Kali ini, kita akan membincangkan pemakanan sihat yang dapat membantu mengurangkan kolesterol anda. Seperti diketahui umum, mempunyai kolesterol pada paras tinggi membahayakan nyawa kerana antara lain, ia boleh mengakibatkan serangan sakit jantung.
Matlamat utama anda haruslah memberi tumpuan kepada pilihan diet dengan mengambil makanan seperti gandum, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat dan anti-oksidan.
Selain itu, jangan lupa ambil jenis makanan yang dimasak bersama minyak zaitun kerana ia boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.
Berikut pecahan pilihan makanan yang baik untuk mengurangkan paras kolesterol:
Pilih makanan berserat dan bijirin kerana ia penting untuk membantu anda mengurangkan kolesterol tidak baik atau LDL.
Ia boleh diibaratkan seperti span yang menyerap air kotor kemudian apabila diperah ia menjadi bahan sisa buangan.
Pengambilan makanan yang dicadangkan adalah anggaran 15 gram (g) hingga 20g serat larut setiap hari untuk menolong mengurangkan tahap LDL.
Serat larut terdapat dalam pisang, kacang hijau, barli, epal, prun dan pear. Oat mengandungi beta glukan yang membantu untuk mengeluarkan kolesterol jahat.
Kurangkan kolesterol untuk jantung sihat
Kurangkan kolesterol untuk jantung sihat JIKA anda di antara ribuan rakyat Malaysia yang didiagnosis mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi, anda ...
Awasi kolesterol dalam darah | Ubat Kolesterol
Awasi kolesterol dalam darah Awasi kolesterol Apakah itu kolesterol? Adakah ianya bahaya? Bilakah ianya akan mendatangkan risiko tinggi kepada manusia?
Makanan punca kolesterol tinggi
Selain faktor sejarah keluarga, makanan yang anda ambil turut menjadi punca kandungan kolesterol tinggi dalam darah anda.
Apa itu kolesterol | Rawatan Kolesterol
Kolesterol Darah Yang Tinggi
Kolesterol darah yang tinggi merupakan satu keadaan di mana tahap kolesterol dalam darah meningkat tinggi.
0 comments:
Catat Ulasan