02 September 2014

5 tip agar sentiasa kurus

1. Jadikan air masak sebagai minuman utama

Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus / manis / berkarbonat / tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan!

2. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari

Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah dan perasaan lapar.

3. Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari

Ambil kesempatan untuk menambahkan peluang untuk menambah masa berjalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga, memilih restoran yang memerlukan anda berjalan lebih jauh dari biasa, window-shopping di pusat membeli-belah, parkir kenderaan anda jauh sedikit dan lain-lain. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari.

4. Makan hanya apabila lapar

Kedengarannya mudah tapi tahukah anda kebanyakan orang makan hanya kerana bosan, memang waktu biasa makan, gemuruh atau cemas, kecewa dan pelbagai sebab lagi kecuali lapar. Selepas ini, pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi. Eksperimen mudah – jika anda inginkan/idamkan sejenis makanan tertentu, anda tidak lapar. Sebaliknya anda akan makan apa sahaja jika anda benar-benar lapar.

5. Makan buah-buahan

Jika anda mempunyai pilihan sama ada untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan yang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.



  • Bahaya Pil Kurus 

    pil kurus dan minyak kelapa dara PENDEDAHAN akhbar mengenai tindakan Kementerian Kesihatan menyenaraihitamkan 47 produk pelangsing badan, ...
  • 7 Cara untuk Kurus secara Semulajadi 

    Anda perlu belajar bagaimana ada orang yang boleh kurus tanpa mengambil apa-apa produk untuk kurus.
  • Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk

    Sebenarnya menjadi kurus, gemuk atau obes adalah suatu pilihan. Setiap orang boleh memilih untuk menjadi kurus atau gemuk. Perbezaannya, pemilihan ini ...
  • [ 11 TIP kurus dengan cepat ] Berdasarkan ...

    [ 11 TIP kurus dengan cepat ]. Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat ...
  • [ Ramai tidak sedar bahaya pil kurus ] Keinginan ...

    [ Ramai tidak sedar bahaya pil kurus ] Keinginan mempunyai badan yang cantik dan langsing dengan cepat menyebabkan sebilangan pengguna hari ini tidak...

  • 0 comments: