Serangan jantung mempunyai risiko yang sama terhadap lelaki dan wanita. Berdasarkan Statistik Kementerian Kesihatan, penyakit jantung menjadi punca berlakunya kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sepanjang 2008.
Penyakit jantung koronari di negara ini dianggarkan 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita.
Golongan wanita juga berisiko untuk mendapat penyakit jantung, tetapi biasanya lambat berbanding lelaki. Ini adalah kerana wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur berupaya mengelakkan mereka diserang penyakit itu.
Dianggarkan seramai 23 juta penduduk mati akibat penyakit ini pada tahun 2030. Golongan kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada mendapat penyakit ini sejak masih dalam kandungan hingga lahir.
Merokok adalah antara punca seseorang mudah mendapat serangan jantung, jarang melakukan aktiviti fizikal serta mengamalkan diet tidak sihat seperti mengamalkan pemakanan tidak seimbang. Penyakit jantung yang menyerang lelaki dan wanita juga berbeza, dimana ada yang kebas tangan kiri hingga bahagian tengkuk, manakala sebahagian pula pada bahagian tengah dada.
Penyakit jantung kekal pada kedudukan nombor satu sebagai penyakit yang meragut nyawa wanita Malaysia. Bukan setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun lalu kebanyakan mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat, selain tidak tahu punca utama serangan penyakit itu.
Penyakit jantung tak kenal usia
Antara penyakit jantung adalah kardiovaskular merujuk masalah jantung dan saluran darah apabila kedua-duanya gagal berfungsi dengan baik. Jantung ...
Elak serangan jantung | Penyakit Jantung
Jumlah tersebut menjadikan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 ...
Penyakit Jantung Bukan lagi penyakit orang tua
Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit ...
Lima tanda sakit jantung
Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun- tahun untuk terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit ...
Penyakit gusi menular ke jantung
Penyakit jantung. Terdapat beberapa teori yang mengaitkan penyakit gusi dengan masalah jantung. Salah satunya mengatakan bahawa bakteria oral boleh ...
Penyakit diabetes
RAMAI tahu penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Diabetes atau penyakit kencing manis pula adalah penyakit yang sangat ...
0 comments:
Catat Ulasan