29 Disember 2009

Masalah Jerawat



Apa Itu Jerawat?

Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah. Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud masa yang paling penting dalam hidup. Jerawat atau acne merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak pada bahagian kulit manusia. Kajian dalam bidang perubatan telah menunjukkan terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. Secara am, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu acne vulgaris. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang paling sering dialami oleh individu terutamanya golongan remaja dan golongan dewasa pada awal umur 20-an.

Insiden Dan Punca Jerawat

Jerawat (acne vulgaris) disebabkan beberapa faktor yang saling berkaitan antaranya adalah keturunan, hormon dan kuman (bakteria). Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Lebih kurang 85 peratus daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat - acne vulgaris.







0 comments: