Air Barli, Sejuk Badan Anda Pada Musim Panas?

Posted by BioVCO on 09:25 with No comments
Musim panas yang dijangka berlarutan sehingga 18 bulan ini boleh menjadi punca kebanyakan antara kita boleh jatuh sakit. Kekurangan cecair dalam badan boleh mengakibatkan tubuh lesu, demam, suhu badan naik mendadak, mata merah dan batuk kering.

Kami percaya ramai yang memesan air sejuk tatkala panas membahang di luar. Sebenarnya, memilih air sejuk tidak membantu menyejukkan badan anda sebaliknya akan membuatkan anda bertambah dahaga dua kali ganda.

Sudah tentu minum air sejuk lebih menyegarkan tetapi dalam masa singkat, air sejuk akan membekukan lemak dan menyukarkan pencernaan.

Meminum air sejuk adalah tidak sebaik minum air suam dari segi menghidrat badan. Jika difikirkan logik, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.

Dengan suhu cuaca mencecah sehingga 36 darjah celsius ini, kami menyarankan anda memilih minuman yang boleh menyejukkan tubuh badan biar pun di hidang dalam keadaan suam atau panas iaitu barli.

Antara kebaikan barli selain membantu menyejukkan kepanasan dalam badan, ia juga meningkatkan kesihatan buah pinggang, meredakan sembelit, melawaskan air kencing, merendahkan kolesterol dalam darah, mengurang risiko kencing manis dan mencegah kanser.

Biar pun biji barli atau minuman barli lebih murah dan mudah diperolehi, tetapi ia cukup kaya dengan zat besi, serat,vitamin B1 dan B3, magnesium dan fosforus.

Jom cari minuman barli tengahari ini!