11 Mac 2015

Bukan sekadar sakit tekak

SAKIT tekak ketika demam sering dialami golongan dewasa dan kanak-kanak yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menelan makanan.

Situasi tersebut juga mengakibatkan tubuh seseorang itu berasa tidak selesa.

Sama seperti yang dialami oleh Hisham (bukan nama sebenar), dia berasa sakit sejak beberapa hari lalu.

Sakit yang ditanggung itu menyebabkan Hisham yang merupakan pengurus sebuah syarikat swasta tidak menjamah nasi atau makanan pepejal.

Hanya air dan bubur menjadi pengalas perutnya. Setiap kali menjamah makanan pepejal, anak tekaknya terasa pedih seolah-olah dicucuk jarum.

Dia akhirnya menemui seorang doktor di sebuah klinik berhampiran rumahnya untuk mendapatkan rawatan.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad memberitahu, sakit tekak merupakan simptom yang biasa berlaku.

Puncanya adalah kerana radang pada bahagian tonsil iaitu kelenjar limfoid yang terdapat di kanan dan kiri tekak, kerongkong serta larinks (saluran pernafasan yang mengandungi peti suara).

Jangkitan

Sakit tekak juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit tonsilitis iaitu radang pada tonsil.

Tonsilitis berpunca daripada keradangan pada kelenjar tonsil.

Tonsil merujuk kepada sejenis kelenjar limfoid yang berfungsi sebagai pelindung saluran pernafasan daripada dijangkiti kuman terutamanya kanak-kanak apabila sistem imuniti badannya belum terbentuk dan matang sepenuhnya.

“Namun, tisu tonsil itu sendiri tidak terkecuali dijangkiti dan mengalami keradangan berpunca akibat jangkitan bakteria atau virus,” katanya.

Irfan memberitahu, satu episod jangkitan dikenali sebagai tonsilitis akut dan tonsilitis berulang akan berlaku.

“Jangkitan itu menyebabkan tonsil luka dan bengkak di bahagian leher,” katanya.

Dia berkata, sakit tekak juga menyebabkan berlakunya penyakit abses peritonsil.

“Abses perintosil pula adalah jangkitan di kawasan sekitar tonsil yang mengakibatkan pengumpulan nanah membuatkan penghidapnya sukar untuk makan, bertutur serta membuka mulut,” katanya.

Lelaki ini menambah, semua penyakit itu disebabkan oleh kuman, virus dan bakteria.

Faktor penyakit keturunan dan penyakit berjangkit tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan penyakit itu.

Irfan menjelaskan, tonsilitis sering menjangkiti kanak-kanak. Abes perintosil pula banyak dihidapi golongan dewasa.

Sumber : Kosmo Online
kosmo.com.my

Baca lain-lain info berkaitan :


  • Apakah itu Tonsil?

    www.biovco.com/bukti.html

    Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang ...
  • Radang tonsil perlu dibuang | Radang Tonsil

    www.biovco.com/ik.php?no=24&tjk=radang_tonsil_perlu...php

    Tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau ...
  • Tonsil dan masalah berkaitan tonsil

    www.biovco.com/iko.php?no=10&tjk=tonsil.php

    UNGKAPAN 'saya ada tonsil' seringkali kedengaran di kalangan masyarakat umum. Tidak kurang juga ada daripada golongan warga kerja perubatan dan ...
  • TESTIMONI Pengguna tonsil

    www.biovco.com/testimoni.php?tst=tonsil

    TESTIMONI Pengguna tonsil. Semua testimoni dihalaman web ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna sendiri ...
  • Atasi Tonsil Bengkak

    www.biovco.com/ikogos14.php?tjk=atasi_tonsil_bengkak

    Tonsil dan keradangan tonsil : penyakit tonsil, keradangan tonsil atau masalah tonsilberlaku apabila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria.
  • 0 comments: