20 Disember 2017

Diabetes pembunuh senyap

ORANG ramai tidak sepatutnya terlalu panik jika sudah disahkan menghidap penyakit diabetes kerana ia mampu dikawal melalui pemakanan.

Kita sering dimomokkan dengan senario potong mana-mana anggota badan jika terkena penyakit ini tetapi hakikatnya ia boleh dikawal.

Doktor dan pakar perubatan hanya boleh memotong mana-mana anggota badan pesakit jika ia sudah parah dan tidak mampu diubati lagi.

Adalah penting bagi orang ramai peka dan mempunyai kesedaran lebih awal mengenai penyakit ini kerana ia menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik lain seperti masalah jantung, risiko untuk buta, strok, kegagalan jantung dan penyakit buah pinggang.

Penyakit Diabetes disebabkan oleh peningkatan kadar gula dalam darah akibat gangguan pada sistem metabolisme tubuh, di mana organ penting pankreas tidak mampu lagi menghasilkan hormon insulin.

Hormon insulin ini yang sepatutnya bertanggungjawab mengawal kadar gula dalam darah yang sepatutnya memproses karbohidrat, lemak dan protein menjadi tenaga yang diperlukan dalam tubuh manusia.

Awasi tanda awal Orang ramai perlu peka dengan gejala atau tanda awal menghidap kencing manis kerana ia boleh dipantau di peringkat awal.

Antara tanda atau gejala kencing manis ialah:

1. Kekerapan membuang air kecil
2. Sering berasa dahaga yang luar biasa
3. Lapar yang berlebihan dan makan terlalu banyak dalam satu masa
4. Kehilangan berat badan tanpa mengetahui punca
5. Mengalami rabun secara tiba-tiba
6. Luka lambat sembuh
7. Mudah terkena jangkitan terutama pada bahagian kulit.

Kadar gula dalam darah manusia boleh dianggap normal jika bacaan antara empat hingga lapan miligram dan pesakit yang mempunyai bacaan kandungan gula jauh lebih tinggi jika tidak dikawal.

Secara umumnya, sesiapa saja mempunyai risiko berhadapan dengan penyakit diabetes tetapi mereka yang datang daripada keturunan di mana ahlinya menghidap kencing manis dan mempunyai berat badan berlebihan terdedah dengan risiko.

Sebelum 1921, tiada ubat tertentu untuk merawat penyakit diabetes, tetapi kini masyarakat tidak perlu terlalu gusarmampu mengawal kencing manis dan penghidap boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Adalah diingatkan fungsi ubat ini bukanlah boleh mengubat secara terus tetapi ia hanya mampu mengawal jumlah gula dalam darah dan pesakit sendiri mesti mematuhi diet dan mengawal pengambilan makanan, terutama mengehadkan  mengambilan makanan yang tinggi gula, lemak dan karbohidrat.

Ada juga pesakit yang terpaksa menyuntik insulin tetapi doktor akan memastikan terlebih dahulu rawatan yang bersesuaian dengan pesakit mengikut tahap keadaan penyakit.

Patuhi nasihat doktor Pesakit dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan yang diberi doktor dan tidak lupa untuk membuat pemeriksaan berkala sama ada di hospital atau klinik kesihatan berhampiran pada masa yangditetapkan untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan dari semasa ke semasa adalah sangat penting termasuk ujian air kencing dan darah bagi rawatan dan kawalan kencing manis.

Tip pemakanan pesakit Kawalan pemakanan sangat penting dalam rawatan bagi penyakit kencing manis kerana jika pengambilan melebihi yang diperlukan, pelbagai risiko terpaksa dihadapi pesakit.

Apa salahnya kita mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian dan tidak culas untuk melakukan aktiviti olahraga.

Makanan perlu dielakkan: gula tebu, gula kastor, gula melaka, madu, makanan segera (terdapat gula tersembunyi), gula pasir, jeruk, kuih-muih manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, coklat dan jem.

Makanan yang perlu dihadkan Makanan mengandungi karbohidrat boleh diambil tetapi harus dikawal pengambilan dan diambil secara sederhana.

Antaranya ialah nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mi, semua jenis tepung, semua jenis uni, buah-buahan dan sayuran berkanji seperti labu, jagung, ubi dan serbuk coklat.


Baca Lagi...

19 Disember 2017

7 tip mudah turun berat badan

KINI masalah obesiti atau kegemukan merupakan isu kesihatan yang utama di Malaysia. Ia bukan sekadar isu penampilan luaran tetapi paling utama ia meningkatkan risiko kesihatan kerana kegemukan atau obesiti berkaitan dengan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, kanser, sakit jantung koronari, strok dan sebagainya.

Hampir kebanyakan daripada masyarakat kita ingin memiliki tubuh badan yang sempurna. Ramai yang sanggup berhabis duit semata-mata untuk tampil kurus, cantik dan menawan. Keutamaan yang sebenarnya kita perlu kurus untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai penyakit. Jangan berlapar atau ‘diet’ dengan cara yang tidak sihat untuk kurus.

Di sini disenaraikan beberapa tip mudah yang boleh anda amalkan bagi membantu menurunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. Sihat sepatutnya menjadi keutamaan dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah faktor cantik semata-mata.

1. Makan makanan dengan kandungan serat atau fiber yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, roti berserat penuh (wholemeal), biji Chia, ubi kayu, keledek, oat dan sebagainya. Karbohidrat dengan serat tinggi mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah. Ia akan mengawal paras insulin darah dan mengurangkan pengumpulan lemak dalam sel-sel lemak.

Ia juga membantu membakar lebihan lemak dalam sel-sel lemak anda. Jika anda masih suka makan nasi putih, pastikan anda mengambil jumlah sayur-sayuran, ulam-ulaman serta buah-buahan yang lebih banyak. Serat yang tinggi dalam pemakanan membantu menurunkan berat badan dan mengelakkan masalah sembelit.

2. Ambillah lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak kelapa sawit merah dan minyak ikan. Buah avokado juga mengandungi lemak yang sihat. Elakkan daripada mengambil lemak tidak sihat yang mengandungi asid lemak trans seperti marjerin dan krimer yang banyak terdapat dalam makanan proses. Kita perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat halus dan makanan proses apabila mengambil lemak sihat ini.

Kajian menunjukkan pengambilan lemak sihat akan membantu membakar lemak dalam tubuh badan kita. Pengambilan cuka buah juga boleh membantu menurunkan berat badan seperti cuka epal sider, cuka buah tin dan cuka kurma. Satu sudu cuka perlu diambil dengan segelas air untuk mengurangkan rasa masam dan rasa pedih perut.

3. Ambillah lebih protein dalam pemakanan seharian. Makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe, telur, daging, udang, sotong mahupun kekacang. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk tubuh badan. Susu dan makanan berasaskan soya juga merupakan sumber protein yang baik. Dengan mengambil lebih protein, kita perlu mengurangkan jumlah karbohidrat sekali gus membantu membakar lebih banyak lemak.

Walau bagaimanapun, pastikan jumlah protein tidak terlalu tinggi iaitu dalam jumlah 1-1.5% daripada berat badan kita. Jika berat badan anda ialah 70 kilogram, maka jumlah protein dalam sehari adalah dalam lingkungan 70 gram hingga 90 gram sehari sahaja.

4. Elakkan mengambil makanan ringan (junk food) seperti mi segera, keropok ringan, kerepek, biskut, kek, pastri, jajan-jajan dan sebagainya. Ini kerana makanan ringan seperti ini tidak mengandungi zat pemakanan yang lengkap dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan, di samping memiliki pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang berbahaya untuk kesihatan.

5. Amalkan pengambilan suplemen seperti multivitamin, vitamin C, vitamin E, antioksidan, omega-3, mineral kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium dan lain-lain. Ini membantu mengekalkan sistem metabolisme tubuh ke tahap yang optimum. Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega-3 boleh menurunkan berat badan.

6. Banyakkan minum air kosong atau air mineral kerana ia membantu membakar kalori berlebihan dalam badan. Malah minuman seperti ini berkalori kosong dan memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. Kesannya akan menjadikan air sebagai ‘negatif kalori’. Sentiasalah minum air kosong dan amalkan lapan gelas air kosong dalam sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.

7. Jangan sesekali meninggalkan waktu makan. Makanlah sarapan pagi, tengah hari dan malam. Pastikan mengambil menu makanan yang sihat mengikut kaedah pinggan sihat iaitu suku pinggan nasi, suku lagi lauk dan setengah pinggan ialah sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman.

Jangan berlapar dan meninggalkan makan di waktu makan. Pastikan setiap makanan atau menu yang anda ambil mengandungi gizi yang seimbang iaitu lengkap dengan karbohidrat, lemak, protein, serat dan air. Elakkan juga mengambil makanan dan minuman manis yang bergula tinggi.

Mudah-mudahan dengan tip-tip yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memiliki berat badan yang ideal untuk tubuh. Ada satu lagi petua ‘makan’ untuk menurunkan berat badan anda iaitu ‘makan masa’. Teruskan usaha anda secara konsisten untuk mendapat kesihatan yang baik, wajah berseri dan tubuh yang kurus serta menawan.

Semoga berjaya.

* DR NORMAN MOHD NORAWI MBBS, MSC(UCSI), FAGE, Pengamal Perubatan Am Pengkhususan Perubatan Anti Penuaan dan Nutrisi

Baca Lagi...

18 Disember 2017

Makanan Terbaik Untuk Melawan Sakit Jantung, Strok, Tekanan Darah Tinggi & Kolestrol

Makanan ini telah dinyatakan kehadirannya di dalam Al-Quran dan sunnah untuk memakannya. Kebaikannya sangat banyak dan ia sesuai dimakan tidak kira waktu dan hari. Jadi, janganlah keluarkan makanan ini hanya bila bulan Ramadhan sahaja.

Bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolestrol serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, makanan ini sangat perfect untuk anda! Kandungan nutrien makanan ini yang tinggi menjadikan ia makanan yang wajib anda makan untuk kesihatan.

8 kesan baik kurma kepada kesihatan

1. Kaya dengan zat besi

Kurma kaya dengan zat besi dan ini sangat berguna untuk anda yang ada anemia, untuk kanak-kanak serta wanita mengandung. Cukup dengan memakan 100g kurma sehari (kira-kira 0.9 mg zat besi), anda telah mengambil 11% pengambilan zat besi yang perlu untuk badan.

Zat besi juga sangat bermanafaat kepada sel darah merah dan hemoglobin yang mana keduanya penting dalam penyebaran oksigen dalam darah.

2. Kurma mengelak cirit birit (diarrhea)

Kurma juga kaya dengan potasium yang penting untuk menghalang cirit birit dengan melegakan dinding perut dan usus, serta merangsang bakteria (dalam perut) secara lebih efektif.

3. Kurma melegakan sembelit

Kurma mampu melegakan sembelit. Sebab itu disarankan untuk anda merendam beberapa biji kurma dalam air semalaman, dan minum air tersebut pada waktu pagi untuk meningkatkan pencernaan yang baik.

4. Kurma mengawal berat badan

Jika anda mahu mengelak lemak berlebihan, anda perlu makan kurma dengan perut kosong. Ia akan mengawal berat badan anda memandangkan ia tiada kolestrol.

Tetapi berhati-hati dalam memakannya kerana ia juga kaya dengan gula dalam masa yang sama.

5. Kurma mengimbangkan kolestrol

Kurma sangat berguna dalam mengimbang dan mengawal kolestrol yang tidak sihat (LDL) kerana kurma membersih salur darah dan menghalang pembentukan darah beku.

6. Kurma menguatkan jantung

Kurma yang anda rendam semalaman untuk minum airnya itu, jangan dibuang bijinya. Makan begitu sahaja atau blender (untuk dimakan).

7. Kurma mengawal selia tekanan darah

Ramai di antara kita yang menderita hypertension (tekanan darah tinggi) dan orang yang begini perlu makan banyak kurma kerana ia kaya dengan potasium dan tiada langsung sodium.

Ambil 5 - 6 biji sehari, anda akan dapat 80 mg magnesium, yang mana mineral ini penting untuk peredaran darah . Kira-kira 370 mg magnesium diperlukan untuk menurunkan tekanan darah.

8. Kurma menghalang strok

Potasium dalam kurma adalah mineral yang penting dalam membaik pulih sistem saraf dan boleh menghalang serangan strok. Jadi ambil lebih kurang 400 mg potasium sehari, anda sudah tidak perlu terlalu risau lagi.


Baca Lagi...

15 Disember 2017

Diet tapi tak kurus

Pertemuan dengan Datin Y membuka mata saya bahawa ramai di kalangan kaum wanita mencuba pelbagai cara dan usaha untuk kurus namun seringkali menemui jalan buntu.

Datin Y adalah satu contoh insan yang tabah melalui pelbagai rawatan dan pengubatan dengan harapan untuk kurus.

Dia menunjukkan parut di perut hasil dari pembedahan dan prosedur sedut lemak yang lalu. Ada juga kesan parut lebar semasa pembedahan gastric by pass. Meskipun pembedahan itu berisiko tinggi beliau sanggup melaluinya.

"Kenapa tubuh saya masih gemuk meskipun pelbagai usaha dan cara telah saya buat?" keluhnya. Semasa Datin Y berusia 20-an beliau merupakan seorang wanita yang ayu dengan berat badan ideal. Selepas dikurniakan anak ketiga beliau mula sukar menurunkan berat badan. Pada mulanya Datin Y menganggap ia disebabkan oleh sikapnya yang gemar makan. Dia pun mula melakukan senaman dan mengurangkan makan. Meskipun mengamalkan diet yang ketat namun dia tidak berjaya untuk kurus.

Apabila kita makan, makanan akan diagihkan ke seluruh tubuh melalui empat cara.

1) Hati

Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Ini bermakna hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Selain itu hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak. Apabia enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.

2) Otak

Otak menggunakan secara terus zat makanan yang diperlukan. Yang terpenting adalah glukosa. Keseimbangan paras glukosa dijaga oleh keseimbangan hormon dalam darah kita. Apabila kelenjar hormon bermasalah maka ketidakseimbangan paras gula membuatkan seseorang berasa berdebar debar dan mudah letih.

Apabila otak tidak mendapat cukup tenaga maka seseorang juga menjadi murung dan mudah berasa bosan.

3) Otot

Otot kita menggunakan banyak tenaga. Metabolisme pada otot boleh jadi berlaku secara erobik di mana otot menggunakan oksigen bagi menguraikan gula kepada tenaga dan boleh jadi juga secara unerobik di mana pemecahan glycogen tidak menggunakan oksigen. Hasil akhirnya ialah sejenis asid laktik yang membuatkan otot berasa sakit dan lenguh.

4) Adipose tisu

Adipose tisu ialah nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita. Tisu lemak merupakan simpanan tenaga dalam tubuh. Apabia seseorang berada dalam keadaan berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga. Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Di antara hormon dan enzim yang penting ialah insulin glucagon thyroid lipase dan banyak lagi jenis amylase yang bekerja bersama sama.

Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.

Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stress.

Di Marissa Esthetik kami menggunakan pendekatan memberi kefahaman terhadap metabolism sebelum memulakan program penurunan berat badan. Hormon cortisol yang terlalu tinggi cenderung bukan sahaja mengumpul lemak, ia juga membuatkan kulit bengkak dan timbul tanda pigmentasi kehitaman pada kuit.

Ramai orang berkata obesiti disebabkan pemakanan yang salah dan mengambil kalori berlebihan. Namun mengapa setelah berdiet dan makan secara sedikit mereka tetap tidak kurus? Kalau sebab obesiti ialah kalori berlebihan kenapa kita sukar kurus meskipun makan sedikit.

Menganggap obesiti sebagai suatu penyakit yang mengancam kesihatan membolehkan kita berganding bahu di dalam masyarakat bagi merawat dan membendung kejadian ini. Rawatan obesiti bukan sahaja memerlukan pengurangan kalori. Sebaliknya kerosakan hormon metabolik perlu dirawat dan kebolehan tubuh menggunakan lemak sebagai tenaga perlu distimulasikan. Ini dinamakan rawatan secara customized iaitu memenuhi keperluan tubuh seseorang.



Baca Lagi...

14 Disember 2017

Air Barli, Sejuk Badan Anda Pada Musim Panas?

Musim panas yang dijangka berlarutan sehingga 18 bulan ini boleh menjadi punca kebanyakan antara kita boleh jatuh sakit. Kekurangan cecair dalam badan boleh mengakibatkan tubuh lesu, demam, suhu badan naik mendadak, mata merah dan batuk kering.

Kami percaya ramai yang memesan air sejuk tatkala panas membahang di luar. Sebenarnya, memilih air sejuk tidak membantu menyejukkan badan anda sebaliknya akan membuatkan anda bertambah dahaga dua kali ganda.

Sudah tentu minum air sejuk lebih menyegarkan tetapi dalam masa singkat, air sejuk akan membekukan lemak dan menyukarkan pencernaan.

Meminum air sejuk adalah tidak sebaik minum air suam dari segi menghidrat badan. Jika difikirkan logik, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.

Dengan suhu cuaca mencecah sehingga 36 darjah celsius ini, kami menyarankan anda memilih minuman yang boleh menyejukkan tubuh badan biar pun di hidang dalam keadaan suam atau panas iaitu barli.

Antara kebaikan barli selain membantu menyejukkan kepanasan dalam badan, ia juga meningkatkan kesihatan buah pinggang, meredakan sembelit, melawaskan air kencing, merendahkan kolesterol dalam darah, mengurang risiko kencing manis dan mencegah kanser.

Biar pun biji barli atau minuman barli lebih murah dan mudah diperolehi, tetapi ia cukup kaya dengan zat besi, serat,vitamin B1 dan B3, magnesium dan fosforus.

Jom cari minuman barli tengahari ini!

Baca Lagi...

13 Disember 2017

Khasiat Kacang Bendi

Kandungan serat yang tinggi

Kandungan serat pada bendi adalah tinggi dan oleh itu pakar-pakar kesihatan mencadangkan berfaedah untuk sistem pencernaan. Kaya dengan gentian yang membantu proses pencernaan di dalam badan dengan membantu pergerakan usus yang betul.

Mencegah Diabetes

Bendi dikenali untuk membantu dalam pencegahan penyakit kencing manis. Ia kaya dengan gentian yang membantu dalam pencegahan penyakit ini.

Folates

Folates hadir dalam Bendi mengurangkan kecacatan tiub neural bayi yang baru dilahirkan. Jadi ia amat disyorkan untuk wanita dalam tempoh konsep pralahir atau mengandung.

Vitamin K

Vitamin K adalah komponen utama dalam proses pembekuan darah dan juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan tulang dalam badan kita.

Merawat asma

Asma juga boleh dirawat dengan memasukkan bendi dalam makanan anda. Orang yang menghidap asma amat dicadangkan untuk mengambil bendi .

Sembelit

Memudahkan penyerapan air, sayuran ini memastikan pelupusan dan pergerakan bebas makanan dalam usus dan oleh itu ia menghalang sembelit.

Kanser kolon

Adalah dipercayai bahawa semua penyakit bermula di dalam kolon; Menambah Bendi untuk makan anda memastikan pencegahan kanser kolon dan penyakit yang berkaitan ke tahap yang hebat

Mencegah obesiti

Dengan penggunaan tetap Bendi, dalam bentuk sama ada mentah atau dimasak, anda boleh mengelakkan obesiti kepada tahap yang hebat. Obesiti tidak semestinya disebabkan oleh pengambilan makanan lemak dan kalori tetapi juga disebabkan oleh kekurangan nutrien.

Menyerap kolesterol

Sayur-sayuran ini memastikan penyerapan yang lebih rendah kolesterol mencegah penyakit jantung dan penyakit yang berlaku disebabkan oleh kolesterol dalam darah. Kolesterol adalah kandungan utama dalam badan yang mencetuskan obesiti dan penyakit jantung.

Baca Lagi...

Jangan Pandang Remeh Sakit Tonsil

MENGALAMI sakit tekak ketika demam merupakan satu senario biasa yang sering dihidapi orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Keadaan ini sudah pasti memberi ketidakselesaan kerana selain berasa sakit di bahagian tekak, pesakit juga akan mengalami masalah untuk menelan.

Lazimnya, jika masalah ini berlaku adalah berkaitan masalah tonsil membengkak dan selalunya dipanggil tonsilitis kerana disebabkan jangkitan kuman.

Bagaimanapun menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, Kelana Jaya Medical Centre, Dr. Samril Bokari, tonsilitis di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa.

Ini kerana jelas beliau, apabila sampai tahap kritikal masalah itu boleh mengganggu sistem pernafasan selain membawa jangkitan ke organ dalaman lain seperti jantung dan buah pinggang.

"Lazimnya kanak-kanak yang mengalami demam, antara perkara pertama yang akan diperiksa oleh doktor ialah memastikan sama ada tonsil mereka membengkak ataupun tidak.

"Sekiranya tonsil membengkak doktor akan mengenalpasti adakah itu jangkitan kuman virus atau bakteria.

"Sekiranya bengkak tersebut disebabkan bakteria pesakit perlu berhati-hati kerana ia boleh membawa maut," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Secara umumnya semua orang mempunyai tonsil yang merupakan bonjolan di tepi kiri dan kanan anak tekak.

Bonjolan ini tidak berbahaya kerana tonsil berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan badan daripada serangan kuman.

Begitupun kebanyakan kanak-kanak mempunyai tonsil yang lebih besar berbanding orang dewasa kerana tubuh baru mengenali kuman dan bakteria.

Bagaimanapun apabila meningkat dewasa bonjolan ini semakin mengecil dan fungsinya sebagai satu mekanisme pertahanan diri daripada kuman juga tidak penting lagi.

Tambah Dr. Samril lagi, walaupun pada dasarnya tonsil berperanan sebagai sistem pertahanan badan daripada serangan kuman, tetapi ia hanya berfungsi pada tahun pertama kelahiran.

Ini kerana jelas beliau selepas tahap tersebut, tonsil tidak lagi berfungsi dan sistem imuniti badan akan diambil alih oleh kelenjar limfa yang lain.

Jelas Dr. Samril, pada dasarnya, tonsil akan membengkak akibat daripada jangkitan virus ataupun bakteria.

Begitupun sekiranya hanya jangkitan virus, tonsilitis boleh pulih sendiri kerana pesakit hanya akan mengalami bersin, hidung tersumbat, selesema dan juga batuk.

Secara amnya, tonsil membengkak boleh pulih dengan sendiri namun pengambilan antibiotik membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Katanya, sekiranya masalah tonsil membengkak berulang empat atau lima kali setahun, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil.

Situasi ini perlu sekiranya keadaan menjadi lebih kronik kerana ia menghalang sistem pernafasan selain tonsil tersebut akan bernanah.

Bagi yang mengganggu sistem pernafasan, ini dapat dilihat apabila pesakit akan berdengkur sewaktu tidur selain mulutnya berbau.

Apabila ditanya mengenai pandangan ramai yang mengatakan pembuangan organ terbabit akan menjejaskan sistem pertahanan tubuh, katanya, ia sebenarnya adalah satu kepercayaan yang salah.

Yang pasti, pembuangan tonsil tidak akan menjejaskan mana-mana bahagian malah pesakit akan lebih sihat selepas pembedahan dilakukan.


Baca Lagi...

12 Disember 2017

Obesiti punca penyakit kronik

Kegemukan atau obesiti ialah satu penyakit kronik yang sedang menular dalam kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya.

Sepuluh tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutama untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak lima tahun kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifik baharu, masalah obesiti ternyata merupakan satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti seperti penyakit jantung dan diabetes.

Statistik di Malaysia melalui Kajian Kebangsaan Kesihatan Morbiditi yang dijalankan pada 2011 mencatatkan 15.1 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mempunyai masalah obesiti. Ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan 14 peratus pada 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa adalah obes, menjadikan Malaysia antara yang tertinggi kadar obesiti dalam kalangan negara Asia Tenggara.

Obesiti membawa maksud satu keadaan yang kompleks iaitu seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ini merupakan penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obes sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25 peratus, manakala wanita pula dikatakan obes apabila mempunyai lebihan lemak sebanyak 35 peratus. Obesiti boleh diukur menggunakan pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI). BMI ialah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.

Formula ialah BMI = Berat (kg) / Tinggi (m) ²

Saringan obesiti memerlukan ukuran berat badan dalam kilogram dan ukuran ketinggian dalam meter.

Implikasi obesiti

Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbiditi. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit yang disebabkan oleh obesiti:

- Diabetes Mellitus
- Hempedu
- Kolesterol tinggi
- Syndrom metabolik
- Gangguan tidur
- Penyakit jantung koronari
- Penyakit serebrovaskular
- Kegagalan jantung
- Tekanan darah tinggi
- Osteoarthritis
- Gout

Cara mencegah obesiti

- Rawatan-rawatan yang telah dinyatakan hanya akan berjaya jika pesakit mengubah sikap dan menjalankan cara hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal.

- Pengawalan pemakanan boleh dibantu dengan kaunseling, pakar diet atau doktor. Manakala penambahan aktiviti fizikal memerlukan tunjuk ajar daripada pegawai pendidikan kesihatan.

- Amalan pemakanan yang sederhana dan sesuai dengan menambahkan kadar serat dan mengurangkan lemak serta karbohidrat boleh membantu mengurangkan berat badan.

- Mengamalkan aktiviti fizikal sederhana 60 hingga 90 minit setiap hari boleh membantu mengurangkan BMI bagi mereka yang obes.

Baca Lagi...

11 Disember 2017

Minum Air Selepas Bangun Tidur Mempunyai Manfaat Kesihatan Besar

By 19:16
Minum air selepas bangun memberikan kesan terapeutik untuk pelbagai keadaan, dari asma kepada kanser. Terapi ini, juga dikenali sebagai "rawatan air pagi", berasal dari ubat Ayurveda dan telah lama digunakan untuk membersihkan sistem dalaman badan dan membersihkan kolon, yang seterusnya membantu tubuh menyerap nutrien daripada makanan lebih mudah.
Kembali pada tahun 1970-an, Dr. Fereydoon Batmanghelidj, yang belajar di bawah pemenang Hadiah Nobel, Sir Alexander Fleming, kembali menemui manfaat rawatan purba ini. Penyelidikannya sendiri menunjukkan bahawa terapi air adalah cara yang baik untuk menyembuhkan banyak penyakit secara semulajadi, termasuk arthritis, gangguan autoimun, migrain, diabetes, hipertensi, dan sebagainya.
Walaupun tamat pengajian di London, dia akhirnya kembali ke Iran di mana dia dipenjarakan sebagai banduan politik. Semasa dipenjarakan, dia mendapati sifat terapeutik air dan merawat 3,000 penghuni yang menghidap penyakit ulser peptik yang disebabkan tekanan menggunakan terapi air. Penemuannya dilaporkan dalam Journal of Clinical Gastroenterology pada bulan Jun 1983 dan New York Times Science Watch .
Dr. Batmanghelidj melarikan diri dari Iran pada tahun 1982 dan datang ke Amerika, mula menyelidiki kesan dehidrasi kronik pada tubuh manusia. Menurut Dr, Batmanghelidj, isyarat alami kehausan yang dihantar oleh badan sering disalah anggap sebagai gejala penyakit lain dan orang menjadi kronik dehidrasi dari masa ke masa. Menghampiri masalah ini dengan betul dan merawatnya pada masa yang tepat membantu mengelakkan rawatan dan ubat-ubatan yang tidak perlu.

Rawatan Air

  • Minum gelas 8oz air bebas fluoride sebaik sahaja bangun. Adalah disyorkan untuk menggunakan air suling sebagai air dari keran sangat mungkin mengandungi fluorida.
  • Jangan makan atau minum apa-apa selama 45 minit selepas minum air.
  • Minum secawan air setengah jam sebelum makan.
  • Minum lagi 2 jam selepas setiap hidangan.
Menurut Persatuan Perubatan Jepun, rawatan ini mengambil masa 10 hari untuk merawat sembelit, 10 hari untuk merawat beberapa masalah gastrik, dan 30 hari untuk merawat hipertensi.

Manfaat Tambahan Rawatan Air

1. MENINGKATKAN METABOLISME
Telah didapati minum sekurang-kurangnya satu gelas air yang tinggi pada pagi hari meningkatkan metabolisme sebanyak 24 peratus selama 90 minit.
2. Penghidratan
Selepas istirahat malam yang baik, awak bangun kering. Inilah sebabnya mengapa anda perlu minum segelas air dengan segera supaya anda menghidratkan badan, meningkatkan aliran oksigen, dan merangsang pengeluaran otot dan sel darah baru.
3. DETOKSIFIKASI
Menurut Kenneth Ellner, pakar kulit kulit Atlanta yang berpusat di Atlanta, "Buah pinggang anda melakukan pekerjaan yang luar biasa untuk membersihkan dan menghilangkan racun tubuh anda selagi pengambilan cecair anda memadai", Mendapatkan cecair ke dalam badan anda sebaik sahaja bangun anda akan membantu anda tubuh menyingkirkan toksin perkara pertama pada waktu pagi. "Menambahkan lemon segar ke dalam air menjadikan proses ini lebih mudah, seperti lemon meningkatkan kadar kencing dan membantu menyahtoksik hati.
4. FUNGSI OTAK
Tisu otak terbuat dari 75 peratus air! Penghidratan yang tidak betul menjadikan otak beroperasi dengan bahan api kurang dan dengan itu membawa kepada turun naik mood atau keletihan.
5. ANDA AKAN MAKAN KURANG
Menurut satu kajian, orang yang minum segelas air sebelum setiap makan kehilangan £ 4.5 dalam tempoh tiga bulan kerana "ia mengisi perut dengan bahan yang mempunyai kalori sifar", dan orang "merasa kenyang sebagai hasil".
6. KEKEBALAN
Sekiranya anda cenderung sakit dengan kerap, anda mungkin tidak mendapat cukup air.Menghidrasi terhidrat memastikan fungsi limfatik di dalam pemeriksaan, yang mempengaruhi bagaimana tubuh melawan jangkitan. Telah terbukti secara saintifik bahawa dehidrasi boleh menyebabkan tekanan dan penyakit.

Baca Lagi...

07 Disember 2017

Strok Senyap: Apa yang Anda Perlu Tahu

By 11:13
Sesetengah orang mempunyai strok tanpa sedar. Ia dipanggil strok senyap, dan ia tidak mudah untuk mengenali gejalanya. Tetapi ia menyebabkan kerosakan kekal di dalam otak anda.

Jika anda mempunyai lebih daripada satu tanda strok senyap, anda mungkin mempunyai masalah ingatan. Ia juga boleh menyebabkan strok menjadi lebih teruk.

Mengesan Strok Senyap

Sekiranya anda mempunyai strok senyap, anda mungkin tidak akan tahu kecuali jika anda mempunyai imbasan otak dan kerosakan. Anda mungkin menghadapi sedikit masalah ingatan atau sedikit kesukaran mendapatkannya. Seorang doktor mungkin dapat melihat tanda-tanda strok senyap tanpa ujian.

Strok Senyap Lebih Biasa daripada Anda Harapkan

Satu kajian orang-orang pertengahan umur tanpa tanda-tanda strok yang jelas mendapati bahawa kira-kira 10% mengalami kerosakan otak dari satu.

Kerosakan yang berlaku adalah tetap, tetapi terapi mungkin membantu merangsang bahagian otak yang lain supaya anda dapat memperoleh semula kebolehan yang mungkin lemah.

Mencegah Pukulan Dengan Kebiasaan Baik

Peluang anda mendapat strok naik jika anda mempunyai tekanan darah tinggi atau denyutan jantung yang tidak teratur.

Perubahan dengan cara hidup anda boleh membantu mengurangkan kemungkinan strok dan penyakit jantung anda. Buat rancangan untuk mengamalkan tabiat yang sihat ini:

Pastikan tekanan darah anda normal, dan dapatkannya di bawah kawalan jika terlalu tinggi.
  • Semak kolesterol anda.
  • Simpan gula darah anda pada tahap yang betul.
  • Jika anda merokok, berhenti.
  • Makan makanan yang sihat yang merangkumi banyak buah-buahan segar, sayur-sayuran, dan biji-bijian. Potong lemak tepu (didapati dalam daging merah, contohnya), garam, dan gula.
  • Dapatkan latihan teratur.
  • Pastikan berat badan yang sihat.
Baca Lagi...