31 Disember 2009

Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk



SEJAK kebelakangan ini, berita-berita berkenaan program melangsingkan badan dan kesan buruknya hangat diperkatakan.

Angka RM9 juta setahun perbelanjaan melangsingkan badan tentunya amat konservatif berbanding keadaan sebenar.

Jika dianggarkan 15 ke 18 peratus daripada 24 juta orang penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan, ini menjadikan jumlah mereka 3.6 ke 4.32 juta orang.

Sekiranya setiap orang boleh membelanjakan RM500 sahaja untuk sekali pembelian produk melangsingkan badan, maka jumlah perbelanjaan menjadi RM1.8 bilion ke RM2.16 bilion.

Maka, tidaklah memeranjatkan sekiranya terdapat begitu banyak syarikat dan orang persendirian yang mengambil kesempatan ke atas mereka.






Baca Lagi...

30 Disember 2009

Menentang komplikasi berkaitan kencing manis



Sebelum ini, bahaya kepada penghidap penyakit kencing manis dan juga risiko kesihatan terhadap mereka yang berada di peringkat pra kencing manis telah dihuraikan. Telah dinyatakan bahawa bukan penyakit itu yang harus dirisaukan tetapi akibat daripada tidak membetulkan ketidakseimbangan atau kerosakan kepada toleransi glukosa yang perlu ditangani, sama ada pesakit kencing manis jenis kedua atau pra kencing manis.

Penyakit biasa yang diketahui ada hubungkaitnya dengan kencing manis ialah penuaan pra masa, tekanan darah tinggi, aterosklerosis, kegagalan jantung kogestif, strok, osteoporosis, masalah mata (katarak, glaukoma, retinopati), kepincangan fungsi erektiil serta neuropati (kekebasan atau rasa berdenyut di kaki atau tangan). Anda mungkin tidak berasa sakit sepenuhnya, oleh itu kudis akan berkembang lebih buruk dan anda rentan kepada jangkitan. Kerosakan teruk pada saraf penghidap kencing manis merupakan sebab utama pemotongan paha dan kaki dan kegagalan buah pinggang. Mereka mungkin menanggung risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan dan kematian akibat jangkitan. Gula darah yang tinggi membuatkan lebih susah untuk badan menentang jangkitan.

Pesakit kencing manis juga menanggung risiko lebih tinggi untuk menghidapi beberapa penyakit lain. Sebaik sahaja penyakit menimpa, mereka menghadapi masalah besar untuk pulih. Oleh itu adalah penting bukan sahaja menumpukan usaha untuk menurunkan paras gula darah, tetapi juga menjaga penentangan insulin. Satu lagi perkara penting yang harus dilakukan ialah mencari jalan bagaimana kita boleh mencegah komplikasi ini daripada berkembang atau menjadi bertambah buruk.





Baca Lagi...

29 Disember 2009

Masalah Jerawat



Apa Itu Jerawat?

Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah. Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud masa yang paling penting dalam hidup. Jerawat atau acne merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak pada bahagian kulit manusia. Kajian dalam bidang perubatan telah menunjukkan terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. Secara am, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu acne vulgaris. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang paling sering dialami oleh individu terutamanya golongan remaja dan golongan dewasa pada awal umur 20-an.

Insiden Dan Punca Jerawat

Jerawat (acne vulgaris) disebabkan beberapa faktor yang saling berkaitan antaranya adalah keturunan, hormon dan kuman (bakteria). Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Lebih kurang 85 peratus daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat - acne vulgaris.







Baca Lagi...

28 Disember 2009

Bengkak kelenjar tiroid



TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum. Ia menghasilkan sejenis hormon yang berfungsi mengawal hal-hal berkaitan metabolisme - dari kadar degupan jantung ke kelajuan tubuh membakar kalori.

Perkataan goiter berasal daripada perkataan Latin guttur yang bermaksud kerongkong.

Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid anda membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan, kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Sebelum abad ke-20, goiter lazimnya disebabkan oleh kekurangan iodin di dalam diet yang berpunca daripada tanah tempat tinggal penduduk yang tidak mengandungi iodin.





Baca Lagi...

26 Disember 2009

Keguguran Rambut bagi Lelaki



Apa itu MPHL?

MPHL atau alopesia (botak) androgenetik merupakan punca keguguran rambut yang paling biasa berlaku, mewakili lebih 80 peratus daripada kesemua kes keguguran rambut di kalangan lelaki.

Lain-lain penyebab kehilangan rambut termasuklah:

* Telogen effluvium. Satu keadaan sementara yang selalunya terjadi disebabkan oleh tekanan seperti kehamilan, trauma atau pembedahan.

* Areata alopesia. Satu keadaan di mana sistem imun badan sendiri menekan peringkat pertumbuhan akar rambut (bahagian rambut yang tertanam di dalam folikel di bawah kulit). Areata alopesia menyebabkan rambut gugur dalam bentuk setompok dan boleh menjejaskan keseluruhan tubuh badan termasuk rambut pada anggota muka dan alat sulit.







Baca Lagi...

24 Disember 2009

Kurangkan migrain dengan diet berkhasiat



Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini, sebanyak 15 peratus penduduknya mengalami migrain. Di dapati wanita mengalaminya lebih tiga kali ganda berbanding lelaki. Selain menunjukkan simptom seperti tubuh lesu, kepala berdenyut, terdapat juga beberapa simptom seperti loya dan muntah, gangguan penglihatan serta sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau. Penderitaan ini bakal berlanjutan sehingga tiga hari lamanya.

Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu dan cahaya daripada mentol lampu jimat tenaga serta makanan adalah beberapa faktor kepada serangan migrain.

Justeru, jalan penyelesaiannya ialah mengawal pemakanan dan mengikuti panduan diet yang sihat dan berkhasiat. Ia dikatakan boleh mengurangkan penderitaan dan sekali gus mengurangkan serangan atau kesakitan teruk kesan daripada migrain.





Baca Lagi...

23 Disember 2009

Masalah Kegatalan kulit bersisik




PENYAKIT kulit! Bunyinya tidak menakutkan tetapi tentu menggerunkan jika anda sendiri menghidapinya atau melihat orang menderita kerananya. Penyakit kulit menakutkan bukan kerana kesakitan yang dialami tetapi kerana ia menonjol secara luaran dan mencacatkan penampilan seseorang individu.

Kebanyakan penyakit kulit tidak berbahaya dan jarang sekali mengancam nyawa. Namun, kehadiran mana-mana penyakit kulit sekalipun pasti akan menggusarkan kehidupan seharian, bukan sahaja kerana ia menyebabkan ketidakselesaan tetapi turut membuatkan rasa rendah diri untuk bergaul dalam masyarakat.

Jika membincangkan masalah kulit, mungkin perkara pertama yang difikirkan adalah kecantikan bagi seorang wanita. Bagaimanapun, apa yang ingin dikemukakan kali ini adalah masalah kulit, khususnya ekzema atopik yang kini menyerang satu dari setiap lima kanak-kanak.




Baca Lagi...

22 Disember 2009

Alahan terhadap makanan


PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek “allon argon” yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik.

Istilah alergi makanan atau alahan makanan merujuk kepada tindak balas keimunan yang advers (kurang baik) terhadap komponen tertentu dalam sesuatu makanan, biasanya protein tertentu di dalam komponen makanan tertentu.

Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik.

Mekanisma imun di sebalik alahan makanan masih belum diketahui sepenuhnya tetapi boleh dibahagikan kepada reaksi yang berkaitan dengan IgE antibodi dan yang tidak berkaitan.



Baca Lagi...

21 Disember 2009

Masalah ruam lampin


Geseran atau kerengsaan

Ia adalah penyebab biasa berlakunya ruam lampin, pada bahagian di mana lampin tersebut bersentuh/bergeser dengan kulit, lampin yang dipakaikan terlalu ketat atau dibiarkan terlalu lama. Ruam kerap terjadi di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin.

Biasanya ruam ini mudah sembuh dengan penukaran lampin secara kerap dan mengeringkan kawasan tersebut.

Penyebab

Ruam ini kebanyakannya terjadi pada bahagian yang terdedah seperti bahagian punggung. Ia tidak melibatkan kawasan lipatan anggota atau kedutan kulit.



 

Baca Lagi...

17 Disember 2009

Mengelakkan Tekanan Darah Tinggi

 
APABILA jantung anda mengepam darah menerusi pembuluh nadi maka dengan irama denyutan biasa yang kita dapat dengar, maka kita akan merasa lega kerana secara keseluruhannya perjalanan darah anda berjalan seperti biasa. Proses ini tidak langsung memerlukan perhatian anda. Bagaimanapun dari masa ke semasa anda sedar sistem yang komplek itu tidak dapat berjalan dengan sempurna terutama bila doktor terpaksa membuat pemeriksaan yang 'lanjut atas diri anda.

Bila doktor meletakkan lipatan kain hitam ke lengan anda (black pressure cuff) sambil piring perak ditekan, sementara sepasang telinga mendengar penuh teliti, maka hati kecil anda mula berkata-kata dan merasa bimbang adakah anda diserang penyakit tekanan darah tinggi.

Benar tekanan darah tinggi jarang menyerang wanita di bawah 30 tahun tetapi langkah-langkah untuk mengelakkannya perlulah dijalankan dari sekarang. Kerana kira-kira 40 peratus dari penduduk Amerika Syarikat bila mencapai usia 60 tahun akan menderita penyakit ini.




Baca Lagi...

14 Disember 2009

Radang Sinus (Resdung)


Apa itu sinus?

Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

Radang sinus?

Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:

Radang sinus akut
Radang sinus kronik



Baca Lagi...

12 Disember 2009

Satu juta menderita psoriasis


PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit tertua dan sering disalah anggap. Menurut data terkini, dianggarkan tiga hingga lima peratus daripada penduduk dunia menghidapi psoriasis. Ini juga bermakna terdapat hampir satu juta rakyat Malaysia yang menderita penyakit ini.

Sering dianggap sebagai penyakit yang tidak boleh diubati, psoriasis merupakan penyakit sistem imuniti badan menyerang yang diri sendiri atau dikenali sebagai autoimun yang berulang tetapi tidak berjangkit. Ia terjadi tanpa mengenal jantina. Ia juga boleh terjadi pada semua peringkat umur, walaupun kebiasaannya berlaku buat pertama kalinya pada peringkat umur di antara 15 hingga 25 tahun.

Punca

Punca sebenar psoriasis tidak diketahui, tetapi ia dipercayai mempunyai komponen genetik yang tinggi. Faktor-faktor yang menyebabkan psoriasis menjadi bertambah buruk termasuklah tekanan, pemberhentian pengambilan kortikosteroid, pengambilan alkohol yang berlebihan, merokok, jangkitan, kecederaan kulit dan tindak balas terhadap bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu.



Baca Lagi...

10 Disember 2009

Migrain berisiko hidap strok

ANDA wanita yang berusia 45 tahun ke bawah dan mengalami migrain? Jika ya, anda sebenarnya tidak berada dalam situasi yang menyenangkan. Sebabnya, kecenderungan kumpulan wanita muda yang menghidap migrain berserta kehadiran aura adalah dua kali ganda lebih tinggi untuk mendapat serangan strok.

Aura merujuk kepada gangguan visual atau deria yang berlaku sebelum atau semasa kehadiran migrain.

Berdasarkan bukti sedia ada, risiko mendapat strok lebih tinggi jika seseorang wanita muda mengambil pil pencegah kehamilan dan merokok.

Sekitar 10 hingga 20 peratus populasi penduduk di dunia mengalami masalah migrain. Kadar kelaziman migrain juga didapati lebih tinggi dalam kalangan wanita berbanding lelaki.


Baca Lagi...

03 Disember 2009

Ubat epilepsi tidak mencegah migrain


BERLAWANAN dengan beberapa laporan, satu kajian terbaru mendapati, dadah antiepilepsi oxcarbazepine tidak boleh mencegah sakit kepala atau migrain.

Dadah antiepilepsi telah lama digunakan untuk mencegah migrain. Namun, Dr. Stephen Silberstein dari Jefferson Headache Center di Philadelphia dan rakan-rakannya yang menulis dalam jurnal Neurologi menyatakan, dalam laporan mereka bahawa oxcarbazepine tidak dapat memberi kesan terbaik.

Dalam kajian yang dilakukan lima bulan lalu, penyelidik secara rambang telah memberi 170 lelaki dan wanita yang mempunyai sejarah migrain, dos harian oxcarbazepine atau plasebo tidak aktif.

Kedua-dua kumpulan itu termasuklah mereka yang menghadapi serangan migrain antara tiga hingga sembilan kali dalam tempoh sebulan.

Keputusan menunjukkan tiada perbezaan antara oxcarbazepine dan kumpulan plasebo dalam perubahan terhadap jumlah serangan migrain yang berlaku dari awal hinggalah ke akhir kajian.

Persamaannya, kekurangan terhadap serangan migrain dan jumlah rawatan perubatan untuk rasa sakit yang amat sangat tidak terjejas oleh rawatan peruntukan itu.



Baca Lagi...

02 Disember 2009

Pengidap kencing manis tetap perlu glukos


BAHAYA: Pengambilan berlebihan buah-buahan manis perlu dielakkan.

ROSMAH (bukan nama sebenar) menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu. Sejak itu, ibu dua anak berusia 40 tahun itu cukup berhati-hati dengan makanannya. Rosmah cukup takut jika gula dalam darahnya meningkat naiki. Masih terbayang di matanya kisah pesakit kencing manis yang terpaksa dipotong kakinya. Kalau boleh, Rosmah tidak mahu ia berlaku ke atas dirinya.

Disebabkan kebimbangan terlampau itu, Rosmah tidak makan nasi mahupun makanan atau minuman bergula. Setiap kali melihat gula, Rosmah seakan trauma. Rosmah berpuasa dengan hanya makan roti putih dan sup sayur selama dua minggu sehinggalah suatu malam suaminya mendapati Rosmah pengsan tidak sedarkan diri. Rosmah dikejarkan ke wad kecemasan pada malam itu dan doktor terpaksa memasukkan glukos ke tubuhnya melalui saluran tiub. Doktor menasihatkan Rosmah agar tidak menolak terus makan karbohidrat kerana badan masih memerlukan gula untuk tenaga.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong, berkata pesakit kencing manis perlu mengambil makanan berasaskan karbohidrat kerana tubuh tetap memerlukan glukos sebagai sumber tenaga.

Jangan sesekali tidak makan langsung makanan berkabohidrat kerana kekurangan gula juga menimbulkan mudarat kepada tubuh. Walaupun seseorang itu menghidap kencing manis, tubuh masih memerlukan karbohidrat. Tetapi, glukos yang diperlukan dalam bentuk ringkas supaya mudah diserap seperti beras perang atau roti bijirin penuh berbanding nasi atau roti putih.





Baca Lagi...

01 Disember 2009

Mengawal hipertensi


Masalah hipertensi di kalangan rakyat Malaysia yang berusia melebihi 30 tahun sedang meningkat.

TEKANAN darah adalah daya penolakan darah terhadap dinding salur darah. Jantung mengepam darah ke dalam arteri, yang seterusnya menyampaikan darah ke seluruh bahagian badan manusia.

Maka, tekanan darah tinggi yang dikaitkan dengan hipertensi adalah sangat berbahaya kerana ia membuatkan jantung terpaksa 'bekerja' lebih kuat untuk memompa darah ke seluruh tubuh.

Keadaan ini menyumbang kepada pengerasan arteri atau aterosklerosis dan membawa kepada kegagalan jantung.





Baca Lagi...