21 Ogos 2014

Penyakit Resdung

Resdung atau sinusitis merupakan satu masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika kita membuat ujian untuk penyakit resdung pada 10 orang normal, ujian tersebut akan mendapati bahawa 8 dariapda 10 orang tersebut ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu akan apa-apa rawatan. Di Malaysia, dianggarkan bahawa antara 60 hingga 65 peratus rakyat negara ini mengalami masalah resdung. Walaubagaimanapun, daripada jumlah ini kurang daripada 50 peratus sahaja yang datang untuk mendapatkan rawatan dan ramai yang tidak mahu berjumpa doktor untuk pemeriksaan kerana menganggap gejala sinusitis yang mereka alami hanyalah sekadar selesema atau alahan yang biasa-biasa sahaja.

Sebenarnya, penyakit resdung atau sinusitis adalah satu penyakit yang sukar untuk diatasi dan dihadapi oleh ramai orang termasuklah orang dewasa mahupun kanak-kanak. Menurut perubatan moden, resdung atau sinusitis merupakan keradangan yang berada di lapisan membran yang meliputi dinding ruang sinus. Ruang-ruang sinus pula merupakan beberapa ruang kosong yang berisi udara dan terletak di tengkorak di bahagian muka. Ruang tersebut turut diselaputi dengan mucus atau lendir dan mempunyai bukaan yang bersambung dengan kaviti (ruang) hidung. Dan punca berlakunya keradangan sinus selalunya adalah disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus, alergik atau masalah system imun badan seseorang itu.

Ruang sinus kita secara semulajadinya diselaputi oleh mukus (hingus) sebagai satu bentuk perlindungan supaya dapat memerangkap benda asing seperti debu daripada terus memasuki ruang tekak dan pernafasan kita. Maka, mukus yang terkumpul ini berada di dalam saluran hidung supaya ruang sinus tersebut sentiasa bersih. Apabila kita selesema atau mendapat serangan alahan, sinus akan mengalami keradangan dan mucus tidak mengalir keluar. Pengumpulan mukus ini menyebabkan hidung tersumbat dan boleh mengundang jangkitan bakteria.


  • Penyakit Resdung

  • Penyakit Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenispenyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat ...
  • Bahaya Penyakit Resdung

  • Penyakit resdung ialah penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus (dinding sinus).Sinus ini adalah rongga dalam bahagian muka anda ...
  • Resdung boleh menyebabkan buta

  • Menerangkan lebih lanjut mengenai penyakit ini dalam ceramah yang disampaikan beliau berkata, terdapat dua jenis penyakit resdung yang utama iaitu sinus ...
  • Penyakit Resdung atau Sinusitis

  • Resdung adalah salah satu pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejalaresdung adalah akibat jangkitan bakteria.
  • Penyakit Resdung - BioVCO

  • Penyakit Resdung Alahan (Resdung atau *resah hidung*) ialah satu fenomena di mana seseorang menjadi alah (alergi) kepada pelbagai agen persekitaran.
  • Penyakit Resdung - Risiko jangkitan otak

  • Penyakit Resdung - Risiko jangkitan otak. sinusis, resdung, minyak kelapa dara ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula ...
  • Mengenali penyakit resdung atau sinusis

  • Mengenali penyakit resdung atau sinusis. resdung dan minyak kelapa dara APAKAHresdung? Anda selalu mengalami bersin, batuk, dan menyebabkan ...
  • Resdung - Dapatkan rawatan segera

  • ``Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, kanser, kulat, virus dan ...
  • Jangan remehkan penyakit resdung

  • Jangan remehkan penyakit resdung Minyak Kelapa Dara RESDUNG agak popular di kalangan rakyat negara ini. Dalam bidang perubatan, resdung juga ...
  • Mengenai Resdung | Rawatan Resdung Sinus

  • Resdung mungkin menjadi antara penyakit yang popular di negara ini lantaran kaedah rawatannya tidak saja tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi ...


  • 0 comments: