Tanda-Tanda Migrain Dan Cara Elak

Posted by BioVCO on 07:46 with 1 comment
Migrain sebenarnya mempunyai beberapa tanda @ simptom selain anda berasa sakit kepala. Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang. Tahap kesakitannya berbeza begitu juga kekerapan mengalaminya serta jangka masa serangan itu berlaku. Migrain sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud sakit sebelah kepala… Kebiasaannya.. serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan kedua-dua belah kepala menjadi sakit jika ianya berlarutan.

Bagaimana Migrain Terjadi?

Migrain berlaku apabila darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala.. migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Punca Migrain Berlaku

Kesan daripada alahan seseorang
Silau akibat lampu yang terang
Bunyi yang terlalu kuat
Bau wangi yang terlampau kuat
Tekanan fizikal atau emosi
Waktu tidur yang tidak teratur
Merokok atau terdedah kepada asap rokok
Stress
Menahan lapar
Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.


Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata . 
Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak-bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .


  • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .

Kebiasaanya pesakit migrain akan diberi ubat tahan sakit.. ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka… Bagi pesakit migrain yang teruk.., mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian.. memilih alternatif dengan pengambilan suplemen semulajadi adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah  sakit migrain.

Apa kata ubah gaya hidup kita… Amalkan gaya hidup sihat.. Hindarkan diri kita daripada unsur-unsur yang boleh mendatangkan migrain.



  • Diet berkhasiat kurangkan Migrain

    Diet berkhasiat kurangkan migrain, Minyak Kelapa Dara Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini, sebanyak 15 peratus ...
  • Migrain 

    Migrain atau Sakit Kepala yang kronik menyebabkan pengidapnya tidak dapat melakukan tugas. Punca sakit kepala atau migrain tidak diketahui. Stress boleh ...
  • Wanita migrain risiko hidap strok

    Wanita migrain risiko hidap strok ANDA wanita yang berusia 45 tahun ke bawah dan mengalami migrain? Jika ya, anda sebenarnya tidak berada dalam situasi ...
  • Sakit kepala dan migrain | Sakit kepala migrain

    Sakit kepala dan migrain Sebanyak 60 peratus daripada pesakit yang menghidapi sakit kepala mengalami sama ada migrain atau tension headache. Migrain ...