08 Mac 2015

Kunyit bantu kawal diabetes

STATISTIK menunjukkan bahawa diabetes menduduki tangga keenam sebagai punca kematian utama di Amerika Syarikat.

Malah, Perangkaan Persekutuan Diabetes Antarabangsa mendedahkan kira-kira 285 juta penduduk dunia kini menghidap diabetes.

Di Malaysia pula, bagi setiap 400 saat atau enam minit, terdapat satu kes diabetes yang didiagnosis. Malah, kematian disebabkan penyakit ini berlaku dalam setiap 30 minit.

Hakikatnya, bilangan penghidap diabetes di negara ini semakin meningkat dan dijangka mencecah 2.5 juta orang menjelang tahun 2030.

Jika tiada sebarang kawalan atau kempen dilakukan, tidak mustahil penyakit ini akan menjadi pembunuh nombor satu rakyat Malaysia.

Berdasarkan kajian klinikal kemanusiaan yang disiarkan dalam Jurnal Penjagaan Diabetes dan Jurnal Persatuan Diabetes Amerika, diabetes mellitus jenis 2 (T2DM) sebenarnya boleh dikawal secara efektif melalui penggunaan ekstrak kunyit.

Menurut pengkaji herba dari Universiti Oxford, Profesor Gerard Bodeker, kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa mempunyai khasiat dalam mengawal penyakit diabetes.

“Jurnal Biokimia Pemakanan mengesahkan bahawa herba kuno ini mampu mengubah diabetes jenis 2 yang dikaitkan dengan penyakit jantung iaitu komplikasi berbahaya akibat penyakit ini.

“Kajian terhadap pengurangan bentuk mendapan lemak di dalam arteri yang berisiko untuk pesakit diabetes jenis 2 mendapati bahawa ekstrak curcumin yang terkandung dalam herba kunyit boleh menjadi pencegah terbaik.

“Sepanjang enam bulan siri kajian ini dilaksanakan, ia mendedahkan penglibatan ekstrak kunyit iaitu curcumin berupaya menghalang pembentukan mendapan lemak pada permukaan dalaman arteri yang menghalang pengaliran darah,” ujar Bodeker.

Apa yang pasti, seseorang itu menghidap diabetes jenis 2 akibat kegagalan pankreas menghasilkan insulin yang mencukupi manakala diabetes jenis 1 pula berlaku apabila pankreas pesakit itu langsung tidak berfungsi.

Insulin merupakan sejenis hormon yang dikeluarkan oleh pankreas yang menukar gula daripada makanan yang dimakan ke dalam sel-sel badan.

Sementara itu, statistik pada tahun 2010 mencatatkan 23,800 kematian akibat diabetes di Malaysia. Malah, pada tahun yang sama, seramai 1.8 juta rakyat di negara ini dikenali pasti menghidap diabetes dengan majoriti daripada mereka menghidap diabetes jenis 2.

Tambah Bodeker, kunyit sangat dikenali sebagai bahan penyembuh menerusi bahan aktif yang terhasil daripada warna kuning herba itu.

“Banyak kajian telah membuktikan bahawa tahap glukosa dalam badan pesakit diabetes berkurangan dan penghasilan insulin bertambah apabila mereka mengambil suplemen daripada ekstrak curcumin secara konsisten.

“Disebabkan itu, masyarakat Malaysia khususnya harus menyedari kepentingan pengambilan kunyit dalam kehidupan. Meskipun, ia sering digunakan di dapur, tetapi hakikatnya khasiat kunyit begitu besar untuk dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya,” ungkap Bodeker.

Sumber : kosmo online
kosmo.com.my

  • Orang gemuk ramai hidap diabetes

    www.biovco.com/fbik.php?no=39
    Orang gemuk ramai hidap diabetes Masih ramai penduduk di negara ini tidak menyedari berat badan berlebihan menyumbang kepada penyakit diabetes atau ...
  • Diabetes sebabkan mati mengejut

    www.biovco.com/ik.php?no=47&tjk=diabetes_sebabkan_mati...
    Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia boleh ...
  • Diabetes : Boleh cegah komplikasi

    www.biovco.com/kdgn/diabetes-cegah-komplikasi-2qa.html
    Merawat segera diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini.
  • Diet kawal diabetes 

    www.biovco.com/iko.php?no=32&tjk=diet-kawal-diabetes.php
    Diet kawal diabetes Sebelum ini, bahaya kepada penghidap penyakit kencing manis dan juga risiko kesihatan terhadap mereka yang berada di peringkat pra ...
  • 1 comments:

    Yusrich berkata...

    Alhamdulillah satu sharing yang menarik. Sekurang-kurangnya ia mampu membantu mereka yang bermasalah untuk mencari altenatif kaedah perubatan. Juga boleh membantu mereka yang mementingkan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan