25 Ogos 2015

Refluks Gastroesofagus (GERD)

GERD adalah keadaan apabila kandungan asid gastrik dalam perut tertolak ke atas memasuki saluran esofagus atau kerongkong. Aliran songsang atau refluks asid gastrik inilah yang membuatkan seseorang mengalami pedih ulu hati, mulut terasa masam, loya dan tidak selesa.

Makanan dan minuman yang perlu dielak jika anda menghidap GERD


  • Arak
  • Minuman berkafein
  • Minuman berkarbonat
  • Coklat
  • Buah-buahan sitrus
  • Perasa pudina
  • Makanan lemak atau bergoreng
  • Makanan pedas, terutama berperisa bawang putih dan bawang merah
  • Makanan berasaskan tomato seperti piza atau sos spageti atau cili


Rawatan

Kebanyakan individu boleh mengawal rasa kurang selesa pedih hulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat tanpa ubat-ubatan dan preskripsi doktor. Namun, jika semakin teruk, ubat-ubatan itu mungkin hanya membantu mereka buat sementara waktu. Jika mengalami GERD, anda mungkin memerlukan ubat-ubatan lain bagi menghilangkan gejala

Jika pedih hulu hati semakin teruk, anda boleh menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan, selain paling utama, berhenti merokok

Simptom GERD


  • Muntah asid (asid regurgitation)
  • Terasa keasidan dalam perut
  • Pedih hulu hati
  • Sakit dada yang terasa sama dengan sakit dada disebabkan sakit jantung
  • Ketidakhadaman makanan (dyspepsia)
  • Terasa pahit atau masam pada mulut
  • Kerap sendawa
  • Kesukaran menelan makanan atau tercekik



Gastrik Sakit gaya hidup | Ubat sakit gastrik

Gastrik Sakit gaya hidup Gastrik sering dikaitkan dengan keupayaan berpuasa. Namun, hakikatnya, penyakit ini boleh sembuh sepenuhnya kerana sifat semula ...

Gastrik dan ulser

Gastrik dan ulser Sistem gastrousus dikenali juga sebagai sistem penghadaman. Ia terbahagi kepada bahagian atas dan bawah. Sistem penghadaman ...

Makin ramai sakit gastrik

MAKANAN berlemak, pedas, berasid, berangin, coklat, bawang, kopi dan minuman berkarbonat sememangnya kegemaran Malaysia. Bak kata sesetengah ...

Info Kesihatan : Hidup sihat tanpa stres

Bertenang boleh membantu individu dalam mencegah penyakit seperti tekanan yang mengakibatkan gastrik, meningkatkan kesihatan mental dan tahap tenaga ...

Pendarahan Rawat awal 

Gastrik radang pada membran mukus yang melapik perut. Saluran darah pada esofagus yang membengkak ( oesophageal varices ). Mallory-weis tears ...

Ulser peptik risiko pendarahan dalaman

Jika terjadi di dalam perut, ia dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama usus kecil atau duodenum. Sementara ...

0 comments: