19 Ogos 2015

6 Cara Mengatasi Rambut Gugur

1) Elakkan Stress
Stress berkaitan dengan hormon. Bagi wanita, hormon mereka sangat berkaita rapat dalam merangsang pertumbuhan rambut yang tebal. Selain daripada estrogen, setiap wanita turut menghasilkan sedikit hormon androgen.

Sekiranya wanita mengalami stress, hormon androgen akan terhasil secara aktif. Keadaan inilah boleh menjadi punca keguguran rambut.

2) Awasi Pemilihan Rawatan Rambut
Rambut gugur juga boleh disebabkan kerana rawatan rambut. Sekiranya kita kerap melakukan rawatan rambut seperti melurus, mengkerinting, mewarna, kelemumur atau rawatan rambut tradisonal sekalipun, jika tidak bersesuaian, ia akan menyebabkan keguguran rambut.

3) Elakkan Produk Bahan Kimia
Seelok-eloknya elakkan penggunaan produk rambut termasuk shampoo dan perapi yang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia yang meresap pada akar rambut dan kulit kepala boleh menyebabkan kerosakan pada rambut, rambut kering dan rapuh serta akar rambut yang lemah. Maka rambut mudah gugur.

4) Elakkan Penggunaan Rambut Palsu
Rambut palsu akan menyebabkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik dan boleh merosakkan folikel rambut.

5) Ambil Makanan Seimbang
Untuk kesihatan rambut, pastikan mengambil makanan yang kaya dengan sumber Protein seperti susu, telur, ayam, yogurt, ikan, tempe dan tauhu dan juga Zat Besi seperti bayam, sayuran hijau, ikan, daging, kekacang, brokoli, lobak dan buah-buahan kering.

6) Mengambil Vitamin Tambahan
Kita tidak dapat menjamin yang makanan harian yang diambil dapat menampung keperluan bagi kesihatan tubuh sekaligus untuk kesihatan dan kekuatan rambut.

Di antara vitamin yang diperlukan untuk rambut kekal sihat ialah Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin A dan Vitamin E.

Kekurangan nutrisi punca rambut gugur

Kekurangan nutrisi punca rambut gugur Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambutRAMBUT ...

Keguguran Rambut dan Punca Keguguran Rambut

Akibat daripada warisan gen rambut gugur tersebut, individu terlibat berisiko tinggi untuk berdepan masalah keguguran rambut yang mampu menipiskan ...

Masalah rambut gugur tidak mengenal usia

Masalah rambut gugur tidak mengenal usia Botak boleh dielakkan jika setiap individu amal gaya hidup seimbang, jaga pemakanan dan diet. PENUAAN sering ...

Kenapa rambut gugur?

RAMBUT bukan sekadar pelengkap gaya, malah sangat penting untuk meningkatkan keyakinan seseorang. Justeru, keguguran rambut adalah perkara yang ...

Kelemumur, rambut gugur merunsingkan

Kelemumur, rambut gugur merunsingkan RAMBUT adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar namun tidak juga mudah. Tidak kena gaya ia mudah ...

7 Punca Rambut Gugur dan cara merawatnya

Sememangnya normal untuk rambut anda gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari. Tetapi jika setiap kali bangun tidur anda melihat bantal dipenuhi dengan ...

0 comments: