07 Ogos 2015

5 Tips Elak Rambut Gugur

Sememangnya normal untuk rambut anda gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari. Tetapi jika setiap kali bangun tidur anda melihat bantal dipenuhi dengan rambut serta segenggam rambut terlekat di sikat setiap kali menyikat, sudah tiba masanya untuk anda mengenali masalah rambut gugur yang dialami. Tip berikut mungkin boleh membantu anda mengurangkan helaian rambut gugur setiap hari.

1. Mencuci rambut secara teratur

Elakkan mencuci rambut terlalu kerap. Cuci rambut setiap dua atau tiga cukup memadai. Jika cuci sebelah pagi, pastikan 2jam sebelum memakai tudung. Bagi membiarkan rambut anda betul-betul kering. Langkah terbaik, pilih syampu yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala anda atau yang di aplikasikan dengan pelembap itu lebih baik.

2. Keringkan rambut secara semula jadi

Maknanya, elakkan penggunaan pengering rambut yang terlalu panas. Sebab ianya akan membuat rambut lebih rapuh dan mudah putus. Tak kiralah, panjang mana pun rambut anda, tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering. Makanya, bila anda memakai tudung sewaktu rambut masih basah akan menyebabkan masalah kelumumur. Dan jangan bungkus rambut dengan tuala, untuk lebih segar biarkan ia bebas mengering.

3. Rehatkan rambut anda

Rambut juga seperti badan kita. Perlukan rehat yang secukupnya. Sebaikkan bebaskan rambut dari sebarang ikatan getah atau cekak, supaya angin dapat meresap ke kulit kepala. Secara tidak langsung, ia akan membuat rambut kekal sihat.

4. Pilih syampu yang sesuai dengan kulit kepala

Pemilihan syampu yang sesuai dengan kulit kepala sangat penting bagi mengelakkan rambut gugur. Elakkan guna syampu yang mengandungi banyak bahan kimia. Tapi carilah syampu yang diperbuat berasaskan herba seperti limau purut, aloe vera dan sebagainya. Anda boleh dapatkan dipasaran.

5. Penjagaan rambut secara semulajadi


Minyak kelapa dara BioVCO merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan berkilau. Amalan menyapukan minyak kelapa dara BioVCO di kulit kepala akan dapat memastikan kulit kepala bebas dari kelimumur, kutu, dan telur kutu, malah ia membantu masalah kulit kepala kering. Minyak kelapa dara banyak digunakan di asia sebagai rawatan rambut.

Minyak kelapa dara merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Ini juga menyediakan protein dan khasiat penting yang diperlukan untuk masalah rambut rosak. Oleh kerana itu digunakan sebagai minyak untuk rawatan rambut dan digunakan dalam pembuatan pelbagai penyejuk, dan krim untuk mencegah kelimumur.

Testimoni rambut gugur Pengguna BioVCo

Testimoni rambut gugur Pengguna BioVCo. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh ...


Kekurangan nutrisi punca rambut gugur

Kekurangan nutrisi punca rambut gugur Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambutRAMBUT ...

Keguguran Rambut dan Punca Keguguran 

Akibat daripada warisan gen rambut gugur tersebut, individu terlibat berisiko tinggi untuk berdepan masalah keguguran rambut yang mampu menipiskan ...

Masalah rambut gugur tidak mengenal usia

Masalah rambut gugur tidak mengenal usia Botak boleh dielakkan jika setiap individu amal gaya hidup seimbang, jaga pemakanan dan diet. PENUAAN sering ...

Kenapa rambut gugur? | Keguguran Rambut

RAMBUT bukan sekadar pelengkap gaya, malah sangat penting untuk meningkatkan keyakinan seseorang. Justeru, keguguran rambut adalah perkara yang ...

Kelemumur, rambut gugur merunsingkan

RAMBUT adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar namun tidak juga mudah. Tidak kena gaya ia mudah rosak, berkelemumur, gugur dan ...

Mitos keguguran rambut

Kehilangan rambut atau ketipisan rambut telah menjadi isu yang sensitif dan ... Jika mereka ternampak lebih banyak rambut gugur ke dalam besen cuci muka ...

0 comments: