19 Ogos 2018

Penyakit Tiroid dan Cara Merawat


Penyakit Tiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya.

Hormon Tiroid berfungsi untuk mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. Sekiranya tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Metabolisma yang tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak.

Paras hormon tiroid yang tinggi, akan menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai hipertiroid dan jika paras hormon terlalu rendah boleh menyebabkan penyakit hipotiroid. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh mengganggu pengeluaran hormon tiroid.

Ujian Penyakit Tiroid dan Cara Merawat

Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroid.


Baca artikel penuh : 


Baca testimoni pengguna :


#biovco 
#infokesihatan
@biovco 
@infokesihatan

0 comments: