06 Julai 2015

Punca dan Penyebab Gusi berdarah

Masalah gusi berdarah biasa dialami sebagian besar orang. Umumnya masalah ini disedari ketika memberus gigi. Namun, mungkin belum semua orang tahu apa sebenarnya penyebab gusi berdarah dan bagaimana cara menangani yang tepat.

Punca-Punca

Biasanya Gusi berdarah disebabkan kerana penghapusan plak gigi yang tidak betul pada gusi. Hal ini  menyebabkan gingivitis (keradangan gusi). Bahayanya lagi jika plak tidak dihilangkan secara teratur atau dengan memberus gigi dengan teratur dan bersih, maka akan mengeras dan menjadi karang gigi. Sehingga akhirnya mengakibatkan pendarahan dan boleh menyebabkan periodontitis (penyakit rahang dan gusi).

Plak dapat dibersihkan dengan cara memberus gigi secara teratur dan betul. Kekerapan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali tiap hari, pagi setelah makan pagi dan malam sebelum tidur. Arah memberus gigi yang betul adalah dari gusi ke arah gigi. Memberus gigi dalam arah horizontal tidak dibenarkan kerana akan menyebabkan abrasi leher gigi dan resesi gingiva (gusi rahang atas nampak naik, gusi rahang bawah tampak turun, sehingga permukaan akar gigi kelihatan).

Karang gigi tidak dapat dibersihkan dengan memberus gigi. Jadi apabila terdapat karang gigi maka perlu datang ke doktor gigi untuk dilakukan scaling (pembersihan karang gigi). Selanjutnya doktor gigi akan melihat sejauh mana kerosakan gigi yang terjadi. Apabila hanya terjadi gingivitis, maka tindakan scaling biasanya sudah mencukupi. Tapi bila sudah terjadi periodontitis, maka rawatan periodontal lebih lanjut adalah perlu.

Selain karang gigi dan plak, perdarahan gusi juga berhubungan dengan beberapa penyakit, antara lain kekurangan vitamin C. Kekurangan vitamin C terjadi pada orang yang tidak makan sayur atau buah dalam jangka waktu lama. Gusi mereka yang menderita kekurangan vitamin C akan menjadi bengkak, berwarna keunguan dan terjadi perdarahan. Keadaan kekurangan vitamin C ini dinamakan Scurvy. Cara menanganinya adalah dengan memberikan vitamin C.

Berikut antara beberapa penyebab gusi berdarah lagi...
1. Infeksi bakteri atau virus.
2. Adanya gangguang pendarahan lain
3. Berus gigi terlalu keras
4. Perubahan hormon selama kehamilan
5. Idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP), yaitu penyakit darah yang tak cukup memiliki sel darah merah.
6. Pemasangan gigi palsu yang tidak pas
7. Flossing yang tidak sesuai
8. Infeksi yang terjadi karena pada gigi dan gusi
9. Leukemia
10. Kekurangan vitamin K - menyebabkan Lemah daya pembekuan darah yang boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur kencing; penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan otak, bagi kes yang teruk.
11. Kekurangan vitamin C

Berikut beberapa cara mengatasi masalah gusi berdarah:


  • Makan banyak buah yang mengandung vitamin C dan juga makanan yang mengandung banyak kalsium. Kalsium dapat membantu dalam memperbaiki kerusakan gigi yang berkelanjutan karena cedera gusi.
  • Kurangkan pengambilan gula. Gula banyak terkandung dalam makanan ringan, soda atau makanan siapbungkus yang menyebabkan kerosakan gigi dan memyebabkan pendarahan.
  • Hindari penggunaan tembakau dan merokok yang dapat memperburuk gusi berdarah
  • Jika Anda telah didiagnosa kekurangan vitamin, maka segeralah cukupi kekurangan vitamin anda.
  • Kawal perdarahan gusi dengan menuamnya pada gusi dengan kain yang direndam dalam air ais.

Sebaiknya jumpa doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh sehingga masalah anda dapat ditangani.



  • Bengkak Kelenjar | Memahami Bengkak Kelenjar

    dua jenis bengkak kelenjar ialah kelenjar limfa dan air liur. Masalah bengkak kelenjar berlaku apabila ada jangkitan, Bengkak kelenjar boleh dirawat ...
  • FAQ - BioVCO

    Artikel Minyak Kelapa Dara. Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara. Pengambilan Minyak Kelapa Dara Minyak Kelapa Dara BIOVCO adalah 100% organik ...
  • Apakah itu Tonsil?

    Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang ...
  • Minyak Kelapa Dara - BioVCO

    Minyak kelapa dara atau nama inggerisnya 'Virgin Coconut Oil' begitu dikenali terutama di negara barat.
  • Minyak kelapa menambah tenaga - BioVCO

    SUNGGUHPUN kita telah disajikan dengan fakta bahawa minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan selama hampir 30 tahun, kita tidak pula diberitahu bahawa ...
  • Tabiat merosakkan kulit - BioVCO

    Tanpa disedari kadang kala sesetengah tabiat seharian kit memberi kesan buruk pada kulit termasuk berjerawat, kusam dan kering tidak bermaya.
  • Manafaat Minyak Kelapa - BioVCO

    Pohon kelapa. Ia satu-satunya pohon pelbagai guna. daripada akar sehingga ke putiknya. Pokok kelapa boleh dimanfaatkan dalam kehidupan manusia.
  • Penyakit Resdung - Risiko jangkitan otak

    ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat.
  • Tiroid jadi masalah | Rawatan penyakit Tiroid

    Apabila menyebut penyakit tiroid, kita tentu akan terbayangkan bahagian leher yang membengkak dengan tubuh yang kurus dan mata terjojol seperti mata ...
  • Kacang kaya khasiat

    Kacang adalah perkataan yang biasa digunakan bagi biji yang besar, kering dan berminyak atau buah bagi sesetengah tumbuhan.
  • Jerawat tips rawatan dan jagaan muka - BioVCO

    Jerawat adalah masalah yang dihadapi sebahagian besar remaja sekarang. Lebih-lebih lagi, apabila parut jerawat meninggalkan kesan pada wajah.
  • Komplikasi berkaitan kencing manis - BioVCO

    Pemantauan secara kerap beberapa unsur berkaitan dengannya merupakan langkah penting yang mesti diambil. Apabila ini dilakukan, maka ia menjadi lebih ...



  • 0 comments: