27 Ogos 2015

Cara Berkesan Atasi Tumit Pecah

Kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.




Faktor penyebab


  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.


Solusi


  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.



PETUA TRADISIONAL


  • Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  • Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah.


Psoriasis Kulit merekah, bersisik

Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang dihidapi kira-kira dua hingga tiga peratus penduduk setiap negara di seluruh dunia. Penyakit ini ada dalam semua ...

Ekzema radang kulit

Ekzema radang kulit BIASA kita lihat kanak-kanak yang pipinya mempunyai tompok kemerah-merahan seperti melepuh. Ramai menyangka ia kurap susu tetapi ...

Psoriasis penyakit kulit bersisik

Psoriasis penyakit kulit bersisik JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis.

Kenali masalah kulit bayi anda

Geram sungguh melihat kulit bayi yang sungguh lembut dan mulus. Bagaimanapun,kulit bayi yang halus dan lembut ini mudah sensitif dan sentiasa terdedah ...

Jerawat : Rawatan kulit wanita Asia

Jerawat : Rawatan kulit wanita Asia Minyak Kelapa Dara JERAWAT adalah sesuatu yang biasa berlaku dan tidak mengancam nyawa. Namun, kehadirannya ...

0 comments: