29 September 2014

Tips Sihat Mencegah Resdung

Jika anda mengambil gejala-gejala seperti kerap bersin terutamanya waktu pagi, hidung gatal-gatal, gatal diantara mata dan muka, hidung tersumbat, rasa berlendir di hidung dan tekak, sering sakit di muka serta alahan makanan laut, anda sebenarnya mengalami RESDUNG.

Resdung adalah radang pada rongga-rongga sinus [rongga-rongga dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung]. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini setiap masa dan disalirkan melalui hidung. Apabila hidung tersumbat, lendir ini akan berkumpul dan menjadi tempat pembiakan bakteria.

Apabila gejala resdung berlanjutan sehingga berminggu-minggu, ia diklasifikasikan sebagai resdung akut. Ia biasanya penyebab kepada demam dan selsema yang berpunca daripada jangkitan bakteria di rongga sinus hingga menyebabkan ia bengkak dan menyempit.

Jangkitan melebihi 3 bulan, resdung akut menjadi bertambah kronik.  Jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan rongga sinus bernanah, berbau dan kerosakan pada rongga hidung dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan oleh doktor pakar.

Lebih parah lagi, ia boleh menyebabkan kematian secara tidak langsung yang berpunca daripada komplikasi pada otak penghidap resdung.

Kini, pelbagai kaedah moden untuk menghadapi masalah resdung seperti ubat-ubatan antibiotik, spray nasal dan pembedahan oleh pakar. Tidak lupa juga rawatan secara traditional seperti bekam, asap rokok resdung, akupuntur, mengeluarkan lendur hidung, terapi wap panas dan lain-lain.

Tips Sihat Mencegah Resdung

1. Mengamalkan tabiat pemakanan yang baik, berkhasiat dan seimbang
2. Mengurangkan makanan berlemak, berminyak dan berasid.
3. Memperbanyakkan meminum air suam dan buah-buahan.
4. Menghindari minuman berais dan beralkohol.
5. Menghentikan tabiat merokok.

Petikan: Sinar Harian


  • Resdung boleh menyebabkan buta 

  • Resdung boleh menyebabkan buta Selain itu, rasa sakit juga turut dirasai pada bahagian kepala terutama dahi dan pipi. Memperkatakan tentang penyakit yang ...
  • Penyakit Resdung -

  • Penyakit Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenis penyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat ...
  • Penyakit Resdung atau Sinusitis| 

  • Resdung adalah salah satu pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdungadalah akibat jangkitan bakteria.
  • Serangan resdung 

  • Masalah resdung MEMANG rimas jika kita sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala, terutama pada ...
  • Mengenali penyakit resdung atau sinusis

  • Jika ini yang berlaku, anda mungkin sedang menghadapi masalah resdungResdungberlaku apabila bahagian sinus anda dijangkiti atau mengalami ...
  • Penyakit Resdung - Risiko jangkitan otak 

  • sinusis, resdung, minyak kelapa dara ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa ...
  • Bahaya Penyakit Resdung

  • Penyakit resdung ialah penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus (dinding sinus).Sinus ini adalah rongga dalam bahagian muka anda .
  • Baca Lagi...

    28 September 2014

    Tanda-Tanda Migrain Dan Cara Elak

    Migrain sebenarnya mempunyai beberapa tanda @ simptom selain anda berasa sakit kepala. Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang. 

    Tahap kesakitannya berbeza begitu juga kekerapan mengalaminya serta jangka masa serangan itu berlaku. 

    Migrain sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud sakit sebelah kepala. 

    Kebiasaannya, serangan migrain atau sakit kepala sebelah boleh menyebabkan kedua-dua belah kepala menjadi sakit jika ianya berlarutan.


    Migrain berlaku apabila darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala. Migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit migrain muntah.


    • Kesan daripada alahan seseorang
    • Silau akibat lampu yang terang
    • Bunyi yang terlalu kuat
    • Bau wangi yang terlampau kuat
    • Tekanan fizikal atau emosi
    • Waktu tidur yang tidak teratur
    • Merokok atau terdedah kepada asap rokok
    • Stress
    • Menahan lapar
    • Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.


    • Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata . 
    • Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
    • Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
    • Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
    • Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
    • Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
    • Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak-bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .


    • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
    • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
    • Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
    • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
    • Stress dan tekanan
    • Jadual tidur yang tak tetap
    • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .

    Kebiasaanya pesakit migrain akan diberi ubat tahan sakit.. ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.

    Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian.. memilih alternatif dengan pengambilan suplemen semulajadi adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah  sakit migrain.

    Ubah gaya hidup anda untuk mengurangkan kekerapan migrain. Amalkan gaya hidup sihat. Hindarkan diri kita daripada unsur-unsur yang boleh mendatangkan migrain.







  • Diet berkhasiat kurangkan Migrain

    Diet berkhasiat kurangkan migrain, Minyak Kelapa Dara Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini, sebanyak 15 peratus ...
  • Migrain 

    Migrain atau Sakit Kepala yang kronik menyebabkan pengidapnya tidak dapat melakukan tugas. Punca sakit kepala atau migrain tidak diketahui. Stress boleh ...
  • Wanita migrain risiko hidap strok

    Wanita migrain risiko hidap strok ANDA wanita yang berusia 45 tahun ke bawah dan mengalami migrain? Jika ya, anda sebenarnya tidak berada dalam situasi ...
  • Sakit kepala dan migrain | Sakit kepala migrain

    Sakit kepala dan migrain Sebanyak 60 peratus daripada pesakit yang menghidapi sakit kepala mengalami sama ada migrain atau tension headache. Migrain ...
  • Baca Lagi...

    26 September 2014

    Jangan biarkan batuk anda

    Refleks batuk berlaku secara spontan apabila bahan pencemar merangsang lapisan saluran udara, menyebabkan pembebasan udara secara kuat daripada paru-paru untuk mengeluarkan sebarang bahan rengsa dan penghalang.

    Masalah batuk biasanya pulih selepas tempoh masa tertentu. namun begitu, ada juga kes batuk yang dialami lebih kerap dan berpanjangan apabila sistem pernafasan dijangkiti atau terus terdedah kepada bahan cemar alam sekitar seperti wasap kenderaan, asap atau jerebu.

    Apabila ini berlaku, batuk boleh membawa kesan serius kepada pesakit, kerana akan mengganggu tidur dan selera makan. Batuk kronik boleh menyebabkan seseorang terasa terlalu letih untuk pergi ke sekolah atau bekerja," terang Patrick.

    Kebanyakan orang menganggap batuk sebagai satu masalah kecil. Namun begitu, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan.




  • TESTIMONI Pengguna batuk

    TESTIMONI Pengguna batuk. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna sendiri ...
  • Punca suara serak, batuk lama

    Punca suara serak, batuk lama PENYAKIT berkaitan sistem gastro usus seperti pedih ulu hati atau masalah asid refluks (gastroesophageal reflux disease ...
  • Info Kesihatan : Batuk berpanjangan

    Kebanyakan perokok menganggap batuk adalah masalah biasa tetapi jika ia berlanjutan, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena.
  • Refleks batuk berlaku secara spontan apabila...

    Refleks batuk berlaku secara spontan apabila bahan pencemar merangsang lapisan saluran udara, menyebabkan pembebasan udara secara kuat daripada ...
  • Info Kesihatan - Punca suara serak, batuk lama Berkait...

    Punca suara serak, batuk lama Berkait dengan masalah asid refluks, pedih ulu hati PENYAKIT berkaitan sistem gastro ... Info Kesihatan Boleh cuba BioVCO.
  • Baca Lagi...

    25 September 2014

    7 panduan kurangkan gout

    Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebab gout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita. 

    Golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu ialah mereka yang berusia lebih 40 tahun. 

    Gout iaitu sejenis penyakit sendi, sering dianggap penyakit biasa yang tidak serius dan mengancam nyawa. 

    Bagi mengurangkan kesan serangan gout dan menikmati kehidupan lebih baik, berikut disertakan tujuh panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout. 

    1) Kekalkan hidrasi 

    Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh. 

    Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi. 

    2) Elak minuman keras 

    Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis. 

    3) Elak beli ubat gout di kaunter 

    Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan. 

    Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Cuma air yang sama bagaimanapun diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan. 

    Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan. 

    4) Makan secara sihat 

    Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat. 

    Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat. 

    5) Mengekalkan berat badan 

    Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat. 

    Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan akan datang secara semula jadi. Cukup sekadar mengamalkan senaman sederhana, iaitu sesuatu yang juga baik untuk semua orang. 

    6) Rehat 

    Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu. 

    Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat. 

    7) Halia 

    Halia digunakan beribu-ribu tahun yang lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus. 
    Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari masa ke masa kerana ada banyak ubat-ubatan disediakan di kaunter perubatan. 

    Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul. ~ Sumber : bharian online


  • Penyakit artritis gout

    PENYAKIT artritis gout adalah penyakit yang agak kerap didiagnos oleh para doktor. Namun sebenarnya, penyakit ini mempunyai implikasi dan komplikasi ...
  • Cara kawal sakit penyakit gout

    Cara kawal penyakit gout minyak kelapa dara BIASANYA apabila menghidap satu-satu penyakit, antara nasihat 'wajib' yang diberi doktor ialah jaga makan dan ...
  • Gout serang sendi

    GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali ...BioVCO boleh membantu masalah gout kerana ia boleh mempunyai ..

  • Baca Lagi...

    24 September 2014

    Radangan kelenjar tonsil

    Tonsil merujuk kepada sejenis kelenjar limfoid yang berfungsi sebagai pelindung saluran pernafasan daripada dijangkiti kuman terutamanya kanak-kanak apabila sistem imuniti badannya belum terbentuk dan matang sepenuhnya.

    Namun, tisu tonsil itu sendiri tidak terkecuali dijangkiti dan mengalami keradangan berpunca akibat jangkitan bakteria atau virus. Jangkitan biasanya dikenali sebagai tonsilitis akut dan tonsilitis berulang akan berlaku.

    Tonsilitis berpunca daripada keradangan pada kelenjar tonsil. Jangkitan tonsilitis menyebabkan tonsil luka dan bengkak di bahagian leher. Sakit tekak juga menyebabkan berlakunya penyakit abses peritonsil.

    Abses perintosil pula adalah jangkitan di kawasan sekitar tonsil yang mengakibatkan pengumpulan nanah membuatkan penghidapnya sukar untuk makan, bertutur serta membuka mulut. Kebanyakan penyakit tonsilitis disebabkan oleh kuman, virus dan bakteria.

    Faktor penyakit keturunan dan penyakit berjangkit tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan penyakit tonsilitis. Tonsilitis sering menjangkiti kanak-kanak manakala abes perintosil pula banyak dihidapi golongan dewasa.


  • TESTIMONI Pengguna tonsil

    TESTIMONI Pengguna tonsil ... Rambut beruban | Rambut gugur | Resdung | Resdung kronik | Ruam lampin | Sakit kulit | Sembelit | Talesimi | Tiroid | Tonsil ...
  • Radang tonsil perlu dibuang | Radang Tonsil

    Radang tonsil perlu dibuang SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan ...
  • Apakah itu Tonsil?

    Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang ...
  • Atasi Tonsil Bengkak 

    Tonsil dan keradangan tonsil : penyakit tonsil, keradangan tonsil atau masalah tonsilberlaku apabila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria.
  • Baca Lagi...

    23 September 2014

    Pencegahan penyakit kencing manis

    Dari segi perubatan moden, penyakit kencing manis tidak dapat diubati, tetapi boleh dikawal.

    Selain itu, beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk merawat dan mencegah penyakit kencing manis adalah dengan pengambilan makanan dan diet seimbang, melakukan senaman dengan kerap, mengawasi kadar gula dalam darah, tidak merokok dan mengawal berat badan.

    Kepentingan pengambilan makanan berzat dan yang tidak memudaratkan badan turut ditekankan di dalam al-Quran seperti di dalam firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 168 yang lebih kurang bermaksud “Hai manusia! Makanlah sebahagian daripada makanan yang ada di bumi ini yang halal dan baik."

    Rakyat Malaysia yang mempunyai risiko tinggi mengidap kencing manis harus mempunyai kefahaman tentang bahaya kencing manis dan perlu melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan bagi mengenal pasti penyakit kencing manis di peringkat awal.

    Rawatan moden penyakit kencing manis

    Matlamat utama dalam rawatan penyakit kencing manis adalah untuk mengurangkan tahap gula dalam darah, dari kadar yang luar biasa ke tahap gula lebih rendah dan normal.

    Penyakit kencing manis jenis 1 boleh dirawat dengan pengambilan insulin, senaman dan pemakanan sihat dan seimbang.

    Penyakit kencing manis jenis 2 pula boleh dirawat dengan penurunan berat badan, mengamalkan diet sesuai dan aktiviti senaman yang konsisten.

    Jika langkah ini gagal mengawal kadar gula darah yang tinggi, ubat-ubatan hospital boleh digunakan.

    Jika ubatan masih tidak mencukupi untuk mengawal kadar gula dalam darah, maka rawatan dengan suntikan insulin boleh digunakan.



  • Ancaman kencing manis

    DALAM keluarga anda, termasuk saudara mara terdekat, berapa orang agaknya menghidap penyakit kencing manis? Seorang, dua atau lebih? Kini penyakit ...
  • Kencing manis jejas keupayaan

    Kencing manis jejas keupayaan KENCING manis adalah penyakit digeruni, apatah lagi ia satu rantaian penyakit kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi.
  • Diet kawal diabetes

    Diet kawal diabetes Sebelum ini, bahaya kepada penghidap penyakit kencing manisdan juga risiko kesihatan terhadap mereka yang berada di peringkat pra ...
  • Mengandung dan kencing manis | Diabetes

    KENCING manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula (glukosa) di dalam darah badan melebihi paras normal.
  • Darah tinggi, kencing manis potensi strok

    Darah tinggi, kencing manis potensi strok WALAUPUN strok boleh menyerang sesiapa pada bila-bila masa, ia tidak berlaku begitu saja, kata Profesor C.T. Tan, ...
  • TESTIMONI Pengguna kencing manis

    TESTIMONI Pengguna kencing manis. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna ...
  • Cara Mengawal Kencing Manis / Diabetes

    12 Apr 2013 - Info Kesihatan : Ancaman kencing manis - BioVCO.com ... www.biovco.com/kencing-manis-diabetes.php?ref=ik2. Translate this page.


  • Baca Lagi...

    22 September 2014

    5 tip elak muka berjerawat

    Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda perlu mengetahui bagaimana jerawat boleh muncul di ruang muka anda.

    1. Terlalu kerap membersihkan muka

    Terlalu kerap membersihkan muka akan menjadikan kulit semakin berminyak / berjerawat. Apa yang perlu anda buat, cuci muka 2 kali sudah mencukupi iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.

    2. Memicit jerawat

    Tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan parut. Elakkan memicit jerawat anda dengan kuku, gunakan losyen jerawat, untuk kecutkan jerawat.

    3. Mengambil makanan berminyak

    Makanan berminyak boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.

    4. Elak treatment untuk jerawat

    Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu satu tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk mengelakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doktor atau amalkan supplement untuk mendapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.

    5. Penggunaan pencerah kulit

    Terdapat set pencerahan kulit yang tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Bahan dan kandungannya menyebabkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Gunakan set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.

    Oleh itu, elakkan menggunakan cara-cara yang tidak dibenarkan di atas bagi mengelakkan munculnya jerawat di wajah anda.


  • Jerawat - Jangan pandang remeh

    Jerawat - Jangan pandang remeh SAYA tak tahu lagi apa yang perlu saya buat. Bermacam-macam ubat dan petua saya dah cuba tapi jerawat tak mahu hilang ...
  • Cantik dan sihat tanpa Jerawat | Elak Jerawat

    Cantik dan sihat tanpa jerawat CANTIK yang sihat. Bunyi macam pelik tetapi masih ramai wanita yang tidak mengetahui kesihatan merupakan elemen utama ...
  • Masalah Jerawat

    Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk ...
  • Tentang Jerawat | Ubat Jerawat

    Tentang Jerawat Apa itu jerawat? Mengapa ada jerawat? Bagaimana mahu mengatasinya? Bacalah artikel ini dan belajar lebih banyak tentang JERAWAT.
  • Jerawat adalah antara penyakit kulit yang paling ...

    Jerawat adalah antara penyakit kulit yang paling biasa dihidapi remaja lingkungan usia 20-an ke atas. Pun begitu, golongan dewasa berusia 40-an juga...
  • Info Kesihatan - Lenyapkan kesan jerawat Kehadiran...

    Lenyapkan kesan jerawat Kehadiran jerawat bukanlah suatu pengalaman yang ... Bagaimana minyak kelapa dara BioVCo mampu untuk merawat jerawat?
  • Tekanan emosi punca jerawat ~ Info Kesihatan

    9 Apr 2013 - www.biovco.com/jerawat-28hz.php - Translate this page. SAYA tak tahu lagi apa yang perlu saya buat. Bermacam-macam ubat dan petua saya ...
  • Baca Lagi...

    21 September 2014

    6 tips Kuruskan Badan Dengan Berkesan

    Takut gemuk? berikut adalah kaedah diet paling mudah dan berkesan tanpa kos yang tinggi untuk diamalkan :

    1. Kawal Pemakanan Anda 

    Berhenti sebelum kenyang. Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. 

    2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein

    Pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. 

    Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.
    Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing!

    3.  Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)

    Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!

    Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.

    4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula

    Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan

    Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.

    5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

    Amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.

    Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.

    6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan

    Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.

    Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.


  • Menurunkan Berat Badan dengan Minyak Kelapa

    Minyak kelapa boleh membantu menurunkan berat badan. Secara amnya minyak kelapa dara boleh dikategorikan lemak berkalori rendah. Pengambilan ...
  • TESTIMONI Pengguna berat badan

    TESTIMONI Pengguna berat badan. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna ...
  • Cabaran menurunkan berat

    Menghilangkan berat badan bermaksud menghilangkan lemak badan yang berlebihan dan bukan cecair badan.
  • BioVCO

    Minyak kelapa dara memiliki banyak manfaat kesihatan seperti untuk rawatan rambut, rawatan kulit, mengawal kolesterol, menurunkan berat badan, ...
  • Minyak Kelapa Dara "BioVCO"

    Sejak kebelakangan ini Minyak Kelapa Dara BioVCO, disebut-sebut sebagai minyak diet ... Menurunkan Berat Badan dengan Minyak Kelapa Dara (VCO)
  • Minyak Kelapa Dara "BioVCO"

    Sejak kebelakangan ini Minyak Kelapa Dara BioVCO, disebut-sebut sebagai ... 297Minyak Kelapa Dara (VCO) Untuk Menurunkan Berat Badan (Obesiti).
  • Cara mengawal berat badan ...

    Minyak Kelapa Dara BioVCO · Cara mengawal berat badan | minyak kelapa darabiovco · 01/26/10 at 11:42pm · Theme: Cavalcade · Next · Back ...
  • Menurunkan Berat Badan dengan MKD

    19 Mei 2012 - Minyak kelapa boleh membantu menurunkan berat badan. ... Pembelian Produk BioVCO secara ONLINE Semenanjung Sabah & Sarawak 2 ...
  • Info Kesihatan - Cara mengawal berat badan | Facebook

    Cara mengawal berat badan | minyak kelapa dara biovco. MENONTON rancangan The Biggest Loser iaitu rancangan realiti mengenai individu obes ...
  • Kekalkan berat badan yang sihat. Berat ...


    1 Jul 2012 - Berat badan yang sesuai untuk anda bergantung kepada banyak faktor seperti... http://fb.me/ ... Don't miss any updates from BioVCO.

  • Baca Lagi...