Radangan kelenjar tonsil

Posted by BioVCO on 09:30 with No comments
Tonsil merujuk kepada sejenis kelenjar limfoid yang berfungsi sebagai pelindung saluran pernafasan daripada dijangkiti kuman terutamanya kanak-kanak apabila sistem imuniti badannya belum terbentuk dan matang sepenuhnya.

Namun, tisu tonsil itu sendiri tidak terkecuali dijangkiti dan mengalami keradangan berpunca akibat jangkitan bakteria atau virus. Jangkitan biasanya dikenali sebagai tonsilitis akut dan tonsilitis berulang akan berlaku.

Tonsilitis berpunca daripada keradangan pada kelenjar tonsil. Jangkitan tonsilitis menyebabkan tonsil luka dan bengkak di bahagian leher. Sakit tekak juga menyebabkan berlakunya penyakit abses peritonsil.

Abses perintosil pula adalah jangkitan di kawasan sekitar tonsil yang mengakibatkan pengumpulan nanah membuatkan penghidapnya sukar untuk makan, bertutur serta membuka mulut. Kebanyakan penyakit tonsilitis disebabkan oleh kuman, virus dan bakteria.

Faktor penyakit keturunan dan penyakit berjangkit tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan penyakit tonsilitis. Tonsilitis sering menjangkiti kanak-kanak manakala abes perintosil pula banyak dihidapi golongan dewasa.


  • TESTIMONI Pengguna tonsil

    TESTIMONI Pengguna tonsil ... Rambut beruban | Rambut gugur | Resdung | Resdung kronik | Ruam lampin | Sakit kulit | Sembelit | Talesimi | Tiroid | Tonsil ...
  • Radang tonsil perlu dibuang | Radang Tonsil

    Radang tonsil perlu dibuang SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan ...
  • Apakah itu Tonsil?

    Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang ...
  • Atasi Tonsil Bengkak 

    Tonsil dan keradangan tonsil : penyakit tonsil, keradangan tonsil atau masalah tonsilberlaku apabila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria.