29 Ogos 2014

Penyakit gusi dan serangan jantung

Jangkitan yang menyebabkan keradangan sudah lama dikaitkan dengan penyakit jantung. Penyakit gusi adalah penyakit keradangan yang disebabkan tindakan bakteria fakultatif (mempunyai banyak cara untuk hidup) dan anaerobik (bakteria yang boleh hidup dalam keadaan tiada oksigen).

Apabila mempunyai masalah gusi, secara semula jadi badan menghasilkan bahan perantara keradangan dan bahan ini boleh memasuki sistem peredaran darah.

William berkata, bakteria serta bahan yang dihasilkan bakteria berkenaan memasuki salur darah dan akhirnya sampai ke bahagian lain yang jauh ke dalam seperti sel endotelium pada salur darah dan menyebabkan tindak balas keradangan.

Tindak balas keradangan pada dinding salur darah menghasilkan sel monosit (sel darah putih) dan mast (sel besar yang mengandungi bahan hasil keradangan).

Sel ini akan melekat sesama sendiri dan mula mengumpulkan lemak pada dinding salur darah. Akibatnya dinding salur darah menebal dan menyempitkan laluan darah. Keadaan ini jika dibiarkan terusan boleh menyebabkan seseorang individu itu mendapat serangan jantung.


  • Penyakit jantung tak kenal usia

    DIANGGARKAN setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung. Gaya hidup tidak sihat termasuk corak ...
  • Injap jantung bocor

    Injap jantung bocor DI dalam organ jantung ada empat injap yang berfungsi memastikan darah mengalir dalam satu arah saja. Injap ini dinamakan injap mitral ...
  • BioVCO

    Ada salah faham yang tersebar di antara orang ramai bahawa minyak kelapa tidak baik untuk jantung. Ini kerana ia mengandungi sejumlah besar lemak tepu.
  • Sakit jantung dan strok

    Sakit jantung dan strok merupakan pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Menggerunkan tetapi inilah hakikat yang berlaku di mana penyelidikan ...
  • Penyakit Jantung Bukan lagi penyakit orang tua

    Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit ...
  • Elak serangan jantung | Penyakit Jantung

    Elak serangan jantung Rashid yang berusia lewat 30-an sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat. Terlalu sibuk ...
  • Lima tanda sakit jantung

    Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan.
  • 2. Lemah jantung lebih serius daripada barah

    RAMAI yang tidak sedar bahawa lemah jantung (congestive heart failure) sebenarnya lebih teruk daripada barah payu dara.
  • Jantung bengkak 

    MASALAH mata atau kaki bengkak memang sudah biasa didengar, tetapi jantungbengkak?
  • Diabetes penyebab jantung koronari

    Namun, mungkin ramai tidak tahu kencing manis antara penyebab utama penyakitjantung koronari. Diabetes juga boleh mengakibatkan strok, kegagalan ...

  • 0 comments: