29 Ogos 2015

9 Cara Mencegah Obesiti

☛ Elakkan makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji seperti nasi putih, roti, tepung dan mi. Pilihlah beras basmati, beras perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan seperti epal, oren, jambu batu, limau bali dan beri. Pilih makanan yang mengandungi indeks glisemik rendah.

☛ Hadkan jumlah makanan di atas pinggan. Hadkan nasi sebesar genggaman bagi setiap hidangan. Hadkan protein sebesar tapak tangan bagi setiap hidangan. Selebihnya, penuhkan pinggan dengan sayur-sayuran. 

☛ Kurangkan penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan kaedah stim, bakar atau rebus sewaktu memasak. 

☛ Tukarkanlah gula kepada stevia iaitu sejenis daun yang rasanya manis.

☛ Bersenamlah selang sehari, lebih kurang 10-30 minit.

☛ Berpuasa dua kali seminggu membantu mengekalkan berat badan dan merehatkan usus seketika.

☛ Rehat yang cukup. Ibu yang bekerja perlu mendapatkan rehat dan tidur secukupnya. Tidur yang terganggu juga akan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan obesiti.

☛ Jika anda mengalami masalah obesiti, berjumpalah doktor bagi mendapatkan rawatan. Rawatan HCG jika digabungkan dengan pemakanan berkalori rendah dapat menurunkan berat badan. Namun, rawatan ini memerlukan pemantauan  doktor. Rawatan HCG bukan sahaja dapat mengurangkan lemak visceral, malah dapat menstabilkan hormon dari kelenjar pituitari. 

☛ Rawatan laser membantu mengeluarkan lemak dari sel lemak tanpa mematikan sel lemak tersebut. Pemilihan rawatan laser yang betul seperti kaedah ‘Zerona’ amat penting kerana kaedah lain seperti sedut lemak boleh menjadikan pengimbangan hormon menjadi huru-hara dan lemak berkumpul di tempat yang tidak diingini.

1.7 juta berdepan obesiti

1.7 juta berdepan obesiti gemuk Dianggarkan 1.7 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghadapi obesiti, sekali gus mewujudkan kebimbangan ...

Lindungilah anak daripada obesiti 

Lindungilah anak daripada obesiti ROSNITA (bukan nama sebenar), 10, akan makan sepapan coklat, biskut untuk snek ringan dan semangkuk nasi dengan ...

Obesiti jejas kesuburan

Obesiti jejas kesuburan. Antara punca ketidaksuburan lelaki ialah masalah varikosel iaitu pengembangan salur darah dalam skrotum (kantung buah zakar) ...

Masalah obesiti kian meruncing

Masalah obesiti kian meruncing. Oleh Ardyhansah Amat. Masalah berat badan berlebihan adalah masalah global kerana dialami di setiap negara. Hampir satu ...

Kurangkan kalori

Pilihan gaya hidup, faktor genetik, tingkah laku dan kurang kesedaran terhadap kesihatan diri antara penyebab meningkatkan kadar masalah obesiti dalam ...


0 comments: