31 Julai 2015

Diabetes ibu penyakit

DIABETES atau kencing manis ialah penyakit kronik akibat kandungan gula di dalam darah melebihi tahap normal. Ada yang menganggap ia ibu segala penyakit kerana dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan kerosakan lain pada tubuh seperti mata, jantung, saluran darah, hati, buah pinggang, kulit dan kaki serta saraf tidak sensitif.

Antara tanda dan gejala diabetes ialah penghidapnya sentiasa haus, kerap kencing, gangguan penglihatan, lesu dan mengalami penurunan berat badan. 

Perunding Pakar Perubatan dan Endokrin Pusat Perubatan Tropicana, Dr Vijay Ananda Paramasvaran, berkata diabetes boleh menyebabkan aliran pembuluh darah menjadi kurang baik disebabkan kerosakan organ dalam mata daripada retina yang disebut retinopati diabetik, perlahan-lahan menyebabkan buta hingga kerosakan pada kanta seperti katarak. 

Menurutnya, apabila diabetes, perubahan metabolisma sel lapisan dalam pembuluh darah juga boleh menyebabkan aliran darah kurang baik. Akibatnya, organ yang harus dialiri darah kekurangan nutrisi dan oksigen. Keadaan itu biasanya menyebabkan serangan jantung koroner, strok serta luka yang sukar sembuh.

Masalah lain yang kerap dialami penghidap diabetes ialah gastropati diabetik iaitu gejala perut kembung dan cepat kenyang. Pesakit kelihatan kurus kerana tubuh memerlukan lebih banyak insulin kerana insulin yang ada dalam tubuh hanya digunakan separuh akibat ketidakcekapan reseptor atau resitensi insulin.

Diabetes turut menyebabkan kebocoran protein di buah pinggang berpunca daripada kegagalan organ berkenaan yang menyebabkan pesakit perlu menjalani dialisis. Komplikasi lain yang mungkin dihadapi pesakit ialah kaki diabetik. Komplikasi ini terjadi akibat kerosakan saraf. Pesakit tidak dapat membezakan suhu panas dan dingin dan rasa sakit berkurangan. Diabetes dibahagi kepada dua iaitu tahap satu dan tahap dua. 

Diabetes tahap satu 

Dikenali juga diabetes bersandar insulin (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis satu adalah akibat kegagalan kelenjar pankreas menghasilkan insulin. 

Biasanya, penghidap mula mendapat simptom penyakit ketika kanak-kanak atau remaja. Disebabkan kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk mengawal tahap glukos darah. Tidak ramai menghidap diabetes jenis ini. 

Diabetes tahap dua 

Disebabkan kerintangan insulin (tisu badan kian kurang sensitif terhadap insulin) atau penghasilan insulin yang berkurangan. Disebabkan masih mempunyai sedikit insulin daripada pankreas, diabetes jenis ini boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat. Diabetes jenis ini biasa berlaku kepada mereka yang berusia dan mempunyai berat badan berlebihan. Pesakit perlu makan ubat dan akhirnya, ramai juga yang memerlukan suntikan insulin. 

Antara faktor risiko bagi diabetes tahap dua: 

1. Faktor usia. Lebih lanjut usia seseorang, lebih tinggi risiko mendapat diabetes. 

2. Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga mengalami diabetes, termasuk dalam golongan populasi yang mempunyai risiko tinggi mendapat diabetes. 

3. Faktor lain - mempunyai sejarah paras glukos darah yang lebih tinggi daripada biasa, pesakit jantung serta wanita yang melahirkan anak pada usia lanjut dengan berat bayi lebih empat kilogram. 

Kes diabetes tahap dua menunjukkan peningkatan mendadak, banyak berlaku di kalangan mereka yang berusia. Ia seiring dengan trend membimbangkan peningkatan jumlah mereka yang obes serta peningkatan jumlah pesakit muda. 

Amalan gaya hidup sihat dan mengelak obes, atau memastikan indeks jisim tubuh pada tahap normal, boleh menghindar diabetes. Sebaliknya, berperut besar atau buncit menambahkan lagi risiko mendapat diabetes.

PERCUMA !!!

Info-info berkaitan kesihatan terus ke email anda.



Diabetes : Boleh cegah komplikasi 

Merawat segera diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini.

Diabetes penyebab jantung koronari 

... tahu penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Diabetesatau penyakit kencing manis pula adalah penyakit yang sangat berbahaya.

Gejala-gejala Diabetes Tidak Terkawal

Gejala-gejala Diabetes Tidak Terkawal Simptom-simptom diabetes jenis 1 yang biasa termasuklah kerap membuang air kecil, terasa amat dahaga, penurunan ...

Diet kawal diabetes 

Diet kawal diabetes Sebelum ini, bahaya kepada penghidap penyakit kencing manis dan juga risiko kesihatan terhadap mereka yang berada di peringkat pra ...

Rawat diabetes lebih awal | Diabetes Kencing Manis

DIABETES bukanlah sejenis penyakit yang asing bagi masyarakat kita. Setiap hari tanpa disedari, kita mungkin berhadapan atau berdiri ataupun makan di ...
Baca Lagi...

30 Julai 2015

Alahan penyebab resdung

ADAKAH anda sering mengalami bersin, selesema, mata gatal dan hidung tersumbat secara berterusan melebihi tempoh sebulan?

Jika keadaan begini berterusan, anda dinasihatkan berjumpa doktor bagi memastikan sama ada anda mengalami alahan hidung atau resdung.

Pakar Runding Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Pembedahan Leher, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Samril Bokari berkata, tanda-tanda alahan hidung berkenaan yang tidak dirawat akan membawa kepada sinusitis atau resdung.

“Biasanya tanda awal alahan hidung adalah selesema, bersin, hidung tersumbat serta muka dan mata yang gatal dan berair.

“Dalam keadaan begini tidak ramai yang mendapatkan nasihat dan rawatan doktor dengan alasan penyakit yang dihidapi tidak teruk,” katanya.

Sememangnya resdung tidak membawa kepada kematian tetapi memberikan kesan kepada gaya hidup dan keyakinan diri pesakit.

Alahan hidung berlaku apabila selaput hidup membran mukus, telinga tengah dan tekak membengkak kerana menghidu debunga, hama dan habuk serta perubahan cuaca.

Apabila itu berlaku, hidung akan bertindakbalas dengan benda asing menyebabkan simptom seperti selesema, bersin, gatal mata dan hidung berterusan.

Dr. Samril berkata, jika alahan hidung dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan komplikasi seperti rongga sinus tersumbat (terdapat lapan rongga sinus).

Rongga sinus yang bertindak untuk pengudaraan terhalang dan menyebabkan bakteria terperangkap, sinusitus dan nanah terkumpul.

Pesakit juga terdedah kepada jangkitan telinga tengah atau kegagalan Tiub Euschasian.

“Ketika itu pesakit akan merasa tidak selesa di muka, bendalir hijau meleleh dari hidung dan jika tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan kuman di otak,” katanya.

Terdapat juga pesakit yang menghidap asma akibat alahan hidung yang berterusan kerana hidung dan paru-paru bersambung.

Rawatan awal boleh dilakukan menggunakan ubat bagi mengurangkan selesema dan semburan hidung yang berterusan sehingga sembuh.

Menurut Dr. Samril, sinusitis boleh berlaku kepada sesiapa saja, bagaimanapun risiko lebih besar jika ahli keluarga terdekat menghidapinya.

Alahan hidung biasanya berlaku pada usia muda antara 8 hingga 11 tahun sementara 80 peratus menghidapinya semasa berusia 20 tahun.

Ketika usia muda, alahan hidung lebih biasa berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan tetapi bila dewasa peratusannya lebih kurang sama.

“Sejarah pesakit amat penting dalam menilai alahan hidung.

“Elemen penting termasuk menilai persekitaran, tempoh simptom, tindak balas perubatan, sejarah keluarga dalam alergi dan pekerjaan,” katanya.

Sejarah berkenaan boleh membantu mengenal pasti punca dan penawar kepada alahan berkenaan.

Simptom berkaitan dengan bersin, gatal hidung, mata dan telinga, hidung berair, sakit kepala, mata merah dan letih.

Pastikan simptom berkaitan dengan alahan sama ada debunga, kulat, haiwan tertentu, habuk atau hama.

Biasanya struktur hidung akan bengkak dan jika penyakit parah maka ruang sinus akan mengandungi nanah.

“Pesakit akan diberikan antibiotik selama 10 hari hingga dua minggu.

“Biasanya pesakit yang mengambil ubat secara berterusan akan dapat mengawal alahan,” katanya.

Bagaimanapun jika resdung tadi bertambah parah, jalan terakhir adalah melalui pembedahan.

PERCUMA !!!

Dapatkan info-info berkaitan kesihatan terus ke email anda.

Alahan penyebab resdung

ADAKAH anda sering mengalami bersin, selesema, mata gatal dan hidung tersumbat secara 
berterusan melebihi tempoh sebulan?...

Memahami alahan | Alahan

Memahami alahan. Awasi daripada kerosakan gigi Sistem imunisasi badan menjadi terlalu sensitif kepada satu atau lebih bahan dalam persekitaran yang ...

Alahan bahaya jika dibiarkan tanpa rawatan

... perubahan aktiviti. Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen.

Alahan terhadap makanan

Alahan terhadap makanan PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek allon argon yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap ...

Pencetus alahan

Pencetus alahan Alahan adalah satu tindak balas terlalu sensitif disebabkan oleh satu atau lebih bahan dalam persekitaran (debunga, habuk, makanan) yang ...

Alahan Bawa Maut

Gejala alahan bukan hanya dicetuskan oleh makanan kerana banyak benda lain boleh menyebabkan masalah ini. Selain makanan, ada orang alah pada ...
Baca Lagi...

29 Julai 2015

Telur bantu rawat rambut, muka

TELUR ayam banyak digunakan dalam pembuatan kek, pastri dan kuih-muih. Tahukah anda kandungan protein yang tinggi juga mampu digunakan untuk tujuan kecantikan kulit dan rambut yang lembut serta menawan tanpa perlu mengeluarkan belanja besar?

Bahan semula jadi itu yang kadangkala disalah anggap sebagai menggemukkan badan, kaya dengan vitamin B12 serta mengandungi 11 vitamin dan mineral. 

Bahan kecantikan semula jadi yang digunakan sejak zaman-berzaman ini memberi kesan cepat biarpun baru pertama kali mencubanya. 

Siapa yang tidak inginkan rambut yang lebat, lembut dan kuat, apatah lagi wanita. Justeru, telur adalah antara bahan semula jadi yang bukan saja murah dan mudah diperoleh, ma-lah berkesan membantu seseorang mencapai impian memiliki rambut yang cantik menawan.

Penggunaan telur bersama beberapa bahan asas semula jadi lain boleh membantu merawat masalah rambut seperti berminyak atau kering, selain membuatkannya lebih kuat kerana mendapat bekalan protein yang tinggi daripada telur.

Ada pelbagai cara yang boleh digunakan oleh sese-orang itu bagi mendapatkan faedah kecantikan maksimum daripada telur untuk merawat masalah rambut atau kulit

Rambut yang berminyak boleh dirawat dengan me-nyapu putih telur ke seluruh bahagian kulit kepala dan rambut dengan membiarkan sekurang-kurangnya 20 minit sebelum dicuci dengan syampu seperti biasa. 

Bagi menghilangkan bau hanyir daripada telur, campurkan limau nipis ke dalam baldi bercampur air bersih dan jirus ke kepala sebelum mengeringkan rambut. 

Limau nipis juga boleh disapu terus ke kulit kepala dan rambut, dibiarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih bagi memberikan bau lebih harum pada rambut. 

Rambut kering juga boleh mendapat faedah yang sama daripada telur. Caranya dengan mencampurkan minyak kelapa, madu dan kuning telur. Kacau sehingga sebati dan sapukan pada kulit kepala dan rambut serta dibiarkan sehingga 30 minit sebelum dicuci dengan syampu dan dibilas seperti biasa. 

Telur juga boleh dicampurkan bersama susu dan dikacau sebati sebelum digosok lembut pada kulit kepala dan disapu pada rambut. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air suam. 

Cara lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan rambut yang cantik adalah dengan mencampurkan telur dan jus limau nipis, kemudian ia disapu ke kulit kepala serta dibiarkan selama 30 minit. Kesan penggunaan bahan semula jadi terbabit pada rambut dapat dilihat dalam masa singkat. 

Kandungan protein yang tinggi dalam telur akan berpadu pada setiap helaian rambut menjadikannya lebih tebal, bermaya dan kuat selain bertambah lembut dan berkilau. 

Mereka yang rajin merawat diri secara semula jadi juga boleh membuat perapi rambut sendiri dengan mencampurkan putih telur, madu, minyak badam dan yogurt. 

Campuran itu kemudian disapu pada rambut dan dibiarkan setengah jam sebelum dibilas. 

Selain rambut, telur juga mempunyai kebaikan pada kulit dan mampu menjadikan organ terbesar itu lebih anjal dan mempunyai warna yang sekata. 

Cara yang boleh diamalkan begitu mudah iaitu kacau putih telur sehingga menjadi buih putih dan sapu ke kulit muka serta leher dan dibiarkan sehingga kering sebelum dicuci dengan air suam. 

Telur juga boleh dijadikan pupur untuk disapu ke muka iaitu dengan mencampurkan telur bersama sesudu madu dan minyak zaitun. Campuran itu kemudiannya disapu ke muka dan leher serta dibiarkan antara 10 hingga 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. 

Pupur mudah dan semula jadi itu dapat membantu merawat masalah cela pada wajah selain membuatkan kulit muka lebih bermaya dan anjal.


PERCUMA !!!

Dapatkan info-info berkaitan kesihatan terus ke email anda.



Kekurangan nutrisi punca rambut gugur

Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut.

Masalah rambut gugur tidak mengenal usia

... dari segi pemakanan. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan keguguran rambutyang mana hampir 90 peratus komponen penting rambut adalah protein.

Keguguran Rambut dan Punca Keguguran

Masalah keguguran rambut ekstren menjadi igauan ngeri kepada ramai lelaki. Rata-rata golongan ini mengalamai keguguran rambut seawal usia 40-an.

Mitos keguguran rambut

Mitos keguguran rambut RAMAI lelaki dan wanita yang terpaksa bertarung dengan masalah kekurangan rambut di kepala sering memikirkan mengapa mereka ...
Baca Lagi...

Gangguan sistem pencernaan

ANDA boleh selesai mengunyah sekeping roti dalam masa kurang dua minit. Bagaimanapun tubuh mengambil masa yang lebih lama untuk mencernakan makanan yang anda makanan. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa tubuh mengambil masa lebih 18 jam untuk membuang sisa makanan selepas anda menikmati hidangan tengahari. 

Kenyataan ini jelas menunjukkan sistem pencernaan atau penghadaman ini satu sistem yang rumit. Ia juga terdedah kepada pelbagai gangguan disebabkan penyakit, diet dan tekanan emosi. 

Antara masalah pencernaan yang paling biasa ditemui ialah pedih ulu hati, radang usus dan hari ini, kian ramai rakyat Malaysia diserang barah usus. 

Presiden Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia, Dr Tan Huck Joo, berkata pada 2006 dan 2007, penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan berada di tangga ke tujuh sebagai penyebab utama kematian di hospital kerajaan. 

Bagaimanapun pada 2008, walaupun masih berada di tangga tujuh penyebab utama pesakit dimasukkan ke hospital kerajaan, namun ia menduduki tangga keenam punca utama kematian di hospital kerajaan. 

“Barah gastrointestinal juga sangat signifikan di Malaysia. Barah usus adalah barah kedua tertinggi di Malaysia, merangkumi 11.9 peratus daripada semua kes barah yang dilaporkan. Ia paling kerap ditemui dalam kalangan lelaki dan menduduki tangga ke tiga sebagai barah pembunuh di kalangan wanita,” katanya. 

Di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan lebih 940,000 barah kolon dilaporkan setiap tahun dengan 500,000 daripadanya berakhir dengan kematian. 

Masalah pada sistem pencernaan bukan satu tetapi ada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan.

PERCUMA !!!

Dapatkan info-info berkaitan kesihatan terus ke email anda.





Punca serta masalah Sembelit | Sembelit penyebab Buasir

Sembelit menyebabkan buasir. Elak sembelit dan buasir dengan mengambil banyak sayur dan buah-buahan. Sembelit menyebabkan ketidakselesaan sistem ...

Mengatasi masalah sembelit

Mengatasi masalah sembelit SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau ...

Sembelit kronik

Sembelit kronik PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang ...

Testimoni sembelit Pengguna BioVCo

Testimoni sembelit Pengguna BioVCo. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna ...

Perit sembelit 

SEMBELIT bukan sekadar satu masalah kesihatan sebaliknya gangguan yang boleh menjejaskan mood serta rutin harian. Bayangkan, desakan ke tandas.
Baca Lagi...

28 Julai 2015

Wanita migrain risiko hidap strok

ANDA wanita yang berusia 45 tahun ke bawah dan mengalami migrain? Jika ya, anda sebenarnya tidak berada dalam situasi yang menyenangkan. Sebabnya, kecenderungan kumpulan wanita muda yang menghidap migrain berserta kehadiran aura adalah dua kali ganda lebih tinggi untuk mendapat serangan strok.

Aura merujuk kepada gangguan visual atau deria yang berlaku sebelum atau semasa kehadiran migrain.

Berdasarkan bukti sedia ada, risiko mendapat strok lebih tinggi jika seseorang wanita muda mengambil pil pencegah kehamilan dan merokok.

Sekitar 10 hingga 20 peratus populasi penduduk di dunia mengalami masalah migrain. Kadar kelaziman migrain juga didapati lebih tinggi dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

Menurut para penyelidik, sembilan kajian terbaru tentang kaitan antara migrain dan masalah kardiovaskular telah diteliti semula.

Kajian pada tahun 2004 mendapati pesakit migrain mempunyai dua kali ganda risiko untuk mendapat strok. Hasil kajian terbaru sebaliknya mendapati pesakit yang menderita migrain berserta aura lebih tinggi risikonya.

Risiko mendapat kesakitan jantung meningkat sebanyak 30 peratus, biarpun kajian tersebut tidak menemui hubungan antara migrain dan serangan jantung atau kematian akibat penyakit kardiovaskular.

Ketua penyelidik dari Sekolah Perubatan Harvard, Markus Schurks berkata: "Kajian mengenai kependudukan menunjukkan satu pertiga daripada pesakit mengalami aura bersama masalah sakit kepala.

"Apabila terdapat 40 peratus wanita muda yang mengalami migrain, maka anda akan sedar impaknya ke atas kesihatan sesuatu populasi," katanya.

Wanita-wanita muda yang mengalami migrain berserta kehadiran aura dinasihati menghentikan tabiat merokok dan kaedah pencegah kehamilan. Tetapi pengambilan ubat pencegah kehamilan yang mengandungi estrogen boleh dipertimbangkan.

Dalam pada itu, Yayasan Jantung Britain mengesyorkan golongan wanita agar mengurangkan seberapa banyak risiko mungkin.

Misalnya bertukar kepada kaedah pencegah kehamilan berasaskan bukan estrogen, berhenti merokok atau mendapatkan nasihat pakar.

Pengarah pertubuhan amal, Migraine Action, Lee Tomkins berkata, hasil kajian itu signifikan dalam membantu wanita memahami kepentingan memiliki pelan pengurusan migrain. Ini bagi mengurangkan kadar kekerapan serangan strok.

Dr. Tony Rudd dari Persatuan Strok pula memberitahu, pengamalan gaya hidup yang sihat dan pemeriksaan tekanan darah secara kerap adalah cara mudah untuk mengurangkan risiko serangan strok.




  • Diet berkhasiat kurangkan Migrain

    Diet berkhasiat kurangkan migrain, Minyak Kelapa Dara Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini, sebanyak 15 peratus ...
  • Wanita migrain risiko hidap strok

    Wanita migrain risiko hidap strok ANDA wanita yang berusia 45 tahun ke bawah dan mengalami migrain? Jika ya, anda sebenarnya tidak berada dalam situasi ...
  • Siapa Berisiko Mendapat Migrain?

    CikPuan Eila cuba amalkan BIOVCO..sebelum ini saya juga pengidap migrain..tapi alhamdullilah bila mengamal BIOVCO dan jadikan ia supplement harian ...
  • Minyak Kelapa Dara BioVCO

    Sejak kebelakangan ini Minyak Kelapa Dara BioVCO, disebut-sebut sebagai ... Mangsamigrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ...


  • Baca Lagi...

    27 Julai 2015

    Ancaman kolesterol

    Kolesterol ialah sejenis jisim lembut seperti lemak dan berlekit seperti lilin dan dijumpai di dalam aliran darah dan dalam semua sel badan. Kolesterol merupakan bahagian penting dalam badan yang sihat kerana ia digunakan untuk mengeluarkan membran sel dan sesetengah hormon, serta membantu melicinkan fungsi badan lain yang memerlukannya.

    Namun, terlampau banyak kolesterol dalam darah akan mengundang risiko besar untuk diserang penyakit jantung koronari (seterusnya akan membawa kepada serangan jantung) dan angin ahmar.

    Dari manakah datangnya kolesterol ini?

    Kolesterol datangnya daripada dua punca, daripada makanan dan badan anda. Hepar dan sel lain dalam badan anda mengeluarkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol darah. Baki 25 peratus lagi datangnya daripada makanan yang anda makan. Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah antara 200-400 miligram sehari.

    Kolesterol LDL (Kolesterol jahat)

    Apabila terdapat terlampau banyak kolesterol jenis lipoprotein (LDL) berkepadatan rendah beredar dalam darah, ia beransur-ansur akan melekat dan mengumpul pada dinding dalaman arteri yang menyalurkan darah ke jantung dan otak. 

    Bersama dengan jisim lain, ia lama kelamaan akan membentuk plak, iaitu sejenis longgokan keras yang akan menyempitkan arteri dan menjadikannya kurang anjal. Keadaan sedemikian dikenali sebagai atherosclerosis. 

    Sekiranya suatu gumpalan terbentuk dan menyumbat arteri yang telah pun menyempit itu, ini akan mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar.

    Kolesterol HDL (Kolesterol baik)

    Lebih kurang satu perempat hingga satu pertiga daripada kolesterol darah dibawa oleh lipoprotein yang berkepadatan tinggi (HDL). Kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik", sebab paras HDL yang tinggi dikatakan dapat melindungi daripada serangan jantung. Paras HDL yang rendah (kurang daripada 1.0 mmol/L) juga akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

    Trigliserida

    Trigliserida ialah bentuk sejenis lemak yang diperbuat di dalam badan. Trigliserida yang tinggi mungkin disebabkan oleh berat badan yang berlebihan, tidak aktif, merokok, meminum alkohol secara berlebihan dan mengambil makanan yang tinggi karbohidrat (60 peratus atau lebih daripada jumlah kalori). Mereka yang mempunyai trigliserida tinggi seringkali mempunyai paras kolesterol yang tinggi juga, termasuklah paras LDL yang tinggi serta paras HDL yang rendah.

    Kolesterol Lp (a)

    Lp (a) merupakan variasi genetik bagi kolesterol LDL (kolesterol jahat). Paras Lp (a) yang tinggi adalah faktor risiko utama bagi perkembangan pramatang pendepositan lemak dalam atreri.

    Apakah yang ditunjukkan oleh paras kolesterol anda?

    Laporan ujian anda akan menunjukkan paras kolesterol mengikut ukuran "millimoles per litre (mmol/L)". Untuk menentukan bagaimana paras kolesterol mempengaruhi risiko untuk anda menghidapi penyakit jantung, doktor juga akan mengambilkira faktor risiko lain seperti usia, sejarah keluarga, merokok atau tidak dan tekanan darah tinggi.

    Perhatian: Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah 200-400 miligram sehari.

    Kolesterol Darah Yang Tinggi

    Kolesterol darah yang tinggi merupakan satu keadaan di mana tahap kolesterol dalam darah meningkat tinggi.

    Makanan punca kolesterol tinggi

    Selain faktor sejarah keluarga, makanan yang anda ambil turut menjadi punca kandungan kolesterol tinggi dalam darah anda.

    Awasi kolesterol dalam darah

    Awasi kolesterol dalam darah Awasi kolesterol Apakah itu kolesterol? Adakah ianya bahaya? Bilakah ianya akan mendatangkan risiko tinggi kepada manusia?

    Cara mengawal tahap kolesterol

    TAHAP kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan strok. Bagi orang dewasa.

    Elak Kolesterol tinggi

    Kolesterol : Kadar kolesterol LDL yang tinggi memudaratkan kesihatan, turunkan kadarkolesterol.

    Ancaman kolesterol

    Ancaman kolesterol Kolesterol ialah sejenis jisim lembut seperti lemak dan berlekit seperti lilin dan dijumpai di dalam aliran darah dan dalam semua sel badan.

    Baca Lagi...

    7 Cara Cegah Obesiti

    1. Elakkan makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji seperti nasi putih, roti, tepung dan mi. Pilihlah beras basmati, beras perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan seperti epal, oren, jambu batu, limau bali dan beri. Pilih makanan yang mengandungi indeks glisemik rendah.

    2. Hadkan jumlah makanan di atas pinggan. Hadkan nasi sebesar genggaman bagi setiap hidangan. Hadkan protein sebesar tapak tangan bagi setiap hidangan. Selebihnya, penuhkan pinggan dengan sayur-sayuran. 

    3. Kurangkan penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan kaedah stim, bakar atau rebus sewaktu memasak. 

    4. Tukarkanlah gula kepada stevia iaitu sejenis daun yang rasanya manis.

    5. Bersenamlah selang sehari, lebih kurang 10-30 minit.

    6. Berpuasa dua kali seminggu (Isnin & Khamis) membantu mengekalkan berat badan dan merehatkan usus seketika.

    7. Rehat yang cukup. Ibu yang bekerja perlu mendapatkan rehat dan tidur secukupnya. Tidur yang terganggu juga akan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan obesiti.

    Menurunkan Berat Badan dengan BioVCO

    BioVCO  boleh membantu menurunkan berat badan. Secara amnya BioVCO boleh dikategorikan lemak berkalori rendah. Pengambilan ...

    TESTIMONI Pengguna berat badan

    TESTIMONI Pengguna berat badan. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna ...

    Info Kesihatan : Menurunkan berat badan

    Kajian menunjukkan bahawa Medium Chain Triglycerides (MCT) membantu meningkatkan metabolisma dan sekaligus menurunkan berat badan.

    Tip turun berat badan

    Berat badan berlebihan adalah hasil daripada pengambilan kalori yang berlebihan daripada kadar tenaga keperluan harian di dalam badan. Rutin harian yang ...

    1.7 juta berdepan obesiti

    Minyak kelapa dara BioVCo membantu mengurangkan kandungan lemak badanBerat badan akan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

    Info Kesihatan : Makan ubat punca berat badan naik

    Makan ubat punca berat badan naik Pada awalnya, Badri Mat Shah, 40-an, hanya mempunyai bentuk badan besar disebabkan saiz rangka tulang serta ...
    Baca Lagi...

    26 Julai 2015

    5 Tips Mengawal Psoriasis

    Bagi pesakit psoriasis, penderitaan dan kesengsaraannya hanya yang mengalami tahu bagaimana sakitnya. Walau psoriasis tidak berjangkit dan tidak berbahaya, namun keadaan kulit yang berkuping-kuping, kegatalan yang tidak dapat ditahan dengan rupa kulit yang hodoh memang memberi kesan kepada pesakit secara fizikal, mental dan sosial.

    Bagi pesakit psoriasis, yang mengalamai simptom-simptom kegatalan, berkuping dan bersisik sudah tentu akan berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Perkara ini sebenarnya menambah kesan buruk kerana ia membuatkan pesakit psoriasis tertekan dan stress yang mana stress juga merupakan salah satu punca psoriasis menjadi lebih teruk.

    Untuk mengawal selain merawat psoriasis ada beberapa tips yang boleh anda amalkan.

    1) Berusaha mengawal stress, elakkan daripada bersedih dan murung. Cuba cari aktiviti-aktiviti yang membuat anda gembira

    2) Elakkan dalam keadaan atau cuaca yang panas terik

    3) Mandi menggunakan sabun yang tidak menyebabkan kekeringan pada kulit. Kulit pesakit psoriasis harus sentiasa lembap. Saya menggunakan sabun Shokubutsu. Elak menggunakan sabun Detol.

    4) Kawal pemakanan, biasakan makan makanan yang dimasak sendiri kerana kebersihan makanan di luar kite tak tahu macam mana kan. Elakkan makan makanan yang menyebabkan kegatalan seperti ayam, daging, seafood, kecuali anda yang masak dengan membuang bahagian kulit-kulit dan lemak-lemak ayam dan daging.Elakkan belacan yang menyebabkan kegatalan.

    5) Boleh amalkan menyapukan bahan yang melembapkan kulit seperti Minyak Kelapa Dara BioVCO atau minyak zaitun tulen.

    Psoriasis penyakit kulit bersisik

    Psoriasis penyakit kulit bersisik JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis.

    Ekzima dan Psoriasis | Penyakit Ekzima Psoriasis

    Ekzima dan Psoriasis adalah masalah Kulit boleh menyebabkan seseorang merasa tidak selesa. Ekzima dan psoriasis keduanya berasal dari Greek. Ekzima ...

    PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit...

    PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit yang menjejaskan dua hingga tiga peratus populasi manusia di seluruh dunia. Separuh daripada dua pertiga...

    3 TIP mudah jika anda ada PSORIASIS

    3 TIP mudah jika anda ada PSORIASIS Berikut beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan jika anda mendapat masalah alergi pada kulit. 1. Banyak...
    Baca Lagi...

    7 Cara Kempiskan Perut Buncit

    Ramai yang mungkin sedar perut buncit mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.

    Terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

    1. Minum Air Masak Yang Banyak.

    Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

    2. Makan Perlahan-lahan.

    Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

    3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

    Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

    4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

    Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).

    Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

    5. Kesan Pengambilan Ubat.

    Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

    6. Hindari Sembelit.

    Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

    7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

    Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

    Menurunkan Berat Badan dengan Minyak Kelapa Dara

    Minyak kelapa boleh membantu menurunkan berat badan. Secara amnya minyak kelapa dara boleh dikategorikan lemak berkalori rendah. Pengambilan ...

    Menurunkan berat badan

    Kajian menunjukkan bahawa Medium Chain Triglycerides (MCT) membantu meningkatkan metabolisma dan sekaligus menurunkan berat badan.

    1.7 juta berdepan obesiti 

    Oleh itu berat badan terkawal dan anda tidak perlu makan banyak dan kerap. Minyak kelapa dara BioVCo membantu mengurangkan kandungan lemak badan.

    Cara mengawal berat badan

    Cara mengawal berat badan | minyak kelapa dara biovco ... mengenai individu obes mengurangkan berat badan secara sihat membakar semangat orang ramai.

    Facebook

    MASALAH BERAT BADAN NAIK Saya mencuba BioVCo untuk menurunkan berat badan saya yang sebelum ini 78 kg, Alhamdulillah setelah 4 bulan ...
    Baca Lagi...