05 Julai 2015

Kesan Buruk Tangguh Makan

Rutin harian yang sibuk ada kalanya membuatkan kita terlupa untuk makan tepat pada waktunya. Mungkin dianggap satu hal yang remeh namun hakikatnya, kesannya pada tubuh amat ketara sekali. Di samping mengundang penyakit, terdapat beberapa lagi kesan buruk yang boleh terjadi sekiranya berlaku pengabaian waktu makan. Antara yang biasa berlaku ialah :

Perubahan hormon
Apabila waktu makan ditangguhkan maka berlakulah ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh. selain membuatkan pertambahan berat badan, anda juga akan berhadapan situasi mudah berasa tertekan dan pening kepala

Sebaiknya, makanlah tiga hari sekali bagi mendapatkan tubuh dan tahap kesihatan yang konsisten. Pastikan menu yang diambil seimbang dan bernutrisi . Hal ini amat penting agar fungsi sistem pencernaan berjalan lancar dan teratur.

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan cara 'mencuri' waktu makan maka tindakan itu adalah salah sama sekai. Kebiasaannya cara itu hanya akan mengganggu perjalanan sistem tubuh dan akhirnya menjadikan berat badan anda semakin bertambah.

Pengaruhi tabiat makan
Mengelak waktu makan pastinya akan menjejaskan waktu makan anda yang sebenar. Oleh sebab itu, jangan sekali-sekali cuba untuk menangguhkan waktu makan yang menjadi kebiasaan anda.

Mudah penat
Pola pemakanan yang tidak teratur mampu melmbatkan sistem metabolisme dalam badan. Kesannya, anda mudah berasa penat apabila melakukan sebarang kerja. Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi fungsi normal dari keseleuruhan sistem tubuh yang biasa berjalan dengan baik.

Komplikasi diabetes
Sekiranya anda tergolong sebagai pesakit diabetes maka menangguhkan waktu makan hanya akan menimbulkan kesan buruk pada kesihatan tubuh. Kurangnya sumber glukosa dalam badan boleh membuatkan keadaan kesihatan bertambah buruk.

Jejaskan kesihatan otak
Tahukah anda bahawa glukosa berfungsi sebagai bahan bakar kepada otak. Justeru, apabila anda menangguhkan waktu makan maka kandungan glukosa dalam badan mulai berkurangan. Secara tidak langsung ia menjejaskan perkembangan otak dan membuatkan ia kurang berfungsi dengan baik.


  • Punca serta masalah Sembelit

    Sembelit menyebabkan buasir. Elak sembelit dan buasir dengan mengambil banyak sayur dan buah-buahan. Sembelit menyebabkan ketidakselesaan sistem ...
  • Info Kesihatan : Sembelit kronik

    Sembelit kronik PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang ...
  • Masalah dan tip mengelak sembelit

    Masalah dan tip mengelak sembelit Sembelit berlaku apabila anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras dan ...
  • Perit sembelit

    SEMBELIT bukan sekadar satu masalah kesihatan sebaliknya gangguan yang boleh menjejaskan mood serta rutin harian. Bayangkan, desakan ke tandas.
  • Menurunkan Berat Badan dengan Minyak Kelapa Dara

  • Minyak kelapa boleh membantu menurunkan berat badan. Secara amnya minyak kelapa dara boleh dikategorikan lemak berkalori rendah. Pengambilan ...
  • Info Kesihatan : Menurunkan berat badan

  • Kajian menunjukkan bahawa Medium Chain Triglycerides (MCT) membantu meningkatkan metabolisma dan sekaligus menurunkan berat badan.
  • 1.7 juta berdepan obesiti

  • Oleh itu berat badan terkawal dan anda tidak perlu makan banyak dan kerap. Minyak kelapa dara BioVCo membantu mengurangkan kandungan lemak badan.

  • 0 comments: