08 Julai 2015

5 Minuman Yang Baik Untuk Diet Anda

Kebanyakan orang hanya menjaga pemakanan dan bukannya minuman ketika sedang berdiet. Sebenarnya, pemilihan minuman yang betul dapat melaraskan metabolisme, mengawal selera makan, dan menurunkan pengambilan kalori. Jadi, jangan lupa masukkan 5 jenis minuman "baik" berikut ke dalam diet anda!

#1 AIR KOSONG

Raja segala minuman! Tahukah anda, menggantikan minuman ringan berkabonat kepada meminum air kosong dapat ‘memotong’ ratusan kalori sehari? Di samping itu, meminum dua gelas air sebelum makan juga menjadikan anda lebih cepat kenyang dan tidak makan berlebihan. Pengambilan air kosong yang cukup juga mempunyai kesan yang positif terhadap metabolisma anda.

#2 JUS SAYUR-SAYURAN

Jus sayur-sayuran mempunyai khasiat yang sama seperti jus buah-buahan, mengandungi separuh jumlah kalori tetapi lebih banyak kandungan garam. Berbanding jus oren yang mempunyai 122 kalori, jumlah kalori daripada jus tomato hanyalah 41. Selain itu, mengambil jus sayuran yang mengandungi pulpa dapat membekalkan serat yang mampu membantu anda menahan lapar.

#3 SUSU RENDAH LEMAK

Mengambil makanan yang kaya dengan kalsium bukan sahaja baik untuk tubuh, ia juga boleh membantu proses diet anda. Beberapa kajian menunjukkan bahawa meminum lebih banyak susu atau mengambil produk tenusu lain boleh membantu menurunkan berat badan. Pilih susu skim atau rendah lemak untuk manfaat yang lebih menyeluruh.

#4 KOPI HITAM

Apabila anda memerlukan sedikit dos kafein, kopi ialah pilihan yang lebih baik berbanding soda atau minuman tenaga. Kopi tanpa gula bersifat bebas kalori dan kaya dengan anti-oksidan. Kajian juga mendapati bahawa meminum kopi dalam jumlah yang sederhana (antara 3-4 cawan sehari) boleh meningkatkan mood dan tumpuan, selain boleh merendahkan risiko diabetes tahap 2 dan beberapa jenis kanser.

#5 TEH HIJAU

Teh hijau ialah pilihan yang baik apabila anda memerlukan sedikit dorongan. Ia bukan sahaja bebas kalori, beberapa kajian turut menyarankan bahawa teh hijau boleh merangsang penurunan berat badan. Kandungan kafein dan mikronutrien catechins dalam teh hijau dikatakan membantu proses tersebut. Manfaat ini hanya bertahan selama beberapa jam sahaja, maka anda disarankan meminum teh hijau sekurang-kurangnya dua kali sehari.


  1. Penyakit Resdung atau Sinusitis

    Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara kuman yang menjadi ...
  2. BioVCO

    Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti ... Minyak kelapa dara BioVCO adalah 100% organik dan diperolehi daripada ...
  3. Penyakit Resdung

    Penyakit Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenispenyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat ...


  4. PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit...

    PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit yang menjejaskan dua hingga tiga peratus populasi manusia di seluruh dunia. Separuh daripada dua pertiga...
  5. Hepatitis adalah sejenis penyakit keradangan hati...

    Hepatitis adalah sejenis penyakit keradangan hati yang disebabkan oleh jangkitan virus. Setakat ini, terdapat beberapa jenis hepatitis dan paling lazim...
  6. Usah abaikan sakit sendi Berbanding penyakit...

    Usah abaikan sakit sendi Berbanding penyakit lain, sakit sendi sering dianggap remeh kerana dirasakan tidak berbahaya hingga menyebabkan kematian....

0 comments: