15 Ogos 2014

Psoriasis Kulit merekah, bersisik

APABILA melihat orang yang mempunyai kulit bertompok merah, bersisik, kadangkala merekah dan berdarah, ramai cuba menjauhkan diri kerana bimbang dijangkiti, tanpa menyedari tindakan itu hanya membuatkan pesakit berasa lebih rendah diri.

Tanda disebut di atas adalah sebahagian daripada ciri penyakit kulit dipanggil psoriasis. Jika anda berselisih dengan orang yang ada ciri seperti ini, jangan takut kerana ia tidak berjangkit.

Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang dihidapi kira-kira dua hingga tiga peratus penduduk setiap negara di seluruh dunia. Penyakit ini ada dalam semua kelompok masyarakat tanpa mengenal umur, jantina dan keturunan.

Biasanya simptom psoriasis bermula ketika pesakit masih muda, tetapi kebanyakan pesakit mula mengalami masalah ini dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun.

Psoriasis ada lima ciri utama iaitu tompokan kulit yang timbul, berwarna merah menyala dan bersisik perang berkilat.

Selain itu, serangan psoriasis biasanya bersifat simetri iaitu ada di sebelah kiri dan kanan anggota badan serta mempunyai garis luar yang ketara dan tempat permulaan serangan boleh dilihat dengan jelas.

Psoriasis adalah masalah penggantian kulit yang berlaku terlalu cepat, iaitu dalam masa tiga atau empat hari berbanding proses normal yang berlaku dalam tempoh sebulan.

Ini menyebabkan kulit matang dan mati dengan cepat. Akibatnya, sel-sel kulit akan berkumpul, bertimbun, keras, kering dan menggelupas, menyebabkan ia nampak seperti bersisik.

“Puncanya belum diketahui dengan tepat, tetapi dipercayai ia penyakit keturunan. Penyakit ini boleh dirangsang oleh pelbagai faktor antaranya jangkitan bakteria, trauma, tekanan psikologi, sesetengah jenis ubat, penyakit, alkohol dan pendedahan keterlaluan pada cahaya matahari.

Baca juga "Penyakit Psoriasis"

rawatan dan sihat tanpa ubat

0 comments: