Proses menurunkan berat badan secara semula jadi paling baik, namun ramai wanita tidak mengamalkannya. Ini kerana proses yang perlu dilalui mengambil masa lebih lama, tetapi percayalah ia dapat mengelak sebarang komplikasi kesihatan berbanding pengambilan ubat pelangsing.
Ramai tidak tahu pil pelangsing memberikan kesan sampingan terhadap organ dalaman disebabkan kandungan bahan yang mampu mempercepatkan penurunan berat badan antaranya:
1. Kesan pada jantung seperti rasa berdebar-debar, meningkatkan tekanan darah, degupan jantung tidak sekata, sakit dada, resah dan penat.
2. Dalam sesetengah keadaan, ia membuatkan tangan menggigil, sakit kepala, pening, muntah, loya, cirit-birit, sakit perut dan mulut kering.
3. Ia juga menyebabkan mati pucuk.
4. Rasa segar sehingga sukar tidur.
5. Kesan lebih teruk boleh merosakkan organ dalaman sehingga membawa maut.
Oleh itu disarankan wanita mahupun lelaki bertemu doktor untuk mendapatkan rundingan mengenai penurunan berat badan yang diinginkan. Rundingan untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah perubatan, biologi atau psikologi yang menyebabkan mereka mengalami lebihan berat badan.
Rundingan dengan pegawai dietetik atau pemakanan pula untuk mendapatkan nasihat cara menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.
Apa yang perlu diketahui adalah keperluan tenaga harian supaya mereka mampu berdiet dengan selamat. Jangan terlalu mengurangkan pengambilan kalori misalnya dengan langsung tidak mengambil nasi atau makanan kegemaran. Ini kerana jika anda betul-betul lapar, anda akan makan secara berlebihan. Untuk itu, dapatkan menu makanan daripada pegawai dietetik.
Apa yang perlu dilakukan adalah makan mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia dengan memperbanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.
"Diingatkan supaya tidak meninggalkan terus sumber gula dan lemak kerana ini boleh meningkatkan keinginan untuk makan. Selain itu, tubuh badan juga memerlukan nutrien yang terdapat dalam lemak dan karbohidrat," katanya.
Paling penting lakukan senaman secara konsisten. Mulakan dengan berjalan beberapa minit dan perlahan-lahan tingkatkan jangka masa senaman sehingga 45 hingga 60 minit setiap hari. Berjoging dan berenang antara senaman yang sangat baik untuk tubuh kerana menggunakan keseluruhan otot badan.
Tidak semua mampu melakukan aktiviti ini terutama mereka yang mengalami masalah obesiti keterlaluan. Ini kerana senaman berat menyebabkan masalah sendi dan lutut kepada pesakit. Oleh itu anda perlu mendapatkan nasihat pakar terlebih dulu sebelum bersenam.
Diet berkhasiat kurangkan Migrain
Diet berkhasiat kurangkan migrain, Minyak Kelapa Dara Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini, sebanyak 15 peratus ...
Mengamalkan diet seimbang
Mengamalkan diet seimbang Minyak Kelapa Dara SETIAP individu pasti mengimpikan bentuk badan yang langsing, segak dan menawan. Ini kerana bentuk ...
Mencontohi tabiat, cara makan Rasulullah
Mencontohi tabiat, cara makan Rasulullah Diet seimbang, amalan pemakanan sihat pelihara Muslim daripada serangan penyakit. KESEMPURNAAN ...
0 comments:
Catat Ulasan