30 Ogos 2015

Cara Berkesan Hapuskan Jeragat

Pernahkah anda melihat situasi seorang wanita cantik namun kurang keyakinan diri? Dia bagaikan tidak selesa dan kerap kali menarik rambutnya bagi menutup sesuatu. Rupa-rupanya memang benar, dia cuba menutup ‘sesuatu’ yang dianggap sebagai kekurangan diri di sebalik kecantikannya. Pasti anda tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan.

Jeragat, sejenis masalah kulit yang mahu dihindari oleh semua. Jeragat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pigmentasi tompok hitam leper yang boleh dilihat dalam lapisan kulit.

Jenis kedua pula ialah berbiji yang seakan-akan ketumbuhan kecil pada kulit. Sama ada biji hitam yang tumbuh secara berkelompok atau pun lebihan daging yang berwarna coklat. Jeragat ini kebiasaannya tumbuh pada bahagian muka, leher dan juga celah ketiak.

Cara Hilangkan Jeragat:

1. Rajin cuci muka

- Kulit yang kering sangat memerlukan pelembap, jadi anda perlu pastikan kulit wajah dibalut dengan sedilit pelembap wajah. Bangun pagi, pasti kulit wajah tidak akan kering, sekali gus mampu bebas daripada masalah jeragat.

- Sebelum tidur, pastikan kulit wajah bersih daripada sebarang alat solekan. Paling mudah, cukup dengan cuci wajah sehingga bersih untuk elak liang roma tertutup.

2. Perlu pandai pilih produk muka

- Disebabkan kulit kering, anda wajib puasa daripada terus menggunakan bedak.

- Sebagai langkah pencegahan pula, amalkan sapuan krim pelindung matahari setiap hari sebelum keluar rumah setiap kali menjalankan aktiviti luar.

- Kulit wajah juga akan terjaga dan tidak mudah naik jeragat liar disebabkan sinar matahari secara terus. 

3. Jangan ambil ubat sebarangan

- Semak semula ubat-ubat yang diambil, terutama pil perancang dan pastikan makanan tambahan yang ditelan mendapat nasihat daripada pakar kulit.

- Laburkan sedikit wang agar dapat membeli produk berkualiti demi kesihatan kulit.

- Tidak mustahil berlaku memandangkan faktor genetik turut mampu menyumbang kepada masalah ini. 

- Perlu diingat agar awas dengan penggunaan alat mekap yang berkualiti rendah.

Apabila usia kian meningkat, risiko jeragat untuk timbul dengan lebih banyak adalah besar. Berhati-hati apabila timbulnya jeragat di bahagian-bahagian tertentu. Jika sudah menyedari perkara itu daripada awal,lebih baik ambil tindakan segera dan terus berhenti menggunakannya.

Untuk mengatasi masalah jeragat, luangkan masa berjumpa doktor bagi membincangkan punca dan bagaimana mahu mengatasinya.  Lakukan pemeriksaan lanjut bersama doktor pakar jika keadaan menjadi lebih teruk kerana dibimbangi bukan jeragat sebaliknya kanser kulit. 


Psoriasis Kulit merekah, bersisik

Psoriasis Kulit merekah, bersisik APABILA melihat orang yang mempunyai kulitbertompok merah, bersisik, kadangkala merekah dan berdarah, ramai cuba ...

Ekzema radang kulit

Ekzema radang kulit BIASA kita lihat kanak-kanak yang pipinya mempunyai tompok kemerah-merahan seperti melepuh. Ramai menyangka ia kurap susu tetapi ...

Psoriasis penyakit kulit bersisik

Psoriasis penyakit kulit bersisik JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis.

Jerawat : Rawatan kulit wanita Asia

Jerawat : Rawatan kulit wanita Asia Minyak Kelapa Dara JERAWAT adalah sesuatu yang biasa berlaku dan tidak mengancam nyawa. Namun, kehadirannya ...

Kenali masalah kulit bayi anda

Geram sungguh melihat kulit bayi yang sungguh lembut dan mulus. Bagaimanapun,kulit bayi yang halus dan lembut ini mudah sensitif dan sentiasa terdedah ...

Jerawat tips rawatan dan jagaan muka

Untuk tampil memiliki wajah yang halus dan sihat, remaja seharusnya menjaga kulitwajah sejak dari awal lagi atau sebaik-baiknya sejak dari usia belasan ...

Ekzima dan Psoriasis

Ekzima dan Psoriasis adalah masalah Kulit boleh menyebabkan seseorang merasa tidak selesa. Ekzima dan psoriasis keduanya berasal dari Greek. Ekzima ...

Melindungi kulit

Kebanyakan krim kulit mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai untuk kulit anda. Banyak laporan dan kajian menunjukkan bahawa bahan tambahan dan ...

Ekzema tak berjangkit

KULIT menjadi kering, merah dan gatal. Ini gejala biasa apabila seseorang mengalami ekzema, iaitu antara masalah kulit yang sangat lazim pada kanak-kanak ...

Masalah Kegatalan kulit bersisik

Masalah Kegatalan kulit bersisik PENYAKIT kulit! Bunyinya tidak menakutkan tetapi tentu menggerunkan jika anda sendiri menghidapinya atau melihat orang ...

0 comments: