24 Ogos 2014

Punca masalah sembelit

Najis ialah baki sisa makanan selepas bahan berkhasiat diserap mukosa usus. Pergerakan usus dalam kawalan urat saraf melalui pergerakan ‘peristalsis’ atau pergerakan setiap kali anda makan dan minum.

Senaman seperti berjalan juga dapat mengaktifkan pergerakan otot usus dan memudahkan anda membuang air besar.

Jika makan makanan kurang serat, najis anda sedikit dan liat. Lebih berat lagi jika anda kurang minum air yang akan membuatkan najis anda kering dan keras menyebabkan berlakunya sembelit

Jika anda makan makanan mengandungi banyak serat seperti buah-buahan dan sayuran, serat yang kekal dalam usus memudahkan pergerakan sisi makanan ke usus besar dan memudahkan pengeluarannya daripada usus besar. 

Pendek kata, anda perlu makan makanan seimbang, tidak lebih dan tidak kurang, dan ini termasuk makanan banyak serat dan air. 

Jika masih mengalami masalah najis keras dan liat, anda perlu berjumpa doktor ‘Gastroenterologis’. Itu bidang mereka dan mereka boleh menjelaskan secara terperinci.



  • Info Kesihatan : Sembelit kronik

    Sembelit kronik PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang ...
  • Punca serta masalah Sembelit | Sembelit

  • masalah sembelit Sembelit berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan ...
  • Masalah dan tip mengelak sembelit

    Sembelit berlaku apabila anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras dan anda jarang membuang air besar.
  • Perit sembelit

    SEMBELIT bukan sekadar satu masalah kesihatan sebaliknya gangguan yang boleh menjejaskan mood serta rutin harian. Bayangkan, desakan ke tandas.
  • Mengatasi masalah sembelit

    Mengatasi masalah sembelit SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau ...
  • Masalah sembelit kronik

    Sembelit kronik PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang ...
  • sembelit buasir ... - Facebook

    Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya ...

  • 0 comments: