03 Disember 2009

Ubat epilepsi tidak mencegah migrain


BERLAWANAN dengan beberapa laporan, satu kajian terbaru mendapati, dadah antiepilepsi oxcarbazepine tidak boleh mencegah sakit kepala atau migrain.

Dadah antiepilepsi telah lama digunakan untuk mencegah migrain. Namun, Dr. Stephen Silberstein dari Jefferson Headache Center di Philadelphia dan rakan-rakannya yang menulis dalam jurnal Neurologi menyatakan, dalam laporan mereka bahawa oxcarbazepine tidak dapat memberi kesan terbaik.

Dalam kajian yang dilakukan lima bulan lalu, penyelidik secara rambang telah memberi 170 lelaki dan wanita yang mempunyai sejarah migrain, dos harian oxcarbazepine atau plasebo tidak aktif.

Kedua-dua kumpulan itu termasuklah mereka yang menghadapi serangan migrain antara tiga hingga sembilan kali dalam tempoh sebulan.

Keputusan menunjukkan tiada perbezaan antara oxcarbazepine dan kumpulan plasebo dalam perubahan terhadap jumlah serangan migrain yang berlaku dari awal hinggalah ke akhir kajian.

Persamaannya, kekurangan terhadap serangan migrain dan jumlah rawatan perubatan untuk rasa sakit yang amat sangat tidak terjejas oleh rawatan peruntukan itu.



0 comments: