31 Julai 2015

Diabetes ibu penyakit

DIABETES atau kencing manis ialah penyakit kronik akibat kandungan gula di dalam darah melebihi tahap normal. Ada yang menganggap ia ibu segala penyakit kerana dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan kerosakan lain pada tubuh seperti mata, jantung, saluran darah, hati, buah pinggang, kulit dan kaki serta saraf tidak sensitif.

Antara tanda dan gejala diabetes ialah penghidapnya sentiasa haus, kerap kencing, gangguan penglihatan, lesu dan mengalami penurunan berat badan. 

Perunding Pakar Perubatan dan Endokrin Pusat Perubatan Tropicana, Dr Vijay Ananda Paramasvaran, berkata diabetes boleh menyebabkan aliran pembuluh darah menjadi kurang baik disebabkan kerosakan organ dalam mata daripada retina yang disebut retinopati diabetik, perlahan-lahan menyebabkan buta hingga kerosakan pada kanta seperti katarak. 

Menurutnya, apabila diabetes, perubahan metabolisma sel lapisan dalam pembuluh darah juga boleh menyebabkan aliran darah kurang baik. Akibatnya, organ yang harus dialiri darah kekurangan nutrisi dan oksigen. Keadaan itu biasanya menyebabkan serangan jantung koroner, strok serta luka yang sukar sembuh.

Masalah lain yang kerap dialami penghidap diabetes ialah gastropati diabetik iaitu gejala perut kembung dan cepat kenyang. Pesakit kelihatan kurus kerana tubuh memerlukan lebih banyak insulin kerana insulin yang ada dalam tubuh hanya digunakan separuh akibat ketidakcekapan reseptor atau resitensi insulin.

Diabetes turut menyebabkan kebocoran protein di buah pinggang berpunca daripada kegagalan organ berkenaan yang menyebabkan pesakit perlu menjalani dialisis. Komplikasi lain yang mungkin dihadapi pesakit ialah kaki diabetik. Komplikasi ini terjadi akibat kerosakan saraf. Pesakit tidak dapat membezakan suhu panas dan dingin dan rasa sakit berkurangan. Diabetes dibahagi kepada dua iaitu tahap satu dan tahap dua. 

Diabetes tahap satu 

Dikenali juga diabetes bersandar insulin (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis satu adalah akibat kegagalan kelenjar pankreas menghasilkan insulin. 

Biasanya, penghidap mula mendapat simptom penyakit ketika kanak-kanak atau remaja. Disebabkan kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk mengawal tahap glukos darah. Tidak ramai menghidap diabetes jenis ini. 

Diabetes tahap dua 

Disebabkan kerintangan insulin (tisu badan kian kurang sensitif terhadap insulin) atau penghasilan insulin yang berkurangan. Disebabkan masih mempunyai sedikit insulin daripada pankreas, diabetes jenis ini boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat. Diabetes jenis ini biasa berlaku kepada mereka yang berusia dan mempunyai berat badan berlebihan. Pesakit perlu makan ubat dan akhirnya, ramai juga yang memerlukan suntikan insulin. 

Antara faktor risiko bagi diabetes tahap dua: 

1. Faktor usia. Lebih lanjut usia seseorang, lebih tinggi risiko mendapat diabetes. 

2. Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga mengalami diabetes, termasuk dalam golongan populasi yang mempunyai risiko tinggi mendapat diabetes. 

3. Faktor lain - mempunyai sejarah paras glukos darah yang lebih tinggi daripada biasa, pesakit jantung serta wanita yang melahirkan anak pada usia lanjut dengan berat bayi lebih empat kilogram. 

Kes diabetes tahap dua menunjukkan peningkatan mendadak, banyak berlaku di kalangan mereka yang berusia. Ia seiring dengan trend membimbangkan peningkatan jumlah mereka yang obes serta peningkatan jumlah pesakit muda. 

Amalan gaya hidup sihat dan mengelak obes, atau memastikan indeks jisim tubuh pada tahap normal, boleh menghindar diabetes. Sebaliknya, berperut besar atau buncit menambahkan lagi risiko mendapat diabetes.

PERCUMA !!!

Info-info berkaitan kesihatan terus ke email anda.



Diabetes : Boleh cegah komplikasi 

Merawat segera diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini.

Diabetes penyebab jantung koronari 

... tahu penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Diabetesatau penyakit kencing manis pula adalah penyakit yang sangat berbahaya.

Gejala-gejala Diabetes Tidak Terkawal

Gejala-gejala Diabetes Tidak Terkawal Simptom-simptom diabetes jenis 1 yang biasa termasuklah kerap membuang air kecil, terasa amat dahaga, penurunan ...

Diet kawal diabetes 

Diet kawal diabetes Sebelum ini, bahaya kepada penghidap penyakit kencing manis dan juga risiko kesihatan terhadap mereka yang berada di peringkat pra ...

Rawat diabetes lebih awal | Diabetes Kencing Manis

DIABETES bukanlah sejenis penyakit yang asing bagi masyarakat kita. Setiap hari tanpa disedari, kita mungkin berhadapan atau berdiri ataupun makan di ...

0 comments: