Pasti ramai daripada anda yang mengalami masalah jerawat. Perkara ini adalah merupakan satu masalah yang normal untuk proses kematangan atau pembesaran manusia. Terdapat terlalu banyak produk yang dijual dipasaran untuk mengatasi masalah ini. Tetapi adakah ia berhasil? Berikut adalah cara mudah untuk menghilangkan jerawat dan juga cara paling menjimatkan kos rawatan yang boleh anda lakukan.
1. Minum banyak air - Salah satu cara mudah untuk membantu anda menghilangkan jerawat adalah dengan meminum air masak dengan kuantiti yang banyak. Ini kerana air amat berkesan untuk membuang toksin berbahaya dalam badan seseorang. Pastikan anda meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.
2. Bawang putih - Bawang putih adalah amat mujarab untuk membantu mengecutkan jerawat yang baru tumbuh. Caranya adalah dengan hancurkan bawang putih tersebut kemudian lumurkan pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat. Selain daripada itu, ada juga pakar berpendapat bahawa sekiranya rawatan ini dilakukan secara konsisten, ia dapat membantu membersihkan dan melindungi liang-liang muka anda daripada dijangkiti oleh bakteria.
3. Menjaga pemakanan - Pemakanan juga sebenarnya mempengaruhi kulit seseorang untuk ditumbuhi jerawat. Elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi kandungan minyak, gula dan lemak yang tinggi. Makanan ini termasuk kek, kuih, coklat, pizza, makanan segera dan makanan yang diproses. Mengamalkan makanan sihat seperti memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan daging tidak berlemak seperti tuna, dada ayam dapat membantu untuk mengatasi masalah ini.
4. Aspirin (ubat demam) - Walaubagaimana cantik pun kulit seseorang remaja itu, pasti akan mengeluarkan jerawat sekali-sekala. Tips untuk anda mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh itu adalah dengan hancurkan sebiji aspirin (ubat panadol adalah disyorkan) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tadi ke kawasan yang ditumbuhi jerawat, biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.
5. Ubat gigi - Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat, biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ini adalah kerana ubat gigi mampu mambantu untuk menghidrasikan(mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
6. Minyak Kelapa Dara - Cara ini adalah cara terbaik untuk merawat jerawat. Hanya sapukan pada kulit muka 2 kali sehari untuk luaran dan minum 2 sudu sehari untuk dalaman. Anda akan dapat merasi kesannya selepas 3 hingga 5 hari selepas pengambilannya. Sekiranya masalah jerawat disebabkan oleh masalah resdung maka ia akan membantu dengan lebih berkesan.
0 comments:
Catat Ulasan