Ekzema berjangkit ke?

Posted by BioVCO on 09:34 with No comments
Ekzema berjangkit ke? Itu antara soalan yang paling kerap kami terima. Pasti ramai ibu bapa yang tertanya-tanya dan ingin tahu sama ada adakah ekzema ini penyakit yang berjangkit.
Ekzema atau dikenali sebagai atopik dermatitis, boleh membuatkan kulit gatal, meradang dan sangat kering.
Simptom normal biasanya termasuk kulit tebal, bersisik dan merekah dan tompokan berwarna merah atau coklat boleh muncul di mana-mana bahagian badan lebih-lebih lagi di tangan, kaki, buku lali, pergelangan tangan, leher, lutut dan siku.
Ekzema juga boleh menyebabkan benjolan kecil yang akan berkerak apabila anda garu. Menggarunya juga boleh menyebabkan kulit anda bengkak atau berdarah.
Walaupun ekzema boleh dikurangkan dengan melembapkan kulit untuk melawan rasa gatal dan ubat untuk melawan keradangan, penyakit ini tak ada ubat untuk menyembuhkannya.
Namun berita baiknya, kebanyakan bayi yang menghidap ekzema akan sembuh dengan sendiri apabila mereka membesar.

Ekzema berjangkit ke?

Ekzema terjadi disebabkan penghalang kulit yang tak berfungsi. Penghalang kulit ini berfungsi untuk memberi perlindungan dari ancaman luar seperti bakteria, iritasi dan alahan.
Jika anda mempunyai ekzema, variasi gen “menghalang” penghalang kulit ini dari memberikan perlindungan dan menyebabkan kulit anda mudah mendapat iritasi dan menyebabkan anda mendapat simptom ekzema.
Gen variasi ini juga membuktikan kenapa ekzema tidak berjangkit. 
Dr. Zeichner berkata:
“Anda tak boleh menyebarkan ekzema kepada sesiapa kerana ia berada dalam gen anda.”
Penyakit berjangkit biasanya berjangkit melalui virus, bakteria, kulat atau parasit. Jadi, oleh kerana gen variasi ini adalah penyebab ekzema dan bukan kerana mikroorganisma yang lain, penyakit ini bukan penyakit berjangkit.
Pertanyaan “ekzema berjangkit ke?” sering menjadi pertanyaan orang luar kerana ekzema ini boleh disebabkan oleh penyakit keturunan.
Jika seseorang mempunyai ibu bapa atau adik beradik yang mempunyai ekzema, mereka mempunyai risiko untuk mendapat ekzema. Oleh kerana ini, ekzema kelihatan seperti penyakit berjangkit.

Apa yang boleh anda lakukan jika anak mempunyai ekzema?

Walaupun ekzema tak boleh dirawat, tapi ada beberapa cara untuk anda mengawalnya. Ikuti langkah-langkah ini:
  • Jika anak anda mempunyai ekzema, perhatikan apa yang membuatkan ekzema anak anda naik dan catatkan supaya mudah untuk anda berbincang dengan doktor.
  • Beberapa pakar mengatakan, pendedahan kepada makanan tertentu boleh menyebabkan ekzema menjadi semakin teruk. Sebelum anda mendapat nasihat dari doktor tentang perkara ini, jangan ubah pemakanan anak secara drastik kerana hanya 10% kanak-kanak yang mempunyai ekzema disebabkan oleh makanan.
  • Habuk juga dikatakan boleh menyebabkan ekzema. Walaupun belum ada bukti yang kukuh lagi, anda boleh mengurangkan risiko ini dengan membersihkan tempat tidur anak anda setiap minggu dan udarakan bilik setiap hari.
  • Cuaca dan bilik yang panas boleh membuatkan ekzema menjadi semakin teruk, oleh itu, pastikan anak anda memakai baju yang nipis dan menjaga suhu bilik agar tak terlalu panas.
  • Potong kuku anak anda untuk mengelakkan iritasi kulit sekiranya mereka garu pada bahagian yang gatal.
Jadi, jika anda atau anak anda mempunyai ekzema, sekarang anda boleh beritahu orang lain yang mereka tak perlu risau kerana ia tak berjangkit.
Jika anda tak mempunyai ekzema, anda sekarang tak perlu risau untuk dekat dengan orang yang mempunyai ekzema.


Categories: