12 November 2014

Cara atasi sakit kepala

Sakit kepala pasti mengganggu aktiviti harian terutama jika ia dikategorikan sebagai migrain.

Ia membabitkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Kebiasaannya perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan. Apabila saluran yang menguncup itu mengembang, ledakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat. 

Migrain dikesan menerusi denyutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala. 

Selain itu, deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif. Apabila ia berlaku, pilihan paling mudah untuk meredakannya adalah menggunakan pil penahan sakit.

Tetapi jika digunakan secara berterusan, ia boleh mengurangkan kesan diingini dan rasa sakit juga tidak mampu dihilangkan.

Antara penyebab migrain: 

• Kekurangan zat dan nutrisi 
• Faktor keturunan 
• Kesan pengambilan ubat-ubatan 
• Wanita yang mengalami haid 
• Terlalu banyak mengambil kafein 
• Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat. 

Antara panduan mengurangkan sakit kepala: 

• Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak. 

• Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain. 

• Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal. 

• Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala. 

• Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan. 

• Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala. 

• Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala. 

• Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala. 

• Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.


  • Sakit kepala dan migrain | Sakit kepala migrain

    www.biovco.com/ik.php?no=34&tjk=sakit_kepala_dan_migrain
    Sakit kepala dan migrain Sebanyak 60 peratus daripada pesakit yang menghidapisakit kepala mengalami sama ada migrain atau tension headache. Migrain ...
  • Migrain atau Sakit Kepala | Masalah Migrain

    www.biovco.com/ik.php?no=14&tjk=migrain.php
    Migrain atau Sakit Kepala yang kronik menyebabkan pengidapnya tidak dapat melakukan tugas. Punca sakit kepala atau migrain tidak diketahui. Stress boleh ...
  • BioVCO.com

    www.biovco.com/
    Urutan kepala dengan minyak kelapa dara memastikan bahawa kulit kepala .....Sakit kepala juga boleh disebabkan penggunaan komputer yang habitual.
  • Migrain

    www.biovco.com/kesihatan/penyakit_asma.html
    Sakit kepala juga boleh disebabkan penggunaan komputer yang habitual. Dapatkan maklumat lanjut mengenai 4 jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh ...
  • Cara atasi sakit kepala ~ Info Kesihatan

    infokesihatan4u.blogspot.com/2014/08/cara-atasi-sakit-kepala.html
    20 Ogo 2014 - Sakit kepala dan migrain ] Sebanyak 60 peratus daripada pesakit yang ... Minyak kelapa dara BioVCO adalah 100% organik, membantu agar ...
  • 3 comments:

    Unknown berkata...

    kalau banyak sangat tengok skrin komputer pun boleh bawa kepada pening kepala

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    Rosni Mahmud berkata...

    Satu perkongsian yang informatif. boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala. Juga langkah-langkah untuk mengatasi sakit kepala yang boleh dilakukan sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada ubat semata-mata.

    Nurul ain berkata...

    Salah satu cara mengatasi sakit kepala bagi pengguna komputer adalah berehat 5 minit sebanyak 4 kali sepanjang hari. Ini adalah lebih baik dan melegakan berbanding daripada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari. Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yg lama.
    Apabila rehat, lakukanlah ‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang terlibat.