7 Faktor Penyebab Tekanan Darah Tinggi

Posted by BioVCO on 09:11 with No comments
Penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi, bukanlah jenis penyakit baru. Hampir semua orang mengetahuinya atau ada yang mengalaminya. Tetapi, berapa ramai yang mengetahui faktor penyebab berlakunya penyakit darah tinggi?

Berikut adalah 7 faktor yang boleh menyebabkan meningkatnya risiko anda mengalami tekanan darah tinggi.

1. Faktor keturunan

Bukan hanya warna kulit, ciri fizikal atau sifat yang boleh diwarisi dari orang tua kita. Jika salah satu, atau kedua orang tua Anda mengalami tekanan darah tinggi, kemungkinan Anda juga mempunyai risiko tinggi untuk mengalaminya.

2. Umur

Seiring bertambahnya usia, kita semua semakin berisiko mengalami tekanan darah tinggi. Mengapa? Kerana semakin kita bertambah tua, elastilistik pembuluh darah kita juga berkurang sehingga boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Akibatnya, tekanan darah pun meningkat.

3. Jantina

Pada umur 45, lelaki lebih berisiko untuk mengalami tekanan darah tinggi. Pada usia 45 tahun hingga 64 tahun, samada lelaki ataupun wanita memiliki tahap risiko yang sama. Tetapi, pada usia melebihi 64 tahun, wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi.

4. Kurang bergerak

Biasanya, orang yang tinggal di bandar lebih cenderung memiliki gaya hidup kurang bergerak. Bekerja di pejabat, dan terus menerus duduk, ditambah lagi kurangnya bersenam, akan cenderung meningkatkan risiko penyempitan atau penyumbatan di pembuluh darah. Akibatnya menyebabkan meningkatnya risiko tekanan darah tinggi.

5. Pemakanan

Kalau Anda suka makan makanan tinggi kalori, lemak, dan gula, mungkin sudah sampai masanya Anda mengurangkan pengambilannya untuk mengelakkan risiko penyakit darah tinggi. Ini juga adalah fakta umum yang diketahui hampir semua orang : kurangkan makanan bergaram kerana ia boleh menahan banyak cairan dalam tubuh sehingga meningkatkan tekanannya.

6. Berat badan berlebihan

BMI (Indeks Jisim Tubuh) boleh menjadi salah satu ukuran risiko. Jika BMI Anda 25 hingga 30, atau lebih, Anda tergolong dalam kumpulan berat badan berlebihan, dan lebih berisiko mengalami tekanan darah tinggi.

7. Stres

Stres dapat meningkatkan tekanah darah sewaktu. Hormon adrenalin akan meningkat sewaktu kita stres, dan itu boleh mengakibatkan jantung mengepam darah lebih cepat sehingga tekanan darah pun meningkat. Selain itu, semasa anda mengalami stres biasanya pilihan makanan kita kurang baik. Kita akan cenderung mengambil makanan untuk merilekskan diri, dan ia boleh dilihat secara tidak langsung pada tekanan darah kita.

Pakar-pakar dalam bidang kesihatan menasihatkan agar mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi agar menyesuaikan gaya hidup mereka dan melakukan tindakan-tindakan pencegahan.

Salah satu tindakan pencegahan yang boleh mereka buat ialah dengan pengambilan pemakanan semulajadi yang memiliki kandungan untuk mencegah tekanan darah tinggi. Minyak Kelapa Dara BioVCo adalah salah satu daripadanya.


  • Darah tinggi Membunuh secara senyap

    www.biovco.com/ik.php?no=102&tjk=darah_tinggi_membunuh...
    TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi ...
  • Darah Tinggi

    www.biovco.com/ik.php?no=272&tjk=darah_tinggi_sekali...ia...
    Hasil kajian mengenai darah tinggi yang dijalankan kira-kira lapan tahun lalu menunjukkan 30 peratus dari rakyat Malaysia berusia melebihi 30 tahun adalah ...
  • Tekanan darah tinggi

    www.biovco.com/ik.php?no=31&tjk=tekanan-darah-tinggi.php
    Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darahterhadap dinding arteri. Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak ...
  • Kawal tekanan darah tinggi

    www.biovco.com/ik.php?no=48&tjk=kawal_tekanan_darah_tinggi...
    Selain kencing manis dan gangguan kardiovaskular, hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan ED.
  • Tekanan Darah Tinggi | Rawatan darah tinggi

    www.biovco.com/ik.php?no=225&tjk=tekanan_darah_tinggi
    Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan ...
  • Darah tinggi, kencing manis potensi strok

    www.biovco.com/ik.php?no=68&tjk=darah_tinggi_kencing...php
    Darah tinggi, kencing manis potensi strok WALAUPUN strok boleh menyerang sesiapa pada bila-bila masa, ia tidak berlaku begitu saja, kata Profesor C.T. Tan, ...
  • Tekanan Darah tinggi pembunuh senyap

    www.biovco.com/ik.php?no=171&tjk=tekanan-darah-pembunuh...
    Tekanan Darah tinggi pembunuh senyap SALAH satu sebab mengapa penyakitdarah tinggi `diabaikan' ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang ...