Ancaman kolesterol

Posted by BioVCO on 07:24 with 1 comment
Kolesterol ialah sejenis jisim lembut seperti lemak dan berlekit seperti lilin dan dijumpai di dalam aliran darah dan dalam semua sel badan. Kolesterol merupakan bahagian penting dalam badan yang sihat kerana ia digunakan untuk mengeluarkan membran sel dan sesetengah hormon, serta membantu melicinkan fungsi badan lain yang memerlukannya.

Namun, terlampau banyak kolesterol dalam darah akan mengundang risiko besar untuk diserang penyakit jantung koronari (seterusnya akan membawa kepada serangan jantung) dan angin ahmar.


Kolesterol datangnya daripada dua punca, daripada makanan dan badan anda. Hepar dan sel lain dalam badan anda mengeluarkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol darah. Baki 25 peratus lagi datangnya daripada makanan yang anda makan. Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah antara 200-400 miligram sehari.


Apabila terdapat terlampau banyak kolesterol jenis lipoprotein (LDL) berkepadatan rendah beredar dalam darah, ia beransur-ansur akan melekat dan mengumpul pada dinding dalaman arteri yang menyalurkan darah ke jantung dan otak. Bersama dengan jisim lain, ia lama kelamaan akan membentuk plak, iaitu sejenis longgokan keras yang akan menyempitkan arteri dan menjadikannya kurang anjal. Keadaan sedemikian dikenali sebagai atherosclerosis. Sekiranya suatu gumpalan terbentuk dan menyumbat arteri yang telah pun menyempit itu, ini akan mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar.


Lebih kurang satu perempat hingga satu pertiga daripada kolesterol darah dibawa oleh lipoprotein yang berkepadatan tinggi (HDL). Kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik", sebab paras HDL yang tinggi dikatakan dapat melindungi daripada serangan jantung. Paras HDL yang rendah (kurang daripada 1.0 mmol/L) juga akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Trigliserida

Trigliserida ialah bentuk sejenis lemak yang diperbuat di dalam badan. Trigliserida yang tinggi mungkin disebabkan oleh berat badan yang berlebihan, tidak aktif, merokok, meminum alkohol secara berlebihan dan mengambil makanan yang tinggi karbohidrat (60 peratus atau lebih daripada jumlah kalori). Mereka yang mempunyai trigliserida tinggi seringkali mempunyai paras kolesterol yang tinggi juga, termasuklah paras LDL yang tinggi serta paras HDL yang rendah.

Kolesterol Lp (a)

Lp (a) merupakan variasi genetik bagi kolesterol LDL (kolesterol jahat). Paras Lp (a) yang tinggi adalah faktor risiko utama bagi perkembangan pramatang pendepositan lemak dalam atreri.

Apakah yang ditunjukkan oleh paras kolesterol anda?

Laporan ujian anda akan menunjukkan paras kolesterol mengikut ukuran "millimoles per litre (mmol/L)". Untuk menentukan bagaimana paras kolesterol mempengaruhi risiko untuk anda menghidapi penyakit jantung, doktor juga akan mengambilkira faktor risiko lain seperti usia, sejarah keluarga, merokok atau tidak dan tekanan darah tinggi.

Perhatian: Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah 200-400 miligram sehari.



  • Panduan turunkan paras kolesterol 

    Panduan turunkan paras kolesterol Paras kolesterol yang tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan badan dan jantung anda. Selain dari mengurangkan...
  • Kolesterol Darah Yang Tinggi

    Kolesterol darah yang tinggi merupakan satu keadaan di mana tahap kolesterol dalam darah meningkat tinggi.
  • Kolesterol

    Asma. 14. Kolesterol. 15. Tonsil. 16. Wanita Mengandung. Serta banyak lagi. ... anda dan keluarga anda perlu mengambil MINYAK KELAPA DARA BioVCo.
  • Elak Kolesterol tinggi

    Kolesterol : Kadar kolesterol LDL yang tinggi memudaratkan kesihatan, turunkan kadarkolesterol.
  • Cara mengawal tahap kolesterol

    TAHAP kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan strok.
  • Apa itu kolesterol | Rawatan Kolesterol

    Minyak Kelapa Dara, Apa itu kolesterol Kolesterol, salah satu bahan yang menjadi punca utama kepada masalah peyakit jantung. Apabila kandungannya tinggi ...
  • BioVCo turunkan kolesterol

    3 Sep 2014 - 7:58 PM Minyak Kelapa Dara BioVCo turunkan kolesterol. Minyak kelapa dara terdiri daripada asid lemak tepu. Menurut Bruce Fife dalam ...
  • Categories: