12 Mac 2012

Cegah diabetes untuk jantung sihat

ANDA telah membaca tentang penyakit jantung yang merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Anda juga telah membaca tentang diabetes yang dikatakan 'ibu kepada semua penyakit'. 
Tetapi, tahukah anda bahawa penyakit jantung dan diabetes sebenarnya mempunyai banyak persamaan? 

Jika anda kurang pasti, rencana ini yang merupakan rencana pertama daripada enam bahagian bersiri tentang penjagaan jantung dan diabetes, akan menambahkan lagi pengetahuan anda tentang penyakit jantung dan diabetes. 

Bagaimana kedua-duanya saling berkait dan langkah-langkah mudah yang boleh diambil untuk mencegah kedua-duanya daripada menjadi sebahagian daripada hidup anda. >> baca lagi....

Baca Lagi...

11 Mac 2012

Ulser perut boleh pulih

Ubat tahan sakit jika kerap diambil beri kesan sampingan termasuk barah akibat masalah penghadaman

UBAT yang diambil bagi menahan kesakitan (nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) sebenarnya memiliki kesan tersendiri kepada kesihatan. Contohnya, dari satu segi ia mungkin mampu membantu menghilangkan penderitaan penyakit A, tetapi dalam jangka masa panjang sesetengah orang berhadapan pula dengan penyakit B.

Tempoh dan kekerapan pengambilan ubat itu tentunya menjadi faktor penentu. Kadangkala anda tidak mempunyai pilihan kerana untuk menghindarkan penyakit A, anda reda menerima ‘kedatangan’ penyakit B. Biarpun begitu, ada sesetengah orang tidak tahu kesan sampingan pengambilan ubat penahan sakit.


Baca Lagi...