18 Mac 2015

Kawal tahap kolesterol

Oleh : Hajahfarhana Tarmudi

Belum terlambat jika mahu me­ngubah amalan pengambilan diet dan gaya hidup sihat walaupun selepas diberi­tahu doktor bahawa kita mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Jika sebelum ini kita masih bersenang-lenang kerana menganggap cukup sihat, kini isu kesihatan perlu diambil serius bagi me­ngurangkan kesan buruk kepada tubuh.

Kolesterol yang tinggi boleh memberi kesan kepada sebilangan besar rakyat Malaysia dan ia ada kaitan dengan genetik, gaya hidup dan amalan pemakanan

Misalnya diet ­tinggi ­lemak tepu boleh ­menyebabkan pengumpulan plak kolesterol dalam salur darah, seterusnya ­menyempitkan salur darah dan mengehadkan aliran darah. 

Pengumpulan kolesterol ini akan menyebab­kan salur darah tersumbat. Apabila aliran darah ke jantung terjejas, serangan jantung akan berlaku.

Kolesterol jenis baik dan buruk 

Orang ramai sering berasa terancam dengan keburukan kolesterol kerana mendapat maklumat yang tidak tepat. Sebenarnya kolesterol adalah sebahagian daripada bahan kimia penting untuk tubuh. 

Kolesterol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolesterol yang diperoleh daripada pengambilan makanan berasaskan haiwan, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan kolesterol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan. 

Kolesterol adalah ­sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk ­berfungsi. Pengekalan tahap ­kolesterol dalam peringkat yang disarankan ­(normal) ­adalah penting ­untuk memperoleh kebaikan maksimum

Kolesterol digunakan untuk penghasilan cecair hempedu oleh hati. Ini penting bagi melindungi sel saraf, membina sel baru dan menghasilkan hormon yang diperlukan untuk perkembangan normal serta melancarkan fungsi tubuh manusia. 

Molekul kolesterol diang­kut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein. Terdapat dua jenis kolesterol yang utama ia­itu lipoprotein ketumpatan rendah (LDL ) dan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL). 

Kolesterol LDL juga dikenali sebagai kolesterol buruk kerana mempu­nyai kecenderungan untuk melekat di dinding arteri (salur darah) yang akan menyebabkan salur darah tersumbat dan meningkat­kan risiko pe­nyakit kardiovaskular. 

Justeru, menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko pe­nyakit jantung. 

Kolesterol HDL (kolesterol baik) pula mencegah penyempitan salur darah ke jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung. 

Ukuran mudah sediakan hidangan 

Salah satu cara untuk mengawal tahap kolesterol di dalam badan adalah melalui pemakanan yang sihat. Ada cara mudah yang boleh diamalkan bagi membantu mengawal pe­ngambilan makanan yang dinikmati setiap hari ia­itu menggunakan tapak ta­ngan sebagai ukuran. Misalnya, ambil satu hidangan daging atau ikan mengikut saiz tapak ta­ngan sendiri. 

Selain itu, buah juga tidak boleh dilupakan. ­Lengkapkan hidangan yang dinikmati dengan saiz hidangan buah segar sebesar penumbuk. Jika mahu mengamalkan diet seimbang, sediakan sayuran, nasi atau pasta bersesuaian dengan saiz tapak tangan (dibentuk meleng­kung seperti cawan).

Sumber : Harian Metro Online


$tajuk

Baca Lagi...

14 Mac 2015

Virus punca sakit tekak

Pharynx adalah sebahagian tekak yang terletak di antara mulut dan peti larinks atau suara. Ia selalunya dikaitkan dengan selesema biasa atau influenza. Biasanya, ia sembuh tanpa komplikasi tetapi di dalam sesetengah kes, ia berkembang menjadi penyakit serius.

Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak.

Penyakit ini sangat mudah berlaku, terutama di kalangan kanak-kanak. 
Biasanya, sakit lebih teruk pada waktu pagi dan kesakitan berkurang keesokannya.

Sakit tekak yang tidak rumit biasanya berlanjutan sehingga tiga hari manakala yang teruk berlaku lebih lama, mungkin membabitkan gejala lebih serius seperti tonsilitis atau laryngitis (radang di bahagian larinks atau peti suara).

Penyebab sakit tekak

Biasanya disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu. Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin.

Punca sakit tekak

Jangkitan bakteria - disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikasi demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang. Bakteria lain yang boleh menyebabkan sakit tekak adalah gonorea, iaitu sejenis jangkitan kelamin.

Jangkitan virus - kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari, bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.

Tonsilitis - ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.

Kemungkinan punca lain

Penyakit campak (measles) juga boleh menyebabkan sakit tekak pada sesetengah keadaan. Bernafas melalui mulut boleh menyebabkan tekak kering dan menyakitkan. Dalam beberapa kes, sakit tekak mungkin tanda kanser kerongkong (biasanya di kalangan perokok) atau Aids alahan.

Alahan selalunya tidak menyebabkan sakit tekak secara tiba-tiba. Bagaimanapun, boleh menyebabkan kerengsaan tekak kronik yang ringan.

Pembedahan seperti pembuangan tonsil (tonsillectomy) boleh membawa kepada sakit tekak dan penggunaan tiub ketika anastesia untuk pembedahan juga boleh menyebabkan sakit tekak selepas pembedahan.

Tanda lain bagi sakit tekak

Sakit di tekak dan adakala merebak ke telinga.

Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).

Jika sakit tekak disebabkan jangkitan streptococcal, tonsil sering membengkak dan bersalut putih. Demam, sakit kepala dan muntah serta kesukaran membuka mulut selain suara menjadi serak.

Rawatan

Antara rawatan yang boleh dicuba di rumah sebelum berjumpa doktor ialah banyak minum air suam, berkumur dengan air garam dan menghisap ubatan lozenges, di samping pengambilan ubat demam atau tahan sakit (painkiller). Bagaimanapun, jika sakit tekak berterusan, segera berjumpa doktor untuk rawatan.

Doktor akan memeriksa sama ada antibiotik diperlukan untuk rawatan atau tidak dan ubatan sampingan juga akan dibekalkan.

Begitu pun, sakit tekak yang berkait dengan demam kuat dan kesukaran menelan mungkin memerlukan kemasukan ke wad untuk antibiotik intravena.

 Rawatan dan Sihat tanpa Ubat

Baca Lagi...

13 Mac 2015

Bahana kolesterol tinggi

Kali ini, kita akan membincangkan pemakanan sihat yang dapat membantu mengurangkan kolesterol anda. Seperti diketahui umum, mempunyai kolesterol pada paras tinggi membahayakan nyawa kerana antara lain, ia boleh mengakibatkan serangan sakit jantung.

Matlamat utama anda haruslah memberi tumpuan kepada pilihan diet dengan mengambil makanan seperti gandum, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat dan anti-oksidan.

Selain itu, jangan lupa ambil jenis makanan yang dimasak bersama mi­nyak zaitun kerana ia boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.

Berikut pecahan pilihan makanan yang baik untuk mengurangkan paras kolesterol:

  • Pilih makanan berserat dan bijirin kerana ia penting untuk membantu anda mengurangkan kolesterol tidak baik atau LDL.

    Ia boleh diibaratkan seperti span yang menyerap air kotor kemudian apabila diperah ia menjadi bahan sisa buangan.

    Pengambilan makanan yang dicadangkan adalah anggaran 15 gram (g) hingga 20g serat larut setiap hari untuk menolong mengurangkan tahap LDL.

    Serat larut terdapat dalam pisang, kacang hijau, barli, epal, prun dan pear. Oat mengandungi beta glukan yang membantu untuk mengeluarkan kolesterol jahat.

    Jika pengambilan serat harian anda teratur dan baik, sekurang-kurangnya anda akan ke tandas dua kali sehari. Untuk hasil lebih baik, jadikan oat sebagai hidangan sarapan setiap hari.

    Paras kolesterol boleh diturunkan dengan meminum dua gelas susu bersama oat dengan kuantiti sebanyak tiga sudu makan.

  • Amalkan makan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan kerana ia mengandungi vitamin A, C dan E. 

    Vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan sitrus yang masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi bagi membantu mencegah peningkatan kolesterol dalam saluran darah.

    Vitamin A dan E pula boleh ditemui pada buah-buahan berwarna dan sayuran seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu, kentang, avokado, betik dan aprikot.

  • Amalkan memakan kekacang, badam, pistachio dan protein. Kajian menunjukkan kacang mampu menurunkan paras kolesterol darah.

    Ini kerana ia mengandungi asid serat dan lemak yang tidak tepu serta dapat membantu menyihatkan dinding saluran darah. 

    Kajian juga menunjukkan, penggunaan kacang pistachio pada kadar 40 hingga 50g cukup untuk memberi manfaat kepada hati tetapi perlu berwaspada kerana kekacang berkalori tinggi. Justeru, pastikan pengambilannya terkawal dan seimbang. 

    Bagaimana pula dengan protein? Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30g setiap hari juga boleh membantu mengurangkan paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempe. 

  • Akhir sekali, amalkan makan ikan dan asid lemak poli tidak tepu omega-3.
    Ia terkandung dalam ikan dan menjadi makanan tambahan popular dalam bidang farmaseutikal di Malaysia serta seluruh dunia.

    Omega-3 membantu dalam merendahkan tekanan darah, mengurangkan risiko pembekuan darah dan membantu menurunkan paras kolesterol dalam badan.

  • Baca Info berkaitan :

    Kurangkan kolesterol untuk jantung sihat - BioVCO

  • www.biovco.com/kolestrol-jantung-10tc.php?ref=yg
    Kurangkan kolesterol untuk jantung sihat JIKA anda di antara ribuan rakyat Malaysia yang didiagnosis mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi, anda ...
  • Kolesterol Darah Yang Tinggi - BioVCO

  • www.biovco.com/ik.php?no=70&tjk=kolesterol_darah_yang...php
    Kolesterol darah yang tinggi merupakan satu keadaan di mana tahap kolesterol dalam darah meningkat tinggi.
  • Cara mengawal tahap kolesterol - BioVCO

  • www.biovco.com/iko.php?no=22&tjk=kolesterol-cara-kwl.php
    TAHAP kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan strok. Bagi orang dewasa.
  • Elak Kolesterol tinggi - BioVCO.com

  • www.biovco.com/jun14.php?tjk=elak_kolesterol_tinggi
    Kolesterol : Kadar kolesterol LDL yang tinggi memudaratkan kesihatan, turunkan kadarkolesterol.
  • BioVCO - [ Panduan turunkan paras kolesterol ] Paras...

  • https://fi-fi.facebook.com/infobiovco/posts/10152356695360295
    [ Panduan turunkan paras kolesterol ] Paras kolesterol yang tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan badan dan jantung anda. Selain dari mengurangkan...
  • BioVCO - Paras kolesterol berlebihan boleh mendatangkan...

  • https://www.facebook.com/infobiovco/posts/10151663682360295
    Paras kolesterol berlebihan boleh mendatangkan mudarat kerana berkemungkinan besar akan menyumbatkan dinding salur darah arteri lalu menyebabkan...
  • BioVCO - Timeline Photos | Facebook

  • https://www.facebook.com/infobiovco/photos/a.../10152847504425295/
    7 MAKANAN KURANGKAN KOLESTEROL Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan ...
  • Minyak Kelapa Dara BioVCo turunkan kolesterol

  • biovco.blogspot.com/2014/09/minyak-kelapa-dara-biovco-turunkan.html
    3 Sep 2014 - 7:58 PM Minyak Kelapa Dara BioVCo turunkan kolesterol. Minyak kelapa dara terdiri daripada asid lemak tepu. Menurut Bruce Fife dalam ...
  • Baca Lagi...

    12 Mac 2015

    Manfaat sayur dalam darah

    SAYUR-SAYURAN merupakan makanan yang baik untuk kesihatan setiap individu kerana kandungan vitamin, mineral dan nutrisi yang tinggi terdapat di dalamnya,

    Walaupun memberi seribu satu manfaat terhadap kesihatan tubuh, namun masih ramai individu yang kurang gemar mengambil sayur-sayuran dalam diet harian mereka.

    Menurut pensyarah daripada Universiti Cambridge dan Southampton, London,Tom Ashmore, golongan tersebut dianggap rugi kerana sayur berperanan penting dalam pengaliran darah dan memastikan oksigen disalurkan secara efektif ke seluruh tubuh.

    “Kandungan nitrat yang ditemui di dalam sayur mampu membuka dan melebarkan pembuluh darah yang berperanan penting dalam menghindarkan tubuh daripada terkena angin ahmar dan serangan jantung.

    “Selain itu, ia juga mampu menukar sel lemak putih menjadi sel lemak coklat yang mampu membakar lemak dan akhirnya mengelakkan obesiti daripada berlaku,” ujarnya,

    Jelas Ashmore, bagi menggalakkan pengambilan sayur-sayuran di dalam diet harian, individu boleh pelbagaikan hidangan tersebut dengan beberapa cara seperti mengolah sayur-sayuran kepada jus, salad dan sebagainya.

    Sumber : Kosmo Online
    kosmo.com.my

    Baca info berkaitan :



  • Kurangkan kolesterol untuk jantung sihat 

    www.biovco.com/kolestrol-jantung-10tc.php?ref=yg

    Kurangkan kolesterol untuk jantung sihat JIKA anda di antara ribuan rakyat Malaysia yang didiagnosis mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi, anda ...
  • BioVCO

    www.biovco.com/

    Khasiat minyak kelapa dara, sihat dengan minyak kelapa dara, rawatan Minyak Kelapa Dara dan atasi masalah kesihatan dengan minyak kelapa dara untuk ...
  • Cantik dan sihat tanpa Jerawat | Elak Jerawat 

    www.biovco.com/ik.php?no=18&tjk=jerawat-42fy.php

    Cantik dan sihat tanpa jerawat CANTIK yang sihat. Bunyi macam pelik tetapi masih ramai wanita yang tidak mengetahui kesihatan merupakan elemen utama ...
  • 1.7 juta berdepan obesiti 

    www.biovco.com/jun14.php?tjk=obesiti

    Gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam, amalan pemakanan tidak sihat dan merokok banyak menyumbang kepada ancaman yang semakin meningkat ...
  • RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT 

    www.biovco.com/sale.php?tjk=sihat_tanpa_ubat

    Pendedahan Bagaimana Saya Membantu lebih daripada 5000 Pengguna yang MENGALAMI MASALAH KESIHATAN agar mereka SIHAT dan hidup gembira ...
  • Info Kesihatan : Anda Sihat? Awasi pemakanan 

    www.biovco.com/fbik.php?no=67

    Inilah fenomena sekarang. Disebabkan permintaan kepada makanan siap, segera dan enak sangat tinggi, konsep pemakanan sihat iaitu pemakanan semula ...
  • Info Kesihatan : Diet sihat elak penyakit 

    www.biovco.com/fb.php?no=13

    Diet sihat elak penyakit BERDASARKAN Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional ketiga, 70 peratus daripada rakyat Malaysia dalam semua kumpulan usia ...
  • Mulut berbau atau halitosis 

    www.biovco.com/ik.php?no=41&tjk=mulut_berbau_atau...php

    MASALAH mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun, ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau ...
  • Baca Lagi...

    Ramai tak tahu hidap darah tinggi

    Masih ramai dalam kalangan rakyat di negara ini tidak mengetahui mereka menghidap darah tinggi kerana penyakit itu tidak mempunyai gejala khusus menyebabkan mereka sering mengabaikan rawatan.

    Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia Prof Datin Dr Chia Yook Chin berkata, sekiranya pesakit mula menyedari berlaku gejala tertentu memberi petanda sudah terlambat kerana penyakit berkenaan sudah merosakkan sebahagian fungsi badan mereka. “Sebab itu, adalah lebih baik penyakit tekanan darah tinggi disekat di peringkat permulaan daripada membiarkannya menjadi bertambah teruk dan membawa kepada komplikasi lain.

    “Bagaimanapun, jika pesakit sudah didiagnos menghidap penyakit berkenaan, terapi paling efektif mampu mengawal penyakit itu hanya jika pesakit berkenaan bersungguh-sungguh mengambil ubat yang disaran, mematuhi arahan rawatan dan mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya pada Mesyuarat Saintifik Tahunan Ke-11 Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH) 2014 di sini, semalam.

    Dalam pada itu, menerusi Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 oleh Kementerian Kesihatan, 32.7 peratus penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap hipertensi berbanding 20.7 peratus pada 1996 dan 32.2 peratus pada 2006.

    Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa daripada jumlah berkenaan, 19.8 peratus tidak mendapatkan diagnosis.

    Tekanan darah tinggi ditakrifkan sebagai keadaan apabila tekanan darah dalam arteri atau salur darah meningkat secara kronik. Tekanan darah seseorang yang kurang dari 120/70 mmHg didefinisikan sebagai normal.

    Hipertensi biasanya terjadi pada tekanan darah 140/90 mmHg atau ke atas dan ia diukur pada kedua-dua lengan sebanyak tiga kali dalam jangka masa beberapa minggu. Jika bacaan masih sama, maka seseorang itu menghidap darah tinggi.

    Tekanan darah tinggi kebiasaannya berlaku dalam beberapa keadaan antaranya jantung berdegup atau mengepam lebih kuat bagi mengalirkan lebih banyak darah pada setiap kali degupan.

    Sumber : Harian Metro Online
    hmetro.com.my

    Baca Info berkaitan :

  • Darah tinggi Membunuh secara senyap - BioVCO.com

    www.biovco.com/ik.php?no=102&tjk=darah_tinggi_membunuh...
    TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi ...
  • Mengelakkan Tekanan Darah Tinggi - BioVCO.com

    www.biovco.com/iko.php?no=39&tjk=elak-t-darah-tinggi.php
    Mengelakkan Tekanan Darah Tinggi APABILA jantung anda mengepam darahmenerusi pembuluh nadi maka dengan irama denyutan biasa yang kita dapat ...
  • Darah Tinggi - Sekali ubat diambil, ia adalah ... - BioVCO

    www.biovco.com/ik.php?no=272&tjk=darah_tinggi_sekali...ia...
    Hasil kajian mengenai darah tinggi yang dijalankan kira-kira lapan tahun lalu menunjukkan 30 peratus dari rakyat Malaysia berusia melebihi 30 tahun adalah ...
  • Kawal tekanan darah tinggi

    www.biovco.com/ik.php?no=48&tjk=kawal_tekanan_darah_tinggi...
    Selain kencing manis dan gangguan kardiovaskular, hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan ED.
  • Tekanan Darah Tinggi | Rawatan darah tinggi

    www.biovco.com/ik.php?no=225&tjk=tekanan_darah_tinggi
    Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.
  • Tekanan darah tinggi

    www.biovco.com/ik.php?no=31&tjk=tekanan-darah-tinggi.php
    Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darahterhadap dinding arteri. Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak ...
  • Darah tinggi, kencing manis potensi strok

    www.biovco.com/ik.php?no=68&tjk=darah_tinggi_kencing...php
    Darah tinggi, kencing manis potensi strok WALAUPUN strok boleh menyerang sesiapa pada bila-bila masa, ia tidak berlaku begitu saja, kata Profesor C.T. Tan, ...
  • Hipertensi : Kurang makan garam | Darah Tinggi

    www.biovco.com/ik.php?no=241&tjk=hipertensi_kurang_makan...
    Kalau gula sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis, pengambilan garam berlebihan pula terbukti boleh merangsang masalah tekanan darah tinggi.
  • Baca Lagi...