18 September 2014

11 Tanda Tersembunyi Masalah Tiroid

Kelenjar tiroid adalah salah satu kelenjar endokrin dalam tubuh. Kelenjar yang berbentuk seperti kupu-kupu ini terletak di leher. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang membantu mengawal fungsi organ tubuh seperti jantung, otak, hati, buah pinggang dan kulit.

Apakah masalah tiroid?

Ada beberapa jenis penyakit dan masalah yang menyebabkan tiroid tak berfungsi. Dua masalah tiroid paling biasa adalah hipotiroid dan hipertiroid. 

Hipotiroid terjadi ketika kelenjar tiroid kurang aktif dan tak mampu menghasilkan hormon yang mencukupi untuk keperluan tubuh. Masalah ini boleh disebabkan kecacatan sejak lahir, pembedahan kelenjar tiroid atau benjolan.

Hipertiroid berlaku disebabkan kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan hormon melebihi daripada yang diperlukankan tubuh. Penyebab paling biasa hipertiroid adalah penyakit autoimun, benjolan, dan pengambilan sodium yang berlebihan.

Apa gejala dan tanda tiroid anda bermasalah? 

Masalah dan tanda tiroid sukar dikenalpasti, kerana ia memiliki gejala yang yang hampir sama dengan penyakit lain. Gejala disfungsi tiroid juga berbeza-beza, bergantung tahap yang dialami oleh pesakit. Berikut adalah beberapa gejala penyakit tiroid:

  • Letih dan lesu walaupun cukup istirahat
  • Tekanan perasaan, kehilangan daya fokus
  • Masalah haid luarbiasa, PMS, masalah kesuburan/keguguran
  • Sembelit, meski cukup pengambilan serat
  • Selalu lupa, sukar memberi tumpuan.
  • Berat badan bertambah tiba-tiba, wajah menggembung
  • Kulit gatal atau kering, meski cukup menggunakan pelembap
  • Kuku dan rambut kering
  • Susah menelan
  • Tidak tahan sejuk, terutama di hujung jari tangan dan kaki
  • Kekejangan otot
Jika Anda mengalami gejala-gejala di atas, berjumpalah doktor untuk membuat pemeriksaan tahap hormon tiroid anda.










  • Penyakit Tiroid

    penyakit bengkak kelenjar tiroid TIROID merupakan satu kelenjar kecil berbentuk seakan rama-rama seberat satu auns yang terletak di bawah halkum.
  • Kekacauan hormon Tiroid masalah sepanjang hayat - ...

    Penyakit tiroid sebenarnya masalah kesihatan yang kerap berlaku di seluruh dunia. Malah, ada kajian yang menunjukkan penyakit tiroid menjejaskan lebih 200 ...
  • Penyakit Tiroid

    Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 atau dikenali triiodotironine ...
  • Penyakit Tiroid

    APABILA menyebut mengenai penyakit tiroid, maka kita akan menggambarkan seorang pesakit yang mengalami bengkak di depan leher dengan tubuh kurus.
  • tiroid boleh mempengaruhi hampir ...

  • Penyakit Thyroid

    Goiter tidak toksik: Pembesaran kelenjar tiroid yang dapat dilihat dikenali sebagai goiter. Keadaan ini boleh berlaku sama ada dalam keadaan paras hormon ...







  • 0 comments: