Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Tetapi adakah kita benar-benar menjaga tubuh badan menerusi pemakanan? Ada beberapa makanan yang memberi kesan yang sangat buruk untuk kesihatan tetapi ramai di kalangan anda masih mengambil tiga makanan berikut:
1. Kopi instant
Suka minum kopi instant hanya sebab nak cepat siap? Jangan terlalu ghairah kerana kopi 3 dalam 1 selalunya memiliki kandungan berbeza dengan kopi yang anda buat secara manual. Bukan hanya mengandungi pemanis buatan dan krimer tetapi juga ada bahan pengawet yang belum tentu boleh diterima tubuh badan anda.
2. Marjerin
Lemak dalam marjerin lebih banyak minyak yang boleh menyebabkan pengumpulan lemak dan anda pasti berisiko tinggi menghidapi kolesterol. Jadi jika anda tidak guna minyak sayur, jangan pula menggantikan dengan marjerin kerana kesannya tetap sama. Lebih elok gunakan minyak zaitun sebagai minyak.
3. Pemanis tiruan
Masih banyak makanan yang menggunakan pemanis tiruan dalam makanan dan minuman, terutama menu yang cepat siap. Tahukah anda pemanis makanan boleh mengundang diabetis?
Ya, banyak makanan yang ada risiko penyakit kepada tubuh badan. Jika anda mampu tolak tiga makanan di atas, pastinya kesihatan anda lebih baik. Makan dan minum sesekali tidak salah tetapi kalau mampu elak dan 'tinggalkan' secara terus lagi bagus!
Alahan terhadap makanan
Alahan terhadap makanan PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek allon argon yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap ...
7 tanda dan gejala alahan makanan
[ 7 tanda dan gejala alahan makanan ]. 1. 'Angioedema' (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata). 2. Kesukaran bernafas dan berdehit. 3. Ruam kulit ...
Alahan boleh membawa maut
Jenis makanan yang boleh mendatangkan alahan juga pelbagai, tetapi secara ... Baca artikel penuh : http://www.biovco.com/alahan-02s.php?ref=fbik290310a
0 comments:
Catat Ulasan