuh badan dan minda.

Namun, bermula umur 25 tahun, manusia mengalami kemerosotan perlahan dalam pengeluaran hormon lalu menyebabkan penurunan fungsi normal tubuh dan penuaan.

Banyak penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Antaranya ialah letih, murung, darah tinggi, kegemukan, masalah tidak boleh tidur, obesiti dan malas.

Tidak terkecuali adalah masalah tidak subur, lesu, mudah keguguran, haid tidak betul, migrain dan senggugut.

Ketidakseimbangan hormon terjadi kerana beberapa faktor penyebab iaitu peningkatan usia, pemakanan tidak sihat, kurang senaman, pencemaran alam sekitar, kebisingan dan juga radiasi.

Akibatnya, berlaku gangguan yang menyebabkan komunikasi antara sel melalui hormon menjadi kurang efektif lalu menyumbang kepada mutasi sel. Keadaan itu sekali gus menyebabkan kemerosotan tahap imunisasi.

Ramai dikalangan doktor kini tidak mengaitkan sesuatu penyakit itu dengan hormon. Sebaliknya, mereka hanya merawat pesakit tanpa melihat penyebabnya.

Dalam badan kita mempunyai pelbagai hormon iaitu hormon estrogen, hormon pertumbuhan manusia, melatonin, pregnenolon, progesteron, testosteron, kortisol, dehidroepiandrosteron (DHEA) dan tiroid. Setiap daripadanya mempunyai fungsi unik.

Misalnya, hormon estrogen dan progesteron adalah untuk sistem reproduktif wanita manakala testosteron pula untuk lelaki. Pregnenolon untuk ingatan, kortisol untuk imuniti dan stres,” ujarnya.

Merawat seseorang yang tidak boleh tidur dengan ubat tidur hanya akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan stres kerana masalah tersebut akan sentiasa berulang.

Mereka seharusnya memastikan paras melatonin, kortisol, progesteron dan serotonin berada pada paras optimum terutamanya bagi wanita yang berada dalam lingkungan usia pramenopaus atau menopaus.

Kekurangan hormon akan menyebabkan seseorang itu tua sebelum masanya. Individu itu juga bakal berhadapan dengan pelbagai jenis penyakit seperti sakit sendi, sakit pinggang, kuku pecah, stres, lingkaran hitam bawah mata dan muka cengkung, kekurangan atau berlebihan hormon tidak baik untuk kesihatan seseorang.



  • Gangguan hormon punca tiroid

    Kelenjar tiroid di bahagian depan leher mengeluarkan hormon dan antara hormonterpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang mengawal ...
  • Kekacauan hormon Tiroid masalah sepanjang hayat

    Secara lebih jelas, hipotiroidisme merujuk kepada satu daripada masalah gangguanhormon. Ia terjadi apabila kelenjar tiroid gagal menghasilkan hormon tiroid ...
  • Penyakit Tiroid

    Penyakit Tiroid Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 atau dikenali ...
  • Apabila hormon tiroid kurang dalam diri

    Apabila hormon tiroid kurang dalam diri seseorang individu, maka ia biasanya akan memperlihatkan simptom malas seperti mentalnya lambat memproses...
  • Penyakit Thyroid : Boleh menyebabkan Bengkak pada leher

    Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi tiroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini ... BioVCO adalah 100% Minyak Kelapa Dara, >> Ia adalah ...
  • 0 comments: