31 Ogos 2015

5 Makanan untuk Muda dan Cantik

Kecantikkan merupakan satu topik yang subjektif untuk diperkatakan. Ikuti tip ini untuk tampil muda dan cantik dengan selamat hanya dengan pemakanan di dapur anda.

Ubi Keledek

Beta-karotena yang menjadikan ubi ini berwarna oren dapat mengimbangkan pH kulit anda, ia juga dapat membantu melawan kekeringan pada kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel yang baru. Ini semua dapat menjadikan kulit menjadi licin dan segar.

Ikan Salmon

Pigmen yang menjadikan daging ikan ini berwarna merah jambu iaitu astaxanthin, dapat melawan radikel bebas yang dihasilkan oleh tubuh yang merosakkan membran sel dan DNA yang menyebabkan kulit menjadi tua. Satu kajian mendapati bahawa makan satu hidangan setiap lima hari boleh mencegah berlakunya ketuat yang kasar pada kulit dan juga dapat mencegah berlakunya kanser.

Tomato

Pigmen merah buah ini, lycopene, adalah antioksidan yang kuat yang menjadi perisai daripada kerosakan kulit disebabkan oleh matahari daripada luar dan dalam. Untuk menyerap lycopene yang terbaik, makan tomato dengan minyak zaitun.

Buah-buahan Citrus

Vitamin C adalah penting untuk kolagen iaitu satu komponen penting dalam kulit untuk kelihatan muda. Kemerosotan kolagen mula berlaku disekitar umur 20-an. Citrus juga mengandungi bioflavonoids, yang melindungi kulit daripada sinaran UV dan membantu mencegah kepada kematian sel.

Sayuran Hijau

Bayam dan sayur-sayuran lain mengandungi lutein, yang melindungi kulit dari keradangan yang disebabkan oleh matahari dan kedutan.


Minyak Kelapa Dara

Khasiat minyak kelapa dara, sihat dengan minyak kelapa dara, rawatan Minyak Kelapa Dara dan atasi masalah kesihatan dengan minyak kelapa dara untuk ...

Cantik dan sihat tanpa Jerawat

Pencegahan semula jadi seperti ini dapat menjimatkan kos rawatan yang mencecah ... Selain itu, pemakanan yang tidak sihat, tidur tidak cukup dan tidak ...

Jerawat tips rawatan dan jagaan muka

Untuk tampil memiliki wajah yang halus dan sihat, remaja seharusnya menjaga kulit wajah sejak dari awal lagi atau sebaik-baiknya sejak dari usia belasan ...

Rawatan dan Sihat tanpa ubat

Pendedahan Bagaimana Saya Membantu lebih daripada 5300 Pengguna yang MENGALAMI MASALAH KESIHATAN agar mereka SIHAT dan hidup gembira ...

Penyakit Resdung

Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian-bagaian badan yang lain. Rongga-rongga ...

Seribu guna menyimpan seribu rahsia

Khasiat minyak kelapa dara, sihat dengan minyak kelapa dara, rawatan Minyak Kelapa Dara dan atasi masalah kesihatan dengan minyak kelapa dara.

Baca Lagi...

30 Ogos 2015

Petua Rawat Batuk Selesema

Masalah selesema sememangnya perkara normal dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Dianggarkan dalam setahun mereka berisiko dijangkiti selesema sebanyak lapan hingga 12 kali.

Selain mendapatkan rawatan moden ubat-ubatan yang diberikan doktor, tidak salah anda cuba petua tradisional yang dapat membantu mengurangkan masalah selesema si kecil.

Minyak bawang putih

Panggang bawang putih dengan kulit sehingga masak atau kulitnya berwarna kehitaman. Kemudian lenyekkan pada minyak masak. Sapu di dada anak ketika batuk dan selesema.

Stoking bawang putih (Garlic socks)

Letak bawang putih pada stoking anak. Pakaikan anak stoking berlubang besar seperti jenis berkait atau yang berlubang-lubang.  Kemudian ambil sehelai lagi stoking dan masukkan bawang putih yang telah ditumbuk tetapi tidak perlu lumat.

Untuk bayi ambil separuh bawang putih sahaja kerana ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna dua helai stoking berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan disebabkan kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan minyak bawang putih dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yang lebih besar, boleh guna sehelai stoking sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai anti virus .

Bawang merah

Potong bawang merah kepada dua bahagian dan letakkan di tepi bantal anak. Buat selama tiga hari berturut-turut. Bawang akan menyerap semua virus-virus di udara. Jangan guna bawang yang sudah terdedah tersebut dalam sebarang masakan.


Khasiat Minyak Kelapa Dara BioVCO

Khasiat minyak kelapa dara, sihat dengan minyak kelapa dara, rawatan Minyak Kelapa Dara dan atasi masalah kesihatan dengan minyak kelapa dara untuk ...

Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara BIOVCO adalah 100% organik kerana ia diperolehi dari pohonkelapa yang ditanam secara semulajadi.

Faq - Khasiat Minyak Kelapa Dara BioVCO

Pengambilan Minyak Kelapa Dara Minyak Kelapa Dara BIOVCO adalah 100% organik kerana ia diperolehi dari pohon kelapa yang ditanam secara semulajadi.

Manafaat Minyak Kelapa Dara

Manafaat MINYAK KELAPA DARA Pohon kelapa. Ia satu-satunya pohon pelbagai guna. daripada akar sehingga ke putiknya. Pokok kelapa boleh dimanfaatkan ...

Keajaiban dan tahap Penyembuhan Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara merupakan antioksida pelindung tubuh. Sejak kebelakangan iniMinyak Kelapa Dara BioVCO, disebut-sebut sebagai minyak diet paling ...

SOAL JAWAB Mengenai Minyak Kelapa Dara

Bagi mengurangkan berat badan, Pengambilan Minyak Kelapa Dara adalah 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.

Menurunkan Berat Badan dengan Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa boleh membantu menurunkan berat badan. Secara amnya minyak kelapa dara boleh dikategorikan lemak berkalori rendah. Pengambilan ...
Baca Lagi...

Cara Berkesan Hapuskan Jeragat

Pernahkah anda melihat situasi seorang wanita cantik namun kurang keyakinan diri? Dia bagaikan tidak selesa dan kerap kali menarik rambutnya bagi menutup sesuatu. Rupa-rupanya memang benar, dia cuba menutup ‘sesuatu’ yang dianggap sebagai kekurangan diri di sebalik kecantikannya. Pasti anda tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan.

Jeragat, sejenis masalah kulit yang mahu dihindari oleh semua. Jeragat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pigmentasi tompok hitam leper yang boleh dilihat dalam lapisan kulit.

Jenis kedua pula ialah berbiji yang seakan-akan ketumbuhan kecil pada kulit. Sama ada biji hitam yang tumbuh secara berkelompok atau pun lebihan daging yang berwarna coklat. Jeragat ini kebiasaannya tumbuh pada bahagian muka, leher dan juga celah ketiak.

Cara Hilangkan Jeragat:

1. Rajin cuci muka

- Kulit yang kering sangat memerlukan pelembap, jadi anda perlu pastikan kulit wajah dibalut dengan sedilit pelembap wajah. Bangun pagi, pasti kulit wajah tidak akan kering, sekali gus mampu bebas daripada masalah jeragat.

- Sebelum tidur, pastikan kulit wajah bersih daripada sebarang alat solekan. Paling mudah, cukup dengan cuci wajah sehingga bersih untuk elak liang roma tertutup.

2. Perlu pandai pilih produk muka

- Disebabkan kulit kering, anda wajib puasa daripada terus menggunakan bedak.

- Sebagai langkah pencegahan pula, amalkan sapuan krim pelindung matahari setiap hari sebelum keluar rumah setiap kali menjalankan aktiviti luar.

- Kulit wajah juga akan terjaga dan tidak mudah naik jeragat liar disebabkan sinar matahari secara terus. 

3. Jangan ambil ubat sebarangan

- Semak semula ubat-ubat yang diambil, terutama pil perancang dan pastikan makanan tambahan yang ditelan mendapat nasihat daripada pakar kulit.

- Laburkan sedikit wang agar dapat membeli produk berkualiti demi kesihatan kulit.

- Tidak mustahil berlaku memandangkan faktor genetik turut mampu menyumbang kepada masalah ini. 

- Perlu diingat agar awas dengan penggunaan alat mekap yang berkualiti rendah.

Apabila usia kian meningkat, risiko jeragat untuk timbul dengan lebih banyak adalah besar. Berhati-hati apabila timbulnya jeragat di bahagian-bahagian tertentu. Jika sudah menyedari perkara itu daripada awal,lebih baik ambil tindakan segera dan terus berhenti menggunakannya.

Untuk mengatasi masalah jeragat, luangkan masa berjumpa doktor bagi membincangkan punca dan bagaimana mahu mengatasinya.  Lakukan pemeriksaan lanjut bersama doktor pakar jika keadaan menjadi lebih teruk kerana dibimbangi bukan jeragat sebaliknya kanser kulit. 


Psoriasis Kulit merekah, bersisik

Psoriasis Kulit merekah, bersisik APABILA melihat orang yang mempunyai kulitbertompok merah, bersisik, kadangkala merekah dan berdarah, ramai cuba ...

Ekzema radang kulit

Ekzema radang kulit BIASA kita lihat kanak-kanak yang pipinya mempunyai tompok kemerah-merahan seperti melepuh. Ramai menyangka ia kurap susu tetapi ...

Psoriasis penyakit kulit bersisik

Psoriasis penyakit kulit bersisik JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis.

Jerawat : Rawatan kulit wanita Asia

Jerawat : Rawatan kulit wanita Asia Minyak Kelapa Dara JERAWAT adalah sesuatu yang biasa berlaku dan tidak mengancam nyawa. Namun, kehadirannya ...

Kenali masalah kulit bayi anda

Geram sungguh melihat kulit bayi yang sungguh lembut dan mulus. Bagaimanapun,kulit bayi yang halus dan lembut ini mudah sensitif dan sentiasa terdedah ...

Jerawat tips rawatan dan jagaan muka

Untuk tampil memiliki wajah yang halus dan sihat, remaja seharusnya menjaga kulitwajah sejak dari awal lagi atau sebaik-baiknya sejak dari usia belasan ...

Ekzima dan Psoriasis

Ekzima dan Psoriasis adalah masalah Kulit boleh menyebabkan seseorang merasa tidak selesa. Ekzima dan psoriasis keduanya berasal dari Greek. Ekzima ...

Melindungi kulit

Kebanyakan krim kulit mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai untuk kulit anda. Banyak laporan dan kajian menunjukkan bahawa bahan tambahan dan ...

Ekzema tak berjangkit

KULIT menjadi kering, merah dan gatal. Ini gejala biasa apabila seseorang mengalami ekzema, iaitu antara masalah kulit yang sangat lazim pada kanak-kanak ...

Masalah Kegatalan kulit bersisik

Masalah Kegatalan kulit bersisik PENYAKIT kulit! Bunyinya tidak menakutkan tetapi tentu menggerunkan jika anda sendiri menghidapinya atau melihat orang ...
Baca Lagi...

29 Ogos 2015

9 Cara Mencegah Obesiti

☛ Elakkan makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji seperti nasi putih, roti, tepung dan mi. Pilihlah beras basmati, beras perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan seperti epal, oren, jambu batu, limau bali dan beri. Pilih makanan yang mengandungi indeks glisemik rendah.

☛ Hadkan jumlah makanan di atas pinggan. Hadkan nasi sebesar genggaman bagi setiap hidangan. Hadkan protein sebesar tapak tangan bagi setiap hidangan. Selebihnya, penuhkan pinggan dengan sayur-sayuran. 

☛ Kurangkan penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan kaedah stim, bakar atau rebus sewaktu memasak. 

☛ Tukarkanlah gula kepada stevia iaitu sejenis daun yang rasanya manis.

☛ Bersenamlah selang sehari, lebih kurang 10-30 minit.

☛ Berpuasa dua kali seminggu membantu mengekalkan berat badan dan merehatkan usus seketika.

☛ Rehat yang cukup. Ibu yang bekerja perlu mendapatkan rehat dan tidur secukupnya. Tidur yang terganggu juga akan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan obesiti.

☛ Jika anda mengalami masalah obesiti, berjumpalah doktor bagi mendapatkan rawatan. Rawatan HCG jika digabungkan dengan pemakanan berkalori rendah dapat menurunkan berat badan. Namun, rawatan ini memerlukan pemantauan  doktor. Rawatan HCG bukan sahaja dapat mengurangkan lemak visceral, malah dapat menstabilkan hormon dari kelenjar pituitari. 

☛ Rawatan laser membantu mengeluarkan lemak dari sel lemak tanpa mematikan sel lemak tersebut. Pemilihan rawatan laser yang betul seperti kaedah ‘Zerona’ amat penting kerana kaedah lain seperti sedut lemak boleh menjadikan pengimbangan hormon menjadi huru-hara dan lemak berkumpul di tempat yang tidak diingini.

1.7 juta berdepan obesiti

1.7 juta berdepan obesiti gemuk Dianggarkan 1.7 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghadapi obesiti, sekali gus mewujudkan kebimbangan ...

Lindungilah anak daripada obesiti 

Lindungilah anak daripada obesiti ROSNITA (bukan nama sebenar), 10, akan makan sepapan coklat, biskut untuk snek ringan dan semangkuk nasi dengan ...

Obesiti jejas kesuburan

Obesiti jejas kesuburan. Antara punca ketidaksuburan lelaki ialah masalah varikosel iaitu pengembangan salur darah dalam skrotum (kantung buah zakar) ...

Masalah obesiti kian meruncing

Masalah obesiti kian meruncing. Oleh Ardyhansah Amat. Masalah berat badan berlebihan adalah masalah global kerana dialami di setiap negara. Hampir satu ...

Kurangkan kalori

Pilihan gaya hidup, faktor genetik, tingkah laku dan kurang kesedaran terhadap kesihatan diri antara penyebab meningkatkan kadar masalah obesiti dalam ...


Baca Lagi...

28 Ogos 2015

Apa sebenarnya penyakit gout?

Gout adalah sakit yang melibatkan sendi-sendi kecil pada kaki dan tangan. “Paling biasa berlaku pada sendi-sendi jari kaki dan tangan tetapi boleh juga berlaku di pergelangan tangan, siku dan lutut," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah dan apabila tahap asid urik ini terus meningkat, sebahagiannya membentuk kristal pada bahagian sendi lalu menyebabkannya sakit, sukar bergerak dan bengkak.

Asid urik

Dari manakah datangnya asid urik? Asid urik terdapat dalam semua jenis makanan daripada haiwan dan purine dalam tumbuhan tetapi tahap kandungannya pelbagai.

“Asid urik yang berlebihan akan bertukar menjadi kristal dan berkumpul pada sendi menjadi gout atau dalam buah pinggang sebagai batu karang. Sebaik-baiknya  ambillah makanan yang kurang kandungan purine atau asid urik.

Seelok-eloknya elakkan daging merah, organ dalaman haiwan, makanan laut terutama yang mempunyai cengkerang, ikan dengan lemak tinggi, produk tenusu, sayuran seperti bunga kubis, cendawan, bayam, sayur kacang dan brokoli.

Mereka juga perlu menggelakkan minuman beralkohol dan minuman bergas.

“Walaupun tidak menghidap gout, seelok-eloknya ambil makanan yang kurang purine dan asid urik seperti ayam, ikan kurang lemak dan sayuran berdaun.

Bagaimanapun terdapat juga keadaan kesihatan yang menyebabkan gout seperti psoriasis dan penyakit berkaitan darah misalnya limfoma, leukemia dan hemolitik anemea.

Penyakit berkenaan yang menyebabkan sel darah merah tidak sihat dan cepat terurai membebaskan asid urik.

Pesakit yang telah menjalani pemindahan buah pinggang juga mempunyai kandungan asid urik tinggi kerana ubat penolakan cyclosporine yang diambil.

Selain itu, kanak-kanak mempunyai kandungan asid urik yang tinggi kerana sel yang sentiasa pecah tetapi mereka tidak diserang gout kerana sel berkenaan sentiasa diperbaharui.

Adakalanya gout sukar dijelaskan kerana ada pesakit yang mempunyai kandungan asid urik yang tinggi tidak diserang gout. “Mungkin juga asid urik tadi berkumpul dalam buah pinggang dan menyebabkan batu karang.

Dalam pada itu, pengurangan berat badan secara mendadak menyebabkan kandungan asid urik meningkat kerana kemusnahan sel. “Justeru jika ingin berat badan ideal, lakukan dengan perlahan-lahan dengan mendapat nasihat doktor.

Apa yang lebih unik, wanita tidak ramai menghidap gout tetapi mendapatnya selepas menopaus atas sebab yang masih tidak diketahui.Asid urik adalah salah satu risiko penyebab sakit jantung selain kolestrol, darah tinggi dan kencing manis.

“Tapi ada juga yang mendapat pseudo gout dengan simptom sama seperti gout tetapi ia berkaitan dengan kalsium, manusia perlu makan apa yang diperlukan untuk hidup dan bekerja kerana makanan yang berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

“Makan bukan apa yang anda inginkan tetapi makan apa yang diperlukan oleh badan.



Penyakit artritis gout

PENYAKIT artritis gout adalah penyakit yang agak kerap didiagnos oleh para doktor. Namun sebenarnya, penyakit ini mempunyai implikasi dan komplikasi ...

Penyakit gout

Cara kawal penyakit gout minyak kelapa dara BIASANYA apabila menghidap satu-satu penyakit, antara nasihat wajib yang diberi doktor ialah jaga makan ...

7 panduan kurangkan gout 

Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebabgout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita.

Info Kesihatan : Kaitan gout dan batu karang

Kaitan gout dan batu karang PENYAKIT gout boleh membawa kepada pembentukan batu karang ginjal. Ini kerana pengumpulan kristal asid urik yang dikenal ...

Pemakanan untuk pesakit gout

GOUT sejenis penyakit yang ditakrifkan sebagai penghasilan asid urik secara berlebihan di dalam badan dan ini berlaku dalam keadaan di mana ...

Testimoni gout Pengguna BioVCo

Testimoni gout Pengguna BioVCo. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna ...
Baca Lagi...

27 Ogos 2015

Cara Berkesan Atasi Tumit Pecah

Kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.




Faktor penyebab


  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.


Solusi


  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.



PETUA TRADISIONAL


  • Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  • Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah.


Psoriasis Kulit merekah, bersisik

Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang dihidapi kira-kira dua hingga tiga peratus penduduk setiap negara di seluruh dunia. Penyakit ini ada dalam semua ...

Ekzema radang kulit

Ekzema radang kulit BIASA kita lihat kanak-kanak yang pipinya mempunyai tompok kemerah-merahan seperti melepuh. Ramai menyangka ia kurap susu tetapi ...

Psoriasis penyakit kulit bersisik

Psoriasis penyakit kulit bersisik JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis.

Kenali masalah kulit bayi anda

Geram sungguh melihat kulit bayi yang sungguh lembut dan mulus. Bagaimanapun,kulit bayi yang halus dan lembut ini mudah sensitif dan sentiasa terdedah ...

Jerawat : Rawatan kulit wanita Asia

Jerawat : Rawatan kulit wanita Asia Minyak Kelapa Dara JERAWAT adalah sesuatu yang biasa berlaku dan tidak mengancam nyawa. Namun, kehadirannya ...
Baca Lagi...

26 Ogos 2015

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Penyakit buah pinggang, Kawal protein

Penyakit buah pinggang : Kawal protein BUAH pinggang atau ginjal berfungsi sebagai penapis darah yang menyingkirkan bahan buangan tidak diperlukan ...

Cara Mudah Mencuci Dan Menjaga Buah Pinggang

Kali ni nak berkongsi sedikit tips untuk menjaga buah pinggang kita. Ianya mudah sahaja dengan menggunakan kos sebanyak RM1.00 sahaja. Bagaimana?

10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda ...

Kaitan sakit ginjal, jantung

Namun berbanding penyakit kronik lain, hakikatnya masih ada harapan bagi pesakit ginjal atau buah pinggang ini untuk meneruskan kehidupan.

Penyakit kronik ancaman baru

PENYAKIT kronik tidak berjangkit seperti kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes mellitus dan penyakit kronik buah pinggang (CKD). Elak penyakit kronik ...
Baca Lagi...

25 Ogos 2015

Refluks Gastroesofagus (GERD)

GERD adalah keadaan apabila kandungan asid gastrik dalam perut tertolak ke atas memasuki saluran esofagus atau kerongkong. Aliran songsang atau refluks asid gastrik inilah yang membuatkan seseorang mengalami pedih ulu hati, mulut terasa masam, loya dan tidak selesa.

Makanan dan minuman yang perlu dielak jika anda menghidap GERD


  • Arak
  • Minuman berkafein
  • Minuman berkarbonat
  • Coklat
  • Buah-buahan sitrus
  • Perasa pudina
  • Makanan lemak atau bergoreng
  • Makanan pedas, terutama berperisa bawang putih dan bawang merah
  • Makanan berasaskan tomato seperti piza atau sos spageti atau cili


Rawatan

Kebanyakan individu boleh mengawal rasa kurang selesa pedih hulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat tanpa ubat-ubatan dan preskripsi doktor. Namun, jika semakin teruk, ubat-ubatan itu mungkin hanya membantu mereka buat sementara waktu. Jika mengalami GERD, anda mungkin memerlukan ubat-ubatan lain bagi menghilangkan gejala

Jika pedih hulu hati semakin teruk, anda boleh menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan, selain paling utama, berhenti merokok

Simptom GERD


  • Muntah asid (asid regurgitation)
  • Terasa keasidan dalam perut
  • Pedih hulu hati
  • Sakit dada yang terasa sama dengan sakit dada disebabkan sakit jantung
  • Ketidakhadaman makanan (dyspepsia)
  • Terasa pahit atau masam pada mulut
  • Kerap sendawa
  • Kesukaran menelan makanan atau tercekik



Gastrik Sakit gaya hidup | Ubat sakit gastrik

Gastrik Sakit gaya hidup Gastrik sering dikaitkan dengan keupayaan berpuasa. Namun, hakikatnya, penyakit ini boleh sembuh sepenuhnya kerana sifat semula ...

Gastrik dan ulser

Gastrik dan ulser Sistem gastrousus dikenali juga sebagai sistem penghadaman. Ia terbahagi kepada bahagian atas dan bawah. Sistem penghadaman ...

Makin ramai sakit gastrik

MAKANAN berlemak, pedas, berasid, berangin, coklat, bawang, kopi dan minuman berkarbonat sememangnya kegemaran Malaysia. Bak kata sesetengah ...

Info Kesihatan : Hidup sihat tanpa stres

Bertenang boleh membantu individu dalam mencegah penyakit seperti tekanan yang mengakibatkan gastrik, meningkatkan kesihatan mental dan tahap tenaga ...

Pendarahan Rawat awal 

Gastrik radang pada membran mukus yang melapik perut. Saluran darah pada esofagus yang membengkak ( oesophageal varices ). Mallory-weis tears ...

Ulser peptik risiko pendarahan dalaman

Jika terjadi di dalam perut, ia dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama usus kecil atau duodenum. Sementara ...
Baca Lagi...

21 Ogos 2015

Migrain tanda akan diserang angin ahmar

BUKAN mahu menakut-nakutkan tetapi satu penyakit boleh menjadi gejala penyakit kedua. Penyakit migrain yang sering menyerang di bahagian sebelah kepala memberi gambaran risiko angin ahmar dan serangan jantung.

Satu kajian di Amerika Syarikat dua tahun lalu mendapati jika seseorang itu diserang migrain sekali sebulan bermakna risiko serangan jantung meningkat 50 peratus lebih tinggi jika dibandingkan dengan orang yang tidak pernah mengalami migrain.

Sementara itu, apabila seseorang mengalami migrain sekali dalam seminggu, risiko terhadap angin ahmar dan serangan jantung boleh meningkat tiga kali ganda.

Bagaimanapun, menurut seorang pakar dari Hospital Omni Pulomas, Dr. Imam Nito, hanya sakit kepala teruk yang disebabkan oleh salah satu organ tubuh tidak berfungsi dengan baik, contohnya aliran darah yang tersumbat dengan kolesterol, boleh membawa kepada angin ahmar dan serangan jantung.


Migrain atau Sakit Kepala

Migrain atau Sakit Kepala yang kronik menyebabkan pengidapnya tidak dapat melakukan tugas. Punca sakit kepala atau migrain tidak diketahui. Stress boleh ...

Diet berkhasiat kurangkan Migrain

Diet berkhasiat kurangkan migrain, Minyak Kelapa Dara Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini, sebanyak 15 peratus ...

Sakit kepala dan migrain

Sakit kepala dan migrain Sebanyak 60 peratus daripada pesakit yang menghidapi sakit kepala mengalami sama ada migrain atau tension headache. Migrain ...

Wanita migrain risiko hidap strok

ANDA wanita yang berusia 45 tahun ke bawah dan mengalami migrain? Jika ya, anda sebenarnya tidak berada dalam situasi yang menyenangkan.

13 Tanda Anda Mungkin Ada Migrain

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara kerap. Sangat sakit dan siapa yang kena migrain akan rasa denyut di sebelah sahaja bahagian kepala.
Baca Lagi...

20 Ogos 2015

Usah biar kulit kering

Mereka yang tinggal di negara empat musim tidak asing dengan pengalaman kulit sangat kering ketika cuaca sejuk yang menyebabkan kulit badan dan tangan menjadi kasar dan merekah.

Biarpun masyarakat di negara tropika punya pengalaman berbeza, kita juga tidak terlepas daripada dibelenggu masalah kulit akibat cuaca melampau, pencemaran alam sekitar, gaya hidup yang sibuk, pemakanan tidak seimbang dan kesan penyaman udara.

Semua faktor ini boleh menjadikan kulit badan dan tangan kita lebih cenderung mengalami kekeringan dan suram, malah kegatalan. Gaya hidup masa kini dan keadaan persekitaran menyebabkan kulit mudah menjadi rosak.

Pendedahan berpanjangan kepada penyaman udara, cahaya matahari, mandi dengan air panas atau membersih menggunakan sabun boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan memburukkan lagi keadaan.

Mereka yang mengalami kulit kering selalunya mempunyai bahagian kulit kasar dan kemerah-merahan, selain gatal.

Bahagian kulit yang biasa terbabit termasuk lengan, tangan, bahagian bawah kaki, abdomen dan yang selalu bergeser, misalnya buku lali serta tapak kaki.

Kulit kering juga boleh menyebabkan beberapa penyakit kulit, seperti ekzema dan atopik ekzema (AD). Atopik ekzema adalah penyakit radang kulit yang berciri ruam gatal dan boleh menyebabkan rasa sakit, lara dan resah.

Ia berpunca daripada abnormaliti atau ketidaksempurnaan pada sistem keimunan tubuh yang membawa pada kerosakan kulit. Ciri utama penyakit itu termasuk kulit kering, gatal dan lama-kelamaan, kesan garu itu menjadi tebal.

Pada bayi, ia mudah berlaku di pipi, kulit kepala dan kaki manakala bagi kanak- kanak dan golongan dewasa, ia terjadi di kawasan berlipat seperti siku dan bawah lutut.

AD boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu atopik dermatitis alergi, di kenali juga sebagai alergi AD, paling biasa dan dialami lebih 70 peratus pesakit AD. Ia dikaitkan dengan abnormaliti sistem imun, iaitu peningkatan sejenis antibodi, IgE.

Kategori kedua pula atopik dermatis bukan alergi, berlaku kira-kira 30 peratus kes AD. Ia jarang berlaku kerana tiada peningkatan tahap IgE tetapi mempunyai ciri-ciri klinikal luaran yang hampir sama dengan AD alergi.

Sifat AD yang kompleks menyukarkan punca sebenar diketahui. Begitupun, banyak perkara dikaitkan sebagai pencetus ekzema.

Antaranya mandi tanpa sabun, berpeluh, kesejukan, jangkitan bakteria dan kurap. Namun perlu diingat, setiap orang memiliki pencetus yang tidak sama.

Namun semua itu boleh dikategorikan sebagai faktor persekitaran. Kerana faktor genetik juga sebenarnya berkemampuan menyebabkan ekzema.

Untuk membantu mengurangkan simptom kurang menyenangkan serta tidak selesa, gunakan pelembap sebagai asas rawatan untuk kulit kering dan dermatitis atopik.


Ekzema tak berjangkit

Ekzema tak berjangkit KULIT menjadi kering, merah dan gatal. Ini gejala biasa apabila seseorang mengalami ekzema, iaitu antara masalah kulit yang sangat ...

Ekzema | Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

Ekzema juga dikenali sebagai dermatitis atopik dan ia tidak berjangkit. Perkataan ekzema diguna untuk menjelaskan semua jenis masalah kulit yang merah, ...

Ekzema radang kulit 

Ekzema radang kulit BIASA kita lihat kanak-kanak yang pipinya mempunyai tompok kemerah-merahan seperti melepuh. Ramai menyangka ia kurap susu tetapi ...

Ekzema jejas kualiti hidup

Ekzema jejas kualiti hidup APAKAH yang anda rasa apabila berkunjung ke kedai menjual pakaian ataupun produk kecantikan tetapi tidak diberi perhatian ...

Masalah Kegatalan kulit bersisik

Bagaimanapun, apa yang ingin dikemukakan kali ini adalah masalah kulit, khususnya ekzema atopik yang kini menyerang satu dari setiap lima kanak-kanak.

Ekzima dan Psoriasis

Ekzema sering menyebabkan kerengsaan pada kulit. Ia biasanya disebabkan oleh produk-produk yang mempunyai bahan kimia yang kuat termasuk detergen, ...

Kenali masalah kulit bayi anda 

Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, ...
Baca Lagi...