08 Julai 2015

Rahsia dan kelebihan BAWANG Merah

Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran-jiran mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain-lain. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran-jiran mereka menderita sakit. 

Si isteri petani menjawab mudah sahaja, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. 

Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. 

Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja-pekerja beliau tidak lagi diserang selsema.

Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. 

Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

*** Nak sihat senang, nak sakit lagi senang. Gunakan pengetahuan anda sebaiknya dan mari berkongsi supaya bertambah berkat dari Allah s.w.t.


  • Kerintangan antibiotik

    Antibiotik adalah rawatan anti mikrob yang khusus untuk jangkitan bakteria dan digunakan sejak 1940-an. Ia sangat penting kerana tanpa antibiotik, keadaan ...
  • Penyakit Resdung atau Sinusitis

    Resdung adalah salah satu pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria.
  • Mengekalkan sistem imun yang sihat | Sistem imun

    Sistem imun adalah organisasi kompleks yang menjadi kurang efisien apabila kita berumur. Sistem imun juga tidak berehat sepenuhnya. Ia berjaga 24 jam ...
  • Antibiotik punca virus kebal

    Antibiotik punca virus kebal. Sistem imun menjadi lemah kerana antibiotik. Jangan ambil antibiotik jika tidak perlu untuk menguatkan sistem imun anda.
  • Mengekalkan sistem imun yang sihat...

    Mengekalkan sistem imun yang sihat MENDAPAT demam selesema lagi? Sentiasa berasa letih? ... BioVCO amat sesuai untuk kebanyakan penyakit berjangkit
  • BioVCO

    Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti ... Minyak kelapa dara BioVCO adalah 100% organik dan diperolehi daripada ...
  • 0 comments: