11 Mac 2015

Cara atasi sakit kepala

Sakit kepala pasti mengganggu aktiviti harian terutama jika ia dikategorikan sebagai migrain.

Ia membabitkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Kebiasaannya perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan. Apabila saluran yang menguncup itu mengembang, ledakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat. 

Migrain dikesan menerusi denyutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala. 

Selain itu, deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif. Apabila ia berlaku, pilihan paling mudah untuk meredakannya adalah menggunakan pil penahan sakit.

Tetapi jika digunakan secara berterusan, ia boleh mengurangkan kesan diingini dan rasa sakit juga tidak mampu dihilangkan.


• Kekurangan zat dan nutrisi 
• Faktor keturunan 
• Kesan pengambilan ubat-ubatan 
• Terlalu banyak mengambil kafein 
• Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat. 

Antara panduan mengurangkan sakit kepala: 

• Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak. 

• Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain. 

• Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal. 

• Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala. 

• Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan. 

• Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala. 

• Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala. 

Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala. 

• Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.

Sumber : Harian Metro Online
hmetro.com.my

Baca lain-lain info berkaitan :

  • Sakit kepala dan migrain | Sakit kepala migrain

    www.biovco.com/ik.php?no=34&tjk=sakit_kepala_dan_migrain...
    Migrain yang biasa ditemui adalah migrain tanpa aura tetapi terdapat juga migrainklasik bersama aura serta bentuk-bentuk migrain yang lain. Selain dari ...
  • Diet berkhasiat kurangkan Migrain

    www.biovco.com/kdgn/migrain-02rg.html
    Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini, sebanyak 15 peratus penduduknya mengalami migrain. Di dapati wanita ...
  • Migrain atau Sakit Kepala

    www.biovco.com/ik.php?no=14&tjk=migrain.php
    Migrain atau Sakit Kepala yang kronik menyebabkan pengidapnya tidak dapat melakukan tugas. Punca sakit kepala atau migrain tidak diketahui. Stress boleh ...
  • Info Kesihatan : Wanita migrain risiko hidap strok

    www.biovco.com/fbik.php?no=41
    Wanita migrain risiko hidap strok ANDA wanita yang berusia 45 tahun ke bawah dan mengalami migrain? Jika ya, anda sebenarnya tidak berada dalam situasi ...
  • Info Kesihatan - Siapa Berisiko Mendapat Migrain?

    https://www.facebook.com/infokesihatan/posts/191059097612915
    Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian,. ... ini saya juga pengidap migrain..tapi alhamdullilah bila mengamal BIOVCO dan jadikan ...
  • Sakit kepala dan migrain

    https://ms-my.facebook.com/infokesihatan/posts/10151784566999898
    [ Sakit kepala dan migrain ] Sebanyak 60 peratus daripada pesakit yang ... Minyak kelapa dara BioVCO adalah 100% organik, membantu agar anda
  • Tips untuk Mengelakkan Migrain

    https://www.facebook.com/infobiovco/posts/10152534231785295
    [ Tips untuk Mengelakkan Migrain ] Banyak punca yang boleh menyebabkan sakit kepala atau migrain. Bergantung kepada kepekaan anda, ia mungkin ...

  • 0 comments: