TELUR ayam banyak digunakan dalam pembuatan kek, pastri dan kuih-muih. Tahukah anda kandungan protein yang tinggi juga mampu digunakan untuk tujuan kecantikan kulit dan rambut yang lembut serta menawan tanpa perlu mengeluarkan belanja besar?
Bahan semula jadi itu yang kadangkala disalah anggap sebagai menggemukkan badan, kaya dengan vitamin B12 serta mengandungi 11 vitamin dan mineral.
Bahan kecantikan semula jadi yang digunakan sejak zaman-berzaman ini memberi kesan cepat biarpun baru pertama kali mencubanya.
Siapa yang tidak inginkan rambut yang lebat, lembut dan kuat, apatah lagi wanita. Justeru, telur adalah antara bahan semula jadi yang bukan saja murah dan mudah diperoleh, ma-lah berkesan membantu seseorang mencapai impian memiliki rambut yang cantik menawan.
Penggunaan telur bersama beberapa bahan asas semula jadi lain boleh membantu merawat masalah rambut seperti berminyak atau kering, selain membuatkannya lebih kuat kerana mendapat bekalan protein yang tinggi daripada telur.
Ada pelbagai cara yang boleh digunakan oleh sese-orang itu bagi mendapatkan faedah kecantikan maksimum daripada telur untuk merawat masalah rambut atau kulit.
Rambut yang berminyak boleh dirawat dengan me-nyapu putih telur ke seluruh bahagian kulit kepala dan rambut dengan membiarkan sekurang-kurangnya 20 minit sebelum dicuci dengan syampu seperti biasa.
Bagi menghilangkan bau hanyir daripada telur, campurkan limau nipis ke dalam baldi bercampur air bersih dan jirus ke kepala sebelum mengeringkan rambut.
Limau nipis juga boleh disapu terus ke kulit kepala dan rambut, dibiarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih bagi memberikan bau lebih harum pada rambut.
Rambut kering juga boleh mendapat faedah yang sama daripada telur. Caranya dengan mencampurkan minyak kelapa, madu dan kuning telur. Kacau sehingga sebati dan sapukan pada kulit kepala dan rambut serta dibiarkan sehingga 30 minit sebelum dicuci dengan syampu dan dibilas seperti biasa.
Telur juga boleh dicampurkan bersama susu dan dikacau sebati sebelum digosok lembut pada kulit kepala dan disapu pada rambut. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air suam.
Cara lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan rambut yang cantik adalah dengan mencampurkan telur dan jus limau nipis, kemudian ia disapu ke kulit kepala serta dibiarkan selama 30 minit. Kesan penggunaan bahan semula jadi terbabit pada rambut dapat dilihat dalam masa singkat.
Kandungan protein yang tinggi dalam telur akan berpadu pada setiap helaian rambut menjadikannya lebih tebal, bermaya dan kuat selain bertambah lembut dan berkilau.
Mereka yang rajin merawat diri secara semula jadi juga boleh membuat perapi rambut sendiri dengan mencampurkan putih telur, madu, minyak badam dan yogurt.
Campuran itu kemudian disapu pada rambut dan dibiarkan setengah jam sebelum dibilas.
Selain rambut, telur juga mempunyai kebaikan pada kulit dan mampu menjadikan organ terbesar itu lebih anjal dan mempunyai warna yang sekata.
Cara yang boleh diamalkan begitu mudah iaitu kacau putih telur sehingga menjadi buih putih dan sapu ke kulit muka serta leher dan dibiarkan sehingga kering sebelum dicuci dengan air suam.
Telur juga boleh dijadikan pupur untuk disapu ke muka iaitu dengan mencampurkan telur bersama sesudu madu dan minyak zaitun. Campuran itu kemudiannya disapu ke muka dan leher serta dibiarkan antara 10 hingga 15 minit sebelum dibilas dengan air suam.
Pupur mudah dan semula jadi itu dapat membantu merawat masalah cela pada wajah selain membuatkan kulit muka lebih bermaya dan anjal.
PERCUMA !!!
Dapatkan info-info berkaitan kesihatan terus ke email anda.
Kekurangan nutrisi punca rambut gugur
Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut.
Masalah rambut gugur tidak mengenal usia
... dari segi pemakanan. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan keguguran rambutyang mana hampir 90 peratus komponen penting rambut adalah protein.
Keguguran Rambut dan Punca Keguguran
Masalah keguguran rambut ekstren menjadi igauan ngeri kepada ramai lelaki. Rata-rata golongan ini mengalamai keguguran rambut seawal usia 40-an.
Mitos keguguran rambut
Mitos keguguran rambut RAMAI lelaki dan wanita yang terpaksa bertarung dengan masalah kekurangan rambut di kepala sering memikirkan mengapa mereka ...
0 comments:
Catat Ulasan