29 September 2014

Tips Sihat Mencegah Resdung

Jika anda mengambil gejala-gejala seperti kerap bersin terutamanya waktu pagi, hidung gatal-gatal, gatal diantara mata dan muka, hidung tersumbat, rasa berlendir di hidung dan tekak, sering sakit di muka serta alahan makanan laut, anda sebenarnya mengalami RESDUNG.

Resdung adalah radang pada rongga-rongga sinus [rongga-rongga dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung]. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini setiap masa dan disalirkan melalui hidung. Apabila hidung tersumbat, lendir ini akan berkumpul dan menjadi tempat pembiakan bakteria.

Apabila gejala resdung berlanjutan sehingga berminggu-minggu, ia diklasifikasikan sebagai resdung akut. Ia biasanya penyebab kepada demam dan selsema yang berpunca daripada jangkitan bakteria di rongga sinus hingga menyebabkan ia bengkak dan menyempit.

Jangkitan melebihi 3 bulan, resdung akut menjadi bertambah kronik.  Jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan rongga sinus bernanah, berbau dan kerosakan pada rongga hidung dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan oleh doktor pakar.

Lebih parah lagi, ia boleh menyebabkan kematian secara tidak langsung yang berpunca daripada komplikasi pada otak penghidap resdung.

Kini, pelbagai kaedah moden untuk menghadapi masalah resdung seperti ubat-ubatan antibiotik, spray nasal dan pembedahan oleh pakar. Tidak lupa juga rawatan secara traditional seperti bekam, asap rokok resdung, akupuntur, mengeluarkan lendur hidung, terapi wap panas dan lain-lain.

Tips Sihat Mencegah Resdung

1. Mengamalkan tabiat pemakanan yang baik, berkhasiat dan seimbang
2. Mengurangkan makanan berlemak, berminyak dan berasid.
3. Memperbanyakkan meminum air suam dan buah-buahan.
4. Menghindari minuman berais dan beralkohol.
5. Menghentikan tabiat merokok.

Petikan: Sinar Harian


  • Resdung boleh menyebabkan buta 

  • Resdung boleh menyebabkan buta Selain itu, rasa sakit juga turut dirasai pada bahagian kepala terutama dahi dan pipi. Memperkatakan tentang penyakit yang ...
  • Penyakit Resdung -

  • Penyakit Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenis penyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat ...
  • Penyakit Resdung atau Sinusitis| 

  • Resdung adalah salah satu pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdungadalah akibat jangkitan bakteria.
  • Serangan resdung 

  • Masalah resdung MEMANG rimas jika kita sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala, terutama pada ...
  • Mengenali penyakit resdung atau sinusis

  • Jika ini yang berlaku, anda mungkin sedang menghadapi masalah resdungResdungberlaku apabila bahagian sinus anda dijangkiti atau mengalami ...
  • Penyakit Resdung - Risiko jangkitan otak 

  • sinusis, resdung, minyak kelapa dara ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa ...
  • Bahaya Penyakit Resdung

  • Penyakit resdung ialah penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus (dinding sinus).Sinus ini adalah rongga dalam bahagian muka anda .
  • 1 comments:

    Tips rawatan resdung berkata...

    Selain dari itu aspek keturunan pun boleh menjadi punca-punca seperti alergic dan sensitif udara yang kotor dan tercemar. Oleh yang demikian dari aspek kebersihan diri mempunya peranan penting seperti cadar , bantal dan juga habuk rumah perlu sentiasa bersih.

    Jika sensitfi pada habuk perlu menggunakan penutup hidup dan mulut salah satu cara untuk mencegah resdung semasa membersihkan rumah. Kerana kadang-kadang ada pengidap boleh kena habuk menyebabkan bersin dan selsema teruk.

    Pemakanan perlu dijaga kerana dapat meningkatkan antibodi seperti mengambil makanan tambahan vitamin C. Dengan juga memakan makanan herba juga dapat mencegah penyakit resdung melalui pengambilan ubat herba semulajadi.

    Sentiasa juga melakukan senaman kerana ia akan meningkatkan sistem antibodi dan proses membuang toksin dalam badan berlaku semasa senaman.