15 Ogos 2015

Rawat kulit sensitif

KAJIAN terbaru yang dijalankan Akademi Dermatologi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan lebih 50 peratus penduduk AS mempunyai kulit sensitif berdasarkan simpton seperti gatal, kemerah-merahan, rasa panas, menyengat dan kekeringan yang membawa kepada penuaan awal.

Hal ini turut berlaku di Asia malah berjuta-juta orang di seluruh dunia mempunyai kulit sensitif dan jumlah ini semakin meningkat.

Kulit sensitif dapat dilihat menerusi ciri-ciri fizikal seperti kulit yang lebih nipis, kulit terasa tegang akibat kekeringan, bertompok kemerah-merahan, menggelupas dan mudah bertanda merah.

Biasanya alahan ini disebabkan pelbagai faktor antaranya genetik, gaya hidup seperti tekanan, tabiat pemakanan, prosedur perubatan dan alam sekitar seperti pencemaran dan perubahan cuaca.

Secara biologi kulit menjadi alah atau terlalu merengsa bagi lapisan epidermis atau lapisan kulit pelindung. Kerengsaan ini terbahagi kepada imunogen iaitu apabila kulit diserang, sel kulit setempat mendapat amaran dan diaktifkan untuk melawan penyerang. Tindakan alahan pada kulit menyebabkan munculnya merah, sakit dan gatal.

Kerengsaan neurogenik pula dicetuskan oleh sistem imuniti tetapi ini diakibatkan oleh sistem saraf. Apabila bahan kimia itu mengaktifkan sistem saraf deria, saraf itu mengeluarkan bahan yang menyebabkan ketidakselesaan dan mengakibatkan kemerahan, sakit dan gatal.


Rawat kulit sensitif 

Kulit sensitif dapat dilihat menerusi ciri-ciri fizikal seperti kulit yang lebih nipis, kulitterasa tegang akibat kekeringan, bertompok kemerah-merahan, ...

Ekzema radang kulit

Ramai menyangka ia kurap susu tetapi sebenarnya masalah itu adalah ekzema, iaitukulit sensitif yang bukan saja berlaku pada kanak-kanak, tetapi juga orang  ...

Kenali masalah kulit bayi anda

Geram sungguh melihat kulit bayi yang sungguh lembut dan mulus. Bagaimanapun,kulit bayi yang halus dan lembut ini mudah sensitif dan sentiasa terdedah ...

Memahami alahan | Alahan

Sistem imunisasi badan menjadi terlalu sensitif kepada satu atau lebih ... kulit agak hangat apabila disentuh, kesukaran bernafas dan tekanan darah yang  ...

Melindungi kulit

Malah mereka yang memiliki kulit sensitif tidak boleh menggunakannya sama sekali. Ia boleh menyebabkan kulit ruam atau kulit mereka berubah merah dan  ...

Info Kesihatan : Penyakit lazim di negara maju

Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu daripada penyakit kulit yang paling lazim ....dengan kulit sensitif), alahan makanan dan habuk rumah, kata Dr Leong.

0 comments: