28 Jun 2013

Penyakit Gout


Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Bagaimanapun,perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki. 

Penyakit gout ialah salah satu bentuk arthritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh seseorang yang tidak normal. 

Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak asid urik atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. 

Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, memakan makanan kaya dengan purin, obesiti, pengambilan alkohol berlebihan, masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin. 

Antara tanda-tanda penyakit gout ini menyerang adalah sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Sendi membengkak, kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam.

Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan. 

0 comments: