20 Ogos 2015

Usah biar kulit kering

Mereka yang tinggal di negara empat musim tidak asing dengan pengalaman kulit sangat kering ketika cuaca sejuk yang menyebabkan kulit badan dan tangan menjadi kasar dan merekah.

Biarpun masyarakat di negara tropika punya pengalaman berbeza, kita juga tidak terlepas daripada dibelenggu masalah kulit akibat cuaca melampau, pencemaran alam sekitar, gaya hidup yang sibuk, pemakanan tidak seimbang dan kesan penyaman udara.

Semua faktor ini boleh menjadikan kulit badan dan tangan kita lebih cenderung mengalami kekeringan dan suram, malah kegatalan. Gaya hidup masa kini dan keadaan persekitaran menyebabkan kulit mudah menjadi rosak.

Pendedahan berpanjangan kepada penyaman udara, cahaya matahari, mandi dengan air panas atau membersih menggunakan sabun boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan memburukkan lagi keadaan.

Mereka yang mengalami kulit kering selalunya mempunyai bahagian kulit kasar dan kemerah-merahan, selain gatal.

Bahagian kulit yang biasa terbabit termasuk lengan, tangan, bahagian bawah kaki, abdomen dan yang selalu bergeser, misalnya buku lali serta tapak kaki.

Kulit kering juga boleh menyebabkan beberapa penyakit kulit, seperti ekzema dan atopik ekzema (AD). Atopik ekzema adalah penyakit radang kulit yang berciri ruam gatal dan boleh menyebabkan rasa sakit, lara dan resah.

Ia berpunca daripada abnormaliti atau ketidaksempurnaan pada sistem keimunan tubuh yang membawa pada kerosakan kulit. Ciri utama penyakit itu termasuk kulit kering, gatal dan lama-kelamaan, kesan garu itu menjadi tebal.

Pada bayi, ia mudah berlaku di pipi, kulit kepala dan kaki manakala bagi kanak- kanak dan golongan dewasa, ia terjadi di kawasan berlipat seperti siku dan bawah lutut.

AD boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu atopik dermatitis alergi, di kenali juga sebagai alergi AD, paling biasa dan dialami lebih 70 peratus pesakit AD. Ia dikaitkan dengan abnormaliti sistem imun, iaitu peningkatan sejenis antibodi, IgE.

Kategori kedua pula atopik dermatis bukan alergi, berlaku kira-kira 30 peratus kes AD. Ia jarang berlaku kerana tiada peningkatan tahap IgE tetapi mempunyai ciri-ciri klinikal luaran yang hampir sama dengan AD alergi.

Sifat AD yang kompleks menyukarkan punca sebenar diketahui. Begitupun, banyak perkara dikaitkan sebagai pencetus ekzema.

Antaranya mandi tanpa sabun, berpeluh, kesejukan, jangkitan bakteria dan kurap. Namun perlu diingat, setiap orang memiliki pencetus yang tidak sama.

Namun semua itu boleh dikategorikan sebagai faktor persekitaran. Kerana faktor genetik juga sebenarnya berkemampuan menyebabkan ekzema.

Untuk membantu mengurangkan simptom kurang menyenangkan serta tidak selesa, gunakan pelembap sebagai asas rawatan untuk kulit kering dan dermatitis atopik.


Ekzema tak berjangkit

Ekzema tak berjangkit KULIT menjadi kering, merah dan gatal. Ini gejala biasa apabila seseorang mengalami ekzema, iaitu antara masalah kulit yang sangat ...

Ekzema | Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

Ekzema juga dikenali sebagai dermatitis atopik dan ia tidak berjangkit. Perkataan ekzema diguna untuk menjelaskan semua jenis masalah kulit yang merah, ...

Ekzema radang kulit 

Ekzema radang kulit BIASA kita lihat kanak-kanak yang pipinya mempunyai tompok kemerah-merahan seperti melepuh. Ramai menyangka ia kurap susu tetapi ...

Ekzema jejas kualiti hidup

Ekzema jejas kualiti hidup APAKAH yang anda rasa apabila berkunjung ke kedai menjual pakaian ataupun produk kecantikan tetapi tidak diberi perhatian ...

Masalah Kegatalan kulit bersisik

Bagaimanapun, apa yang ingin dikemukakan kali ini adalah masalah kulit, khususnya ekzema atopik yang kini menyerang satu dari setiap lima kanak-kanak.

Ekzima dan Psoriasis

Ekzema sering menyebabkan kerengsaan pada kulit. Ia biasanya disebabkan oleh produk-produk yang mempunyai bahan kimia yang kuat termasuk detergen, ...

Kenali masalah kulit bayi anda 

Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, ...

0 comments: